Cara wartawan UMNO songkok tinggi tulis berita ttg Hasan Ali

|

PAS Pecat Hasan Ali Serta Merta

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bertindak nekad memecat keahlian Datuk Dr. Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuatkuasa serta merta pada mesyuarat yang diadakan di sini hari ini.

Menurut sumber rasmi Pas, Harakahdaily.net sebentar tadi, keputusan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) setelah ADUN Sri Gombak itu menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Pas.

Hasan yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini beberapa kali mempertahankan pendiriannya mengkritik hala tuju Pas yang mengubah perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkonsepkan negara berkebajikan.

Ekoran itu, terjadi pertikaman lidah di antara beliau dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali, yang menganggap Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, telah masuk ke dalam ‘perangkap UMNO’.

Sebelum itu, Hasan juga mempertahankan pendiriannya mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam yang kemudiaannya menimbulkan kontroversi.

Selain itu, beliau turut serta menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Stadium Melawati Shah Alam di atas kapasiti seorang Muslim tanpa kepentingan politik meskipun dilarang oleh kepimpinan Pas.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN (klik nama utk melawat facebook kartun pakai songkok tinggi ni)

2 comments:

wartamaya said...

Tinggi nya songkok dia .... wakakak !!!

azmie said...

biasa la reporter, dlm songkok tu la simpan recorder, pc, laptop