UMNO tak benci tapi sebenarnya suka KOMUNIS

|

Unggun Bersih dari sasterawan negara A Samad Said

|


Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Macam tak tak caya je Najib sokong BERSIH 2.0

|

Rasanya nombor telefon dari Indon la cikgu...

|

Dari blog SISIBUKIT

Milik siapakan nombor ini yang berani membuat ugutan bunuh ke atas pengerusi Bersih, Ambiga dan teman-teman pimpinan bersih 2.0.

Ambiga dikatakan akan membuat laporan polis.

Bagi kita orang Islam sebelum bergerak pada 9 Julai sudah mula berniat menghadiri perhimpunan kerana Alllah S.W.T.

Kita hadir bukan untuk suka-suka tetapi untuk keamanan dan kesejateraan rakyat.

Exco sibuk layan betina punca Perak lingkup di SUKMA 2011

|

SUKMA 2010 tahun lepas Perak dapat 26 pingat emas

SUKMA 2011 tahun ni Perak takde pingat emas langsung!

Kajian Kemungkinan Untuk Perlombongan “Rare Earth” di Perak

|

Kepada yg tiada baju BERSIH 2.0 jika mau jimat

|

BERSIH 2.0 Sapa takde baju Bersih. beli baju Pagoda rendam dlm ayaq hangat bersama Serbuk Kunyit... Janji Kuning LOL petuapakbelalang

P9090022.JPG (1200×1600)

TGNA: Mimpi berjumpa Nabi Muhammad saw, boikot Utusan

|



“ Dua, tiga hari lepas ada sorang nama Puad Zarkashi, ambe tok kenal dia. Dia cabar ambe, Mursyidul Am dalam Utusan Malaysia muka depan: Puad Zarkashi cabar Nik Aziz supaya buang Islam. Allah…Puad Zarkashi ni namo orang melayu, kalo boh (letak) nama Ah Chong munasabah. Kalo Ah Chong cabar ambo buang Islam munasabah mugo dio tidok Islam. Fuad Zarkashi: Fuad pun Bahasa Arab, Zarkashi pun nama gelaran bagi seorang ulama’ besar..feqah..tok terpikir dale kepala kito seorang yang Melayu, namo pulok nama arab keduo cabar buang Islam…Allah

Cerdik cina MCA ni dia duk diam. Dio alot puak-puak ni. Alot..alot ni alat la. Ibarat orang panggil terompah kayu. Orang ni jadi terompah kayu bagi MCA. Terompah ni bila kio pakai, gi dale selut pon takpo mugo mu terompah, gi dale najis pon takpo mugo mung mugo mu terompah. Pakai terompah ni supaya kaki aku bersih. Jadi, hamba Allah ni alot orang melayu supaya cakap mende lagu ni. Dia duk diammm. Dia tepuk punggung.

Para hadirin semuo, dio suruh buang Islam ni kerananyo negara berkebajikan. Dio kata PAS sekarang takdop doh Islam; kebajikan. Mu orang UMNO, aku orang PAS aku reti masalah PAS lebih daripada UMNO, lebih dari mu. Tu jawab pertama. Nok main kasar. Mu orang UMNO, mu reti gapo..aku orang PAS, aku reti la mende ni

Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”

Siapa yg lebih comel?

|


BERSIH 2.0

|

Klip video BERSIH 2.0 (promo 1), sebarkan...

|

Poster BERSIH 2.0, sila print & sebarkan

|

Poster RAKYAT DITIPU KHAZANAH DISAPU. Print & sebarkan

|

Demi Rakyat: Anwar Ibrahim jalan2 naik LRT

|

Parti Green Lantern

|



Nak buang nama Mat Sabu nampak sgt, buang juga nama Khairy

|



Pesanan dari Hanief, blogger yg pernah diserbu anjing UMNO

|

Mengapa 9 Julai Penting Buat Malaysia

Melayu, Cina dan India semua ayuh!
  1. Kebebasan bersuara telah ditutup sebenarnya di Malaysia. Walaupun ia tampak terbuka tetapi SKMM akan mencantas satu-satu penulis blog atau sesiapa sahaja yang mampu menggoncang kerajaan zalim. Terdapat banyak nama-nama yang saya nampak di dalam fail mereka, ketika sesi soal siasat dahulu di Cyberjaya.

    Saya Muhammad Nur Hanief bin Abdul Jalil kembali bersuara dalam blog ini sepenuhnya selepas bekerja di Singapura untuk mendapatkan duit dan membeli komputer baru. Mungkin ada penulis blog yang terus menyepi selepas diserbu, apa pun nasihat saya anda harus bangkit dan jangan putus asa. Mesti lahir dengan idea baru setiap hari dan yang paling penting buktikan yang anda mampu berdiri di atas kaki anda sendiri.

  2. Kerajaan zalim mahu rakyat berkaraoke, menari dan berhibur sakan. Tetapi mereka tidak mahu anda mengambil tahu tentang hal politik. Mereka takut hilang kuasa jika rakyat ambil tahu isu semasa. Telah banyak kepincangan yang berlaku, namun semuanya ditutup dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Kita tak kisah jika kehidupan makin selesa walaupun mungkin berada di bawah pemerintahan kuku besi. Tetapi negara ini dilihat makin teruk dan makin berahsia-rahsia mengenai isu-isu besar pula.

  3. Kita tidak setuju dengan dakwaan akhbar yang mengatakan rakyat semakin selesa dan berpendapatan tinggi, ekonomi rancak dan sebagainya. Tinjauan saya di Singapura, menunjukkan rakyat di sana makin berjimat selepas pilihanraya. Pendatang asing bertambah bertandang untuk cari kerja dan di Malaysia lebih ramai bilangannya. Mari, ayuh semua kita buktikan perkara yang sebenar dengan berhimpun dan tunjukkan pada media kerajaan zalim bahawa rakyat mahukan kerajaan baru. Jadi, pada 9 Julai ini kuasa rakyat akan kembali ke jalanraya, rugi besar jika anda tidak turut serta sebelum anda yang cintakan perubahan diserbu SKMM.

  4. Baru-baru ini ada beberapa godaman yang telah menggugat laman-laman web kerajaan. Pada saya, ini semua mainan SKMM sendiri. Apakah rentetan daripada sketsa yang ditonjolkan dengan beria-ia ini? Kita sama-sama nantikan. Hahaha! Tetapi, tahukah anda bahawa SKMM ini bekerja rapat dengan syarikat TM? Syarikat tersebut berada di bawah kawalan rapi SKMM. Saya dan bapa saya sendiri diberitahu begitu ketika berada di bangunan SKMM Cyberjaya selepas sesi soal-siasat.

  5. Negara ini diperintah oleh orang yang zalim. Berat sebelah. Sampai hari ini pembangkang tidak dapat masuk TV. Tahukah anda di Singapura pembangkang boleh masuk TV? Bebas mengajak itu dan ini. Mungkin kita boleh simpulkan di sini bahawa negara yang memiliki kebebasan bersuara dan perlaksanaan undang-undang tanpa pilih bulu akan memajukan negara itu sendiri walaupun tanpa sumber alam yang banyak?

  6. Ini negara kita, bukan milik kerajaan zalim. Saya ke Singapura, bukan negara saya. Memang mewah dapat matawang dua kali ganda lebih besar dan hidup dengan kemudahan asas yang sangat canggih serta teratur. Tetapi apa maknanya, jika kita yang masih muda ini, tidak mahu tolong membebaskan negara ini daripada cengkaman kerajaan korup. Kita perlu tanya diri kita, mengapa negara kita mundur ketinggalan jauh, sedangkan negara kita memiliki sumber alam yang sangat banyak? Takkan miskin rakyat ini, jika orang atas itu adil.

  7. Saya yakin, semua orang Malaysia akan bangga dengan kerakyatan mereka jika kerajaan baru diangkat untuk berkuasa. Bila orang tanya,"Where are you from?". Kita tentu rasa bangga untuk menyatakan kita dari Malaysia. Sebuah negara yang kaya dengan sumber alam dengan pemerintahan kerajaan baru yang hebat. Bukan lagi kerajaan lapuk yang beri rakyat banyak masalah.

  8. Kita imbau kembali sejarah silam, di mana rakyat bersatu berhimpun ramai-ramai menentang penjajah. Tetapi hari ini penjajah sudah balik. Tinggal penjajah tempatan atau pun Zionis tempatan. Inilah yang menjadikan negara ini pincang dan rakyatnya pula sering berhimpun menentang kerajaannya sendiri. Apakah fenomena ini, masih kabur lagi buat kita semua? Kenali musuh kita. Takkan bangkit rakyat menentang kerajaannya sendiri, jika kerajaannya adil dan saksama.

  9. Pendapatan atau gaji semua rakyat hari ini semakin kecil. Jika wujud undang-undang gaji minima bagi setiap sektor, sudah tentu negara ini akan memiliki ramai penganggur akibat syarikat-syarikat yang ada tidak mampu untuk membayar gaji mengikut standard sebenar.

    Tanya diri anda, apakah gaji anda cukup? Mengapakah anda perlu buat 2-3 side business? Mengapa anda perlu bekerja di negara luar yang lebih maju? Mengapa gaji menteri mencecah puluhan ribu? Tanya diri anda, untuk siapakah makanan yang berbelas ringgit di lapangan terbang dan tempat-tempat ternama. Tanya diri anda, mampukah anda melancong luar dari Asia Tenggara? Jika tidak, negara ini bukan negara berpendapatan tinggi. Ayuh beli tiket, bagi yang berada di luar negara. Tinggalkan dolar sebentar, tinggalkan EURO sebentar, tinggalkan matawang tinggi itu sebentar. Pulanglah dan berjuanglah untuk masadepan negara kita. Bagi yang ada dalam negara, mari turun bersama. Kerana apabila Barisan Nasional menjadi pembangkang, mereka pasti akan memilih jalanraya juga.
p/s: Bukankah mereka akan berhimpun juga seperti beruk-beruk di jalanraya? Kali ini tiada lagi Zainuddin Maidin dengan AlJazeera. Kita ada Rais Yatim (I've changed my mode).

Mudahnya kroni UMNO buat duit kalau abang jadi PM

|

Ketua Pemuda UMNO Penang suku-sakat Zambry

|

Menteri pundek

|

MUST WATCH! Malaysians4Change video clip

|



Menantu Pak Mahat pakai baju sampai nak terkeluar nasi lemak

|

Datuk Mokhzani Tun Mahathir and Datin Mastisa Hani

Anak perempuan Najib & bakal suami, kemas longgar

|

Handsome Kazakhstan hunk Daniyar and his soon to be bride Nooryana Najwa, the pretty daughter of Datuk Seri Najib and Datin Seri Rosmah

Bakal menantu dan besan Rosmah

|

The soon to be inlaws of Datuk Seri Najib Tun Razak and Datin Seri Rosmah Mansor; the Prime Minister's daughter Nooryana Najwa aka Gina, her betrothed Daniyar Nazarbayev who looked like a movie star with his handsome face and height, his stunning mother Maira Nazarbayev and brother Khanbolat Nazarbayev.

Full length picture to show their elegant gowns.

Najib dan bakal menantu dari negara jiran Mongolia

|

L1240900.JPG

The Prime Minister introducing his soon to be son-in-law Daniyar Nazarbayev who will be engaged to his daughter Nooryana Najwa this Friday 17 June.

Agak2 apa yg Najib fikirkan bila salam dgn perempuan ini

|

L1240900.JPG
The lovely bride Datin Charlene Cheng welcoming Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak

UMNO vs ayat Al Quran

|

MIC Perak punya ketua baru....

|

Agak2 berapa harga baju yg Zambry pakai ni...

|

Pemimpin UMNO selalu ingat mereka hebat, tunggu esok

|



Video dan beberapa link berkaitan boleh dilihat dengan membaca artikel penuh.
Anonymous – Operation Malaysia

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

Kisah dinosour dan T-rex di Sarawak... BOOOM!

|

Lepas Bob Lokman, Yasin komen sistem keadilan Malaysia

|

Kempen anti-BERSIH sudah bermula di IPT

|

Kelmarin pukul 2 petang, radio Kedah.fm menyiarkan forum perdana di Politeknik Kulim. 2 orang ahli panel telah dijemput iaitu Ustaz Md Isa dan Mangkuk Hayun dari BTN. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mempengaruhi para pelajar supaya tidak pergi demo BERSIH 2.0 di KL pada 9 Julai nanti. Memang betul inilah demo yang sangat2 ditakuti oleh pemimpin2 UMNO yg jahat. Demo BERSIH yg lepaslah punca kepada tsunami politik pada PRU 12.

