Abang jadi PM adik senang dapat buat duit projek golf mewah

|


Woods antara pemain yang akan menyertai pertandingan golf CIMB Classics berlangsung di The Mines Resort & Golf pada 24 hingga 28 Oktober ini sekaligus mengenepikan andaian pilihan raya akan berlangsung dalam masa terdekat.

Menurut perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak (gambar), kehadiran Tiger Woods selepas hampir 13 tahun tidak ke Malaysia dapat menyemarakkan pertandingan itu nanti.

Najib sebelum itu telah merasmikan pertandingan golf bertaraf PGA Tour yang menawarkan hadiah berjumlah AS$6.1 juta(RM19 juta) itu.

“Semenjak kecil lagi adalah menjadi impian saya kejohanan bertaraf PGA akan berlangsung di Malaysia,” kata Najib dalam perasmian tersebut.

Sementara itu, ketua eksekutif kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, 48 pemain golf elit dunia akan beraksi dalam pertandingan ini termasuk juara bertahan tahun lalu, Bo Van Pelt dan juara tahun 2010, Ben Crane.

Pertandingan ini menggunakan format 72 lubang dengan mengikut peraturan dari badan PGA Tour, dengan pemain-pemain dari Piala FedEx, pemain-pemain bertaraf tinggi dari Asian Tour dan juga pemain-pemain dari Malaysia akan beraksi.

"Kita harapkan dengan kejohanan ini, kita akan dapat wujudkan pemain golf terbaik dunia seperti kita adakan pemain seperti Lee Chong Wei dan Nicol Ann David.

"Kita juga telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun dari 2012 hingga 2016, CIMB akan menguruskan pertandingan ini, dan saya melantik Todd Rhinehart sebagai pengarah eksekutif CIMB Classic," kata Nazir lagi.

0 comments: