Bila dah kalah macam2 pembangunan UMNO buat

|

Najib: K'jaan BN akan penuhi janji p'raya kepada Sibu
10:06AM Apr 27
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memenuhi janjinya dalam konteks Sarawak, terutamanya di Sibu meskipun kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Beliau berkata keadaan Sibu lebih baik hari ini, termasuk dari segi projek tebatan banjir dan prasarana, kerana tidak seperti pembangkang, kerajaan BN memenuhi segala janjinya kepada rakyat.

"Saya masih ingat (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) Datuk Douglas Uggah bertanya saya apa yang akan dilakukan sekarang memandangkan Sibu bukan lagi kawasan pilihan raya parlimen BN tetapi jawapan saya kepada beliau ialah apa saja yang kita telah janjikan kepada penduduk Sibu, kita mesti laksanakan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Sibu malam tadi.

Beliau berkata fasa kedua projek tebatan banjir akan bermula tidak lama lagi selepas kerajaan membelanjakan RM230 juta untuk membangunkan lima sistem saliran di Sibu.

Projek perluasan dan penambahbaikan terminal lapangan terbang Sibu yang berharga RM137 juta dijangka siap September tahun ini manakala jalan raya berkembar dua hala baharu yang bernilai RM200 juta akan memudahkan perjalanan ke lapangan terbang dari jambatan Durin, katanya.

Dalam pilihan raya kecil 2010, calon DAP Wong Ho Leng memenangi kerusi parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi dalam pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan seorang calon bebas Narawi Haron.

0 comments: