Ketua Polis Negara bertanggungjawab atas ibu ini, usus pecah!

|



“Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0. Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.

Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.

“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.

“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.

Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.

Sumber: KeadilanDaily.com

0 comments: