Penafian peguam UMNO bermakna memang ada misi rahsia

|

Peguam: Tiada misi rahsia untuk PM dan isteri
Kow Gah Chie
3:45PM Apr 23, 2012

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau berada di luar negara dalam satu misi rahsia perundangan untuk perdana menteri dan isterinya.

Beliau yang kelihatan tidak senang apabila ditanya mengenai perkara itu, pada mulanya enggan memberi respon kepada pihak media.

Apabila terus ditanya oleh Malaysiakini, beliau menjawab ianya karut dan apa saja yang dikatakan oleh akhbar adalah karut.


Shafee yang berada di lobi mahkamah jalan Duta kompleks untuk menerima bungkusan dari anak guamnya, Datuk S Nallakarupan, juga mengingatkan pihak media supaya tidak mereka apa-apa.

Dikaitkan dengan siasatan Scorpene?

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa Shafee dalam surat kepada mahkamah berkata beliau akan berada di luar negeri untuk tugasan rahsia untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dari 2 April hingga 25.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raud Sharif dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad, Shafee berkata beliau akan menemuduga saksi di New York, London, Paris atau Basel.

Ini menimbulkan spekulasi bahawa misi itu ada kaitan dengan kes yang sedang berjalan di Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Bagaimanapun, menurut portal berita The Malaysian Insider, satu lagi surat dari firma guaman Shafee, bertarikh 9 April, mengatakan bahawa peguam itu akan menghadiri satu persidangan perundangan di Sydney dari 18-22 April.

0 comments: