Balasan di Himpunan Belia sebab langgar peserta Bersih

|

Allah Maha Adil, klik minit 5:20



Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas dan gagal dikawal. 

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian
dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan. 

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.

0 comments: