Video Bomba Keluarkan Mangsa Kemalangan Ngeri di Sg Petani

|


SUNGAI PETANI, 23 Dis (Bernama) -- Seorang tukang masak rentung selepas keretanya bertembung sebuah treler yang sarat dengan muatan papan lapis di jalan Sungai Petani-Bedong berhampiran stesen minyak Sungai Lalang malam tadi. Kejadian berlaku ketika Mohd Shamshuri Osman, 35, yang bekerja di Hospital Sultan Abdul Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Ali, Bedong kira-kira 7.45 malam.

Jurucakap polis berkata kereta Proton Saga BLM yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bahagian tangki minyak treler berkenaan. -- BERNAMA

Lawak Bodo Nasional: Jabatan Pendaftaran Facebook Negara?

|

Tiada keperluan wajib pendaftaran pengguna Facebook, kata Shabery Cheek
OLEH DIYANA IBRAHIM
December 17, 2013

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.

Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.

Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.

“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Shabery berkata, setakat ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah.

"SKMM tidak mempunyai keupayaan mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi.

"Kita sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Selain itu, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.

Video Kelakar Sindir BN: Korek Lobang Dan Tol

|

GEMPAR BANJIR! Sabun Dacing, Syampu & Ubat Gigi Janji Di Capati

|