Polis culik Nayati? Hilang sblm Bersih, jumpa lepas Bersih

|

Dalang penculik Nayati meloloskan diri
May 09, 2012

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Dalang disebalik insiden penculikan kanak-kanak berusia 12 tahun Nayati Shamelin Moodliar dipercayai telah melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja kanak-kanak itu dibebaskan minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis sedang meminta bantuan Interpol bagi mengesan lelaki terbabit.

Beliau hari ini mengesahkan lima suspek — empat lelaki, seorang wanita — setakat ini telah ditahan bagi menyiasat kes berkenaan.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi berasingan di Perak dan Selangor antara Ahad hingga awal hari ini.

Turut difahamkan pihak polis turut berjaya menemui lebih dari RM100,000, dipercayai sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada penculik terbabit.

Jumlah sebenar wang tebusan bagaimanapun masih tidak didedahkan.

Pasukan khas dari Bukit Aman turut merampas satu laptop dan telefon bimbit yang digunakan penjenayah untuk berhubung dengan keluarga Nayati bagi berunding berkenaan tebusan kanak-kanak Belanda ini.

Nayati diculik ketika sedang berjalan seorang diri berhampiran sekolahnya di Mont Kiara International School.

Dia dibebaskan Khamis lalu di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh selepas keluarganya membayar wang tebusan.

Kes ini telah mendapat perhatian umum dengan poster kanak-kanak terbabit diedarkan di sepanjang jalan.

Nayati dikatakan telah ditarik dua lelaki ke dalam sebuah kereta bewarna hitam tidak jauh dari sekolahnya.

Penculik berkenaan juga dipercayai berhubung dengan keluarga nayati untuk membincangkan berkenaan wang tebusan menggunakan laman sosial Facebook.

0 comments: