Gaya FLOM ke Mekah

|



Perbandingan pengurusan negeri Pakatan Rakyat vs UMNO-BN

|

Demo BERSIH khas utk Najib di CHOGM, Perth

|

UMNO Perak kian desperate, tiang lampu pun nak rasmi wakaka

|

Najib kecut teloq dgn demo sampai tak sanggup turun UIA

|

KENYATAAN MEDIA
25hb OKTOBER 2011

NAJIB TAKUT BERTEMU MAHASISWA


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyelar tindakan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang membatalkan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa malam ini.

SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.

SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari.

Justeru demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung. Kami menjangkakan, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri.

Sekian, terima kaseh.

Syukri Razab
Pengerusi SMM

Nak tau kenapa penggantungan Aziz Bari ditarik balik

|

~ KESIMPULAN: Demo anti-Najib memang berkesan, pukul 4.24 petang keluar berita isytihar nak buat demo pukul 10 malam terus keluar berita Penggantungan Aziz Bari ditarik balik. Teori 2 Raya Paling Ditakuti Pemimpin UMNO sememangnya betul iaitu Pilihan Raya dan Demo Jalan Raya.

MUKA SYAITAN!

|

Mudahnya UMNO kawal UIA, tengok la sapa Presidennya...

|

Bahana jadi Menteri Besar Haram, tak dapat sambutan

|


Jika dibaca pada tajuk yang tertulis seperti diatas didalam akhbar perdana ataupun laman web Umno atau penyokongnya, tiada yang menghairankan memandangkan kedudukan Zambry yang dikatakan sebagai Menteri Besar Perak.

Tetapi apabila dilihat kepada gambar-gambar semasa program Sembahyang Dhuha Zambry bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa sepertimana yang tertera pada banner yang digantung dimasjid tersebut, tidaklah sehebat mana sambutan yang diberikan kepada Zambry mahupun Hamidah sebagai penganjur program.

Jangankan rakyat warga penduduk Kg Melayu, Sg Rapat tersebut, ahli-ahli Umno disana pun tidak kelihatan.

Harap-harap semoga Zambry Abdul Kader sedarlah bahawa kuasa yang diperolehi dengan rampasan selamanya tidak akan direstui dan bertahan lama.







Sila CARI, TANGKAP dan BELASAH blogger melampau!

|

Penulis telah memantau tulisan-tulisan di blog Papagomo dan ternyata apa yang ditulis oleh si bangsat ini adalah amat tidak bermoral. Papagomo terus-menerus menulis seperti orang gila yg langsung tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Juga banyak gambar-gambar lucah yang dipaparkan di blognya, ini adalah amat tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang. Mungkin merasakan dirinya kebal kerana UMNO yg menjadi pelindung maka Papagomo menjadi semakin kurang ajar hari demi hari. Apa yg dilakukan Papagomo amat memalukan blogger-blogger di Malaysia.

Lihatlah gambar di blog Papagomo, mafia la konon2nya...

Wajah sebenar Papagomo, confirm muka melampau sakit otak

Sekor lagi blogger biadap Parpukari, muka/perangai pun semacam je...

Manusia-manusia seperti ini sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Otak mereka sudah tidak waras dan perangai jadi lebih buruk dari binatang. Memandangkan tiada pihak berkuasa yg mahu mengambil tindakan terhadapnya adalah wajar sesiapa sahaja yg prihatin agar dapat pergi CARI, TANGKAP dan BELASAH saja bengong-bengong ni.

Anugerah filem melayu paling berani

|

video

Menu RM4 kepala bana, berpada-pada la bila nak menipu

|

~ KOMEN: Nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom pada harga RM4 untuk makanan tengah hari. BOLEH PERCAYA KE? PM pergi situ depa bagi la banyak2, cuba esok korang pergi try ambil lauk mcm PM lepas tu bayar RM4



Peserta catur Hong Kong jadi bahan fitnah pencacai UMNO

|

~ KOMEN: Dah la takde akhlak bodoh pulak tu, kantoi sbb puak2 ni makan duit haram!

Bawah ni gambar yg keluar di blog Papagomo, siap ada watermark Gelombang Wangsa Maju. Korang boleh view gambar ni di blog Gelombang Wangsa Maju dan blog Parpukari.

Rupa-rupanya gambar budak perempuan ni dicuri dari berita catur First International Carinthian Chess Festival. Tak pasal-pasal awek main catur dari Hong Kong jadi bahan fitnah.
WGM Anya Corke (Elo 2154) from Hong-Kong shared women’s 1st prize

Bila dah terkantoi Pisau.net dan Gelombang Wangsa Maju terpaksa keluarkan statement cover line. Macam sial!

Apalah sangat pembebasan Gilad Shalit, sila view klip2 ini

|



Sabtu (15 Okt) kelmarin tersebar video di youtube yang mempertontonkan kebiadaban polis Zionis menganiaya sebuah keluarga Palestin di kota Yafa yang terletak di tanah Palestin 1948.

Polis Zionis itu telah menendang dan memukul keluarga Palestin secara kejam, termasuk menganiaya perempuan dan anak-anak tanpa belas kasihan walaupun mereka terus menangis dan menjerit-jerit.

Dalam video itu, polis Zionis menarik secara paksa seorang anak dari dakapan orang tuanya, dan anak itu menjerit dengan sangat kuat. Ibunya berusaha untuk menghalangi penganiayaan itu akan tetapi pasukan polis Zionis itu menghalanginya dan memukul wanita tersebut sehingga jilbabnya terbuka. Wanita itu pun akhirnya hanya mampu menangis.

Diakhir video itu memperlihatkan ditangkapnya seorang pemuda Palestin, kemudian dibawa ke dalam kenderaan polis pasukan khas Zionis, dengan kedua tangan dibelakang digari. (msy/alj/knrp) 

7 Soalan Maut untuk Menteri Dalam Negeri

|


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara.

Saya berpendapat tiada keperluan Menteri Dalam Negeri untuk membentangkan tuduhan manipulasi kad pengenalan dalam jawatankuasa tersebut. - Hrkh.
Pada aku, takdak masalah kalau Hishamuddin dedahkan maklumat macam tu pun, tapi kena dedah bagi lengkap la termasuk bila mula masuk Malaysia, bila dapat status PR, bila dapat status warganegara dan atas asas apa taraf warganegara tu di bagi.

Yang sohehnya permohonan taraf warganegara tu memang ikut prosedur dan tak depa perlu naik bas ramai-ramai untuk hadiri 'kursus keushawanan' pasai depa mohon taraf warganegara bukannya kebenaran nak berniaga.

Apa pun, ada persoalan lain yang lebih penting untuk Hishamuddin jawab:
  1. Bagaimana terdapat lebih 5 Ribu identiti yang mempunyai nama yang sama dan nombor kad Pengenalan yang 83% sama seperti di bawah:
    AZINAH BT MOHD FAZIN (800820-02-5150)
    AZINAH BT MOHD FAZIN (800829-02-5150)
  2. Bagaimana Mismah yang masuk ke negara kita tahun 1982, hanya perlukan masa 6 bulan sahaja boleh mendapat status penduduk tetap sedangkan syarat Jabatan Imigresen memberi syarat 5 tahun untuk membolehkan Mismah mendapat status penduduk tetap.
  3. Kenapa rekod penduduk tetap seperti Mismah tidak dikemaskini lebih 7 bulan dalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara?
  4. Bagaimana satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu yang sama. Seolah-olah kad pengenalan lama ini melahirkan dua kad pengenalan baru. Contohnya:
    Mariam Binti Su (No KP lama: A2278510) (No KP baru: 720616025472)
    Mariam Binti Su (No KP  lama: A2278510) (No KP baru: 720610025738)
  5. Kenapa 240 orang warga asing diberi kursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort hanya 5 jam sahaja?
    - Bukankah warga asing ini tidak dibenarkan berniaga, kenapa perlu diberi kursus?
    - Kenapa Hishmuddin tidak tahu aktiviti 240 orang warga asing ini lakukan, sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu bahawa mereka terlibat dengan kursus keusahawanan?
    - Apakah Hishamuddin sudah tidak percaya kepada pegawainya sendiri?
    - Kenapa Hishamuddin mengangap isu ini sebagai isu kecil sedangkan ia melibatkan pengkhianatan kepada negara.
  6. Kenapa ada jumlah yang terlalu ramai iaitu 170,818 pengundi yang mempunyai kad pengenalan berkod negara “71” dimana kod tersebut tidak ditafsirkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara.
  7. Kenapa ada begitu ramai warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara selepas tahun 2008 hingga 2011 iaitu 27, 293 orang sedangkan rakyat kita sudah terseksa dengan pesaingan sektor pekerjaan dan perniagaan kecil di negara ini.

Media Permata vs Cincin Permata RM24juta

|

Jangan berlengah lagi
Oleh Hasrulraizan dan Salawati Haji Yahya
Baginda Sultan semasa berkenan mengurniakan titah perasmian Seminar Antarabangsa Perundangan Islam di Dewan Persidangan Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa (BRIDEX), Jerudong, kelmarin. - Gambar oleh Yuddin HB

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt - Melaksanakan Undang-Undang Syar'iah merupakan salah satu cita-cita utama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

"Jangan kata TIDAK atau TUNGGU DULU lagi sebab kita sudah pun cukup segala-galanya, ada kemampuan dan ada kuasa untuk melaksanakannya," tegas Baginda Sultan dalam titah perasmian Baginda di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam dengan tema "Ke Arah Pelaksanaan Undang-Undang Syar'iah" pagi ini.

"Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata TIDAK atau TUNGGU DULU sedang undang-undang itu bukanlah baru digubal tetapi telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih lagi," tambah Baginda Sultan ketika menyentuh semula mengenai cita-cita utama Baginda itu

Apabila Undang-Undang Syar'iah terlaksana maka barulah bumi yang permai ini dapat diungkap sebagai "Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur" iaitu Negeri Yang Baik dan Tuhan Maha Pengasih, titah Baginda Sultan.

"Negara Brunei Darussalam walaupun kecil tetapi ini tidaklah menghalang kita untuk mengambil langkah-langkah melaksanakan Undang-Undang Syar'iah kerana selaku orang Islam kita wajib melaksanakannya sebagai memenuhi tuntutan Allah Ta'ala."

Baginda Sultan seterusnya bertitah, "Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua perintah Allah. Inilah kewajipan utama kita. Salah satu daripada perintah itu ialah melaksanakan undang-undang-Nya. Itu adalah Undang-Undang Syar'iah."

Menyentuh mengenai titah Baginda sendiri pada 15 Julai 1996 dan dalam Persidangan Majlis Ugama Islam pada 13 Mac 2011 yang ada menyebut secara khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syara', Baginda Sultan bertitah menekankan itu juga sepatutnya mendapat perhatian yang serius dan segera.

"Kalau kita masih juga berkata TIDAK atau TUNGGU DULU, ini adalah tidak kena," tegas Baginda Sultan pada majlis perasmian di Dewan Persidangan, Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa (BRIDEX), Jerudong itu.

"Di manakah kita dengan Al-Quran dan Al-Hadis itu? Kerana itu Beta amatlah terpanggil tanpa sebarang keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah Syara' wujud dan dilaksanakan di samping tidak pula menolak undang-undang biasa juga akan masih diguna pakai.

"Dalam makna Akta Jenayah Syara' adalah diperlukan sementara Akta Sivil biasa masih saja tidak diketepikan," titah Baginda Sultan menjelaskan.

"Dalam Persidangan Majlis Ugama Islam pada dua hari yang lepas Beta ada menyebut tentang kerjasama di antara pihak Perundangan Islam dan Perundangan Sivil. Kedua-dua pihak ini telah pun menjalani kerjasama yang baik dan kerjasama itu perlu diteruskan.

"Kita di negara ini telah melakukan sesuatu yang sangat indah lagi unik dalam perkara perundangan. Kita telah dan sedang berusaha mengIslamkan semua undang-undang kita.

"Kita telah dan sedang menyesuaikan semua undang-undang sivil yang ada dengan kehendak Islam dalam makna Sivil itu dikekalkan tetapi dalam bentuk dan rupanya yang lebih sempurna berteraskan Islam."

Menurut Baginda Sultan dalam titahnya itu apabila Undang-Undang Jenayah Syara' dilaksanakan di negara ini secara amali namun pada masa yang sama masih mengekalkan Undang-Undang Sivil, maka akan lebih ketara lagi kepentingannya.

Baginda bertitah memberikan contoh, misalnya apabila sesuatu kes jenayah itu tidak dapat ditangani dengan Akta Syara' disebabkan oleh faktor tertentu maka ia akan kita tangani secara sivil yang juga telah diselaraskan dengan kehendak Syara'.

"Apakah tidak cantik ini? Pada hemat Beta ia adalah sangat cantik dan malah unik. Beta berharap Seminar ini akan dapat mencetuskan idea-idea baru yang kukuh untuk mempercepatkan wujudnya Akta Jenayah Syara' yang sedang kita tuju."

"Beta percaya Allah Ta'ala sedang menyuluh kita dengan rahmatNya kerana cita-cita ini dan malah sedang membekalkan kepada kita kekuatan untuk itu."

"Beta dengan ikhlas dan kerana Allah jua tidak lupa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahkamah-Mahkamah Syar'iah yang berjaya mengadakan Seminar yang bersejarah ini."

Baginda Sultan bertitah menyatakan bahawa Seminar itu adalah satu usaha yang sangat baik ke arah menyahut cita-cita Baginda untuk melaksanakan Undang-Undang Syar'iah, sebagaimana yang pernah Baginda titahkan berulang kali, lebih-lebih lagi ia merupakan salah satu cita-cita utama Baginda yang telah sekian lama disuarakan tetapi sehingga kini masih lagi ditangani.

UNDANG-UNDANG ALLAH: Sultan Brunei vs Najib Razak

|


Sultan tak bagi alasan


Setan bagi alasan

"... kita terima hakikat ini bahawa ini adalah undang-undang Tuhan TETAPI...", terima TETAPI tak nak laksana, inilah perangai munafik. Lepas tu goreng bab maqasid syariah macam lebih pandai dari Allah.

Zambry Mamak & Pulau Mentagor, jeti runtuh + hanyut

|

Pendedahan bahawa projek marina di Pulau Mentagor,Pulau Pangkor tidak langsung boleh digunakan walaupun sudah 5 tahun siap pembinaannya amat mengejutkan.

RM 28 juta duit rakyat hangus begitu saja akibat projek yang tiada kajian dan perancangan ini.

Projek itu di bawah pemerhatian Adun Pangkor dan juga Exco Kerajaan Negeri Perak DS Zamry Kadir pada masa itu. Timbul persoalan kenapa projek sakit itu DS Zambry Kadir tidak mahu bertanggungjawab.

Sepatutnya RM 28 juta itu boleh digunakan untuk menyiapkan 560 buah rumah kepada golongan miskin di dalam negeri Perak yang berharga RM50 ribu setiap satu.

Satu lagi projek gajah putih dan pembaziran duit rakyat Perak.Satu bukti Zambry Kadir bukanlah ADUN yang baik. - Blog Sisi Bukit


Salah satu Laporan Ketua Audit Negara 2009 terhadap Kementerian Pengangkutan:

“Bagi tempoh tahun 2002 hingga 2009, Jabatan Laut Semennanjung Malaysia (JabatanLaut) telah diluluskan peruntukan berjumlah RM309.41 juta untuk projek pembinaan marina dan pembangunan infrastruktur yang dijangka dapat menggalak serta meningkatkan pertumbuhan aktiviti rekrasi di kalangan pemilik kapal rekrasi tempatan dan luar negara. Sehingga tahun 2009, Jaabatan Laut telah mebina 9 marina melibatkan kos berjumlahRM253.06 juta (81.8%).
Pengauditan yang dijalankan antara Jun hingga Oktober 2009 mendapatibeberapa kelemahan dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek pembinaan dan pengurusan marina awam. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah marina yang telah lama disiapkan masih tidak beropersasi dan dimanfaatkan mengikut objektif pembinaannya; kemudahan yang dibangunkan memlebihi keperluan serta bangunan dan peralatan tidak disenggarakan dengan baik.
Adalah didapati Jabatan tidak memulakan operasi marina sebaik sahaja projek disiapkan di Marina Muar, Pulau Toman dan Tanjung Gemok hanya beroperasi antara tempoh 1 hingga 4 bulan selepas ia disiapkan. Marina di Kuala Kedah, Pulau Mentagor dan Pulau Indah pula masih belum beroperasi semasa lawatan Audit dijalankan pada bulan Ogos dan Oktober 2009.”
- Blog Wee Choo Keong

Aku baru-baru ni dapat satu kes besar lah jugak berkenaan Marina Pulau Mentagor...1st time aku dapat kes ini, tertanya2 jugak..kat mana le pulak Pulau Mentagor ni..Aku tanya le geng2 ofis Ipoh tapi rasanya hampir semua tak tau kat mana...Bila aku belek2 map..pulau tu rupa2nya tak jauh dari Pulau Pangkor, cuma pulau ni agak terpencil n terasing...Tak sangka pulak ada Marina kat situ..Aku n collegue pergi pulau tu on 23/2 bersama2 dgn geng Jabatan Laut Lumut..Naik kapal diorg lagi...Syok jugak meronda keliling Pulau Pangkor..sehingga sampai le ke Pulau Mentagor..Dari jauh, nampak a very big building n cantik..tapi bila dari dekat, laaa...kosong rupanya..takde orang pun..Macam bgn gajah putih je..Tapi yg sadisnya bila sampai kat sana, jeti runtuh pulak..tak pasal2 aku jadi spiderman, sbb kena memanjat...apa bole buat..dah namanya keje...Aku tengok pulau ni, ok lah jugak..Pulau Pangkor dah nampak dekat je kat seberangnya tp oleh krn takde jambatan utk hubungkan 2 pulau ini, sbb tu le Pulau Mentagor ni kureng dgn aktiviti...Sayang aku tgk bgnnya dibiarkan kosong tp aku salute kat Jabatan Laut, still kept maintain tempat ni w/pun takde yg datang kat pulau ni...Harap2 lepas ni, ada yang perasan akan kewujudan Marina ni kat Pulau Mentagor dan gunakan perkhidmatan kat sana sebaik mungkin... - Blog Sincerely Me


IPOH – Kerajaan Negeri akan menyiasat semula projek pembinaan Marina di Pulau Mentagor, Pulau Pangkor kerana walaupun telah siap dibina sejak lima tahun lalu, namun, sehingga kini masih tidak digunakan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek yang menggunakan kos lebih RM28 juta itu, adalah salah satu projek yang tidak digunakan dan ia telah menyebabkan berlakunya pembaziran wang kerajaan. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri menganggap ianya satu masalah yang serius kerana untuk pembinaannya sahaja terpaksa menggunakan kos yang begitu banyak. 

“Malah kita juga telah berkali-kali mengingatkan pihak berwajib supaya dapat mengambil langkah lebih baik agar setiap projek yang telah siap dapat digunakan dan kita juga bimbang akhirnya ia akan rugikan pihak kerajaan,” katanya. 

Zambry berkata, oleh yang demikian, pihaknya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim supaya menyiasat perkara tersebut. 

“Kita harap laporan lengkap dapat disediakan terhadap projek berkenaan dan tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah projek yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, difahamkan juga bahawa jeti terapung yang ada di Marina kini sudah mula hilang satu-persatu disebabkan ia tidak dijaga

“Malah skru-skru yang ada juga sudah ada yang terkeluar sekali gus menyebabkan apungan jeti sedia ada dihanyutkan,” katanya. - Zambry Mamak

Kisah Chin Peng bunuh Henry Gurney & Kemerdekaan

|

~ NOTA: Dokumentari tentang Chin Peng. Kupasan bermula pada minit 7:50