Bermacam-macam alasan diberi oleh kedua ahli panel ini termasuklah atas alasan agama. Pelajar dibasuh otak mereka supaya menumpukan kepada pelajaran semata-mata dan membiarkan urusan politik/kenegaraan kepada pihak-pihak lain. Penganjur BERSIH 2.0 dilabel sebagai anasir-anasir yg cuba menggugat keselamatan negara. Yang paling bengong sekali ialah Mangkuk Hayun BTN yg mengaku jadi ustaz kata lebih kurang 500 tahun kita menunggu untuk merdeka dan kita baru merdeka 54 tahun sudah ada pihak hendak merosakkan kemerdekaan itu. Tidak tahukah dia 54 tahun itu kita ditipu dengan kemerdekaan acuan penjajah. Tambahnya lagi dgn menggunakan alasan Perlembagaan sedangkan Perlembagaan yg sedia ada adalah ciptaan penjajah yg bernama Lord Reid.

Ketahuilah bahawa di akhirat nanti kamu semua akan ditanya atas segala kerja jahat ini...

UMNO sudah takut, mulakan demo BERSIH peringkat negeri!

|

Pesanan Dr. Muhaimin Sulam

|

"Sudah sampai masanya pemikiran melihat berdakwah tempatnya hanya di masjid diubah. Kita imarahkan padang bola dan kedai kopi sebagaimana kita mengimarah masjid melalui tazkirah kepada masyarakat. Kita perlu ingat bahawa cara berfikir orang di luar sana berbeza dengan kita, oleh itu kita perlu bertindak keluar dari kelompok kita untuk berjumpa mad 'u untuk memahami mereka yang dahagakan bimbingan," tambah beliau lagi.

Beliau yang baru kembali dari luar negara setelah tamat pengajian pHD turut berkata bahawa ahli-ahli UMNO perlu dilihat sebagai sasaran dakwah kita dan mereka ini mungkin menjadi pengundi kita satu masa nanti.

"Keluarlah dari kelompok kita (cara berfikir dan tindakan) kerana kekuatan sebenar kita bukanlah dalam lingkungan kita saja tetapi kekuatan kita terserlah apabila kita berada di luar kelompok iaitu masyarakat mula menerima dakwah dan politik kita."

18SX: Majalah Mangga keluaran Utusan, mufti senyap-sunyi

|

Utusan Meloya jadi bengong lepas Mat Sabu menang

|

Dekati ahli2 UMNO, mereka kecewa dgn pemimpin mereka

|

Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula berkata hasrat Pakatan untuk sampai ke Putrajaya mestilah dengan cara menguasai hati dan pemikiran rakyat.

Ini kerana katanya, hanya dengan kuasa rakyat mampu untuk PAS dan Pakatan menguasai pusat pentadbiran kerajaan dengan mengetengahkan "politik jujur" dalam masyarakat.

"Kita bercakap menguasai Putrajaya, buat seminar PAS ganti Umno. Kita tidak boleh kuasai Putrajaya dalam konteks kuasa politik (semata-mata).

"Tetapi untuk menguasai Putrajaya, kita tidak mampu selagi tidak mengetuai hati dan pemikiran rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Seluruh Pemuda PAS kena ikhlas, jgn syok sendiri mcm selalu

|

... Sementara itu, naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan supaya seluruh kepimpinan PAS mengadakan pelan cadangan kemenangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyeru semua pihak "memobilisasi semua sudut" kekuatan termasuk menyediakan "model kemenangan" termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan secara tepat ia telah menepati sasaran (mengenai negara berkebajikan).

"Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada (dengan) cara berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.

Menurutnya, utusan Allah itu mengamalkan cara 'berkongsi dan mengambil berat' terhadap sesuatu perkara dalam keaadaan susah atau senang sehingga berkongsi ilmunya ketika mentafsir mimpi seorang raja.

Husam berkata konsep tersebut itu juga turut menggesa perwakilan agar mengambil iktibar terhadap sejarah kisah nabi dan pahlawan terdahulu sebagai model dalam menuju kemenangan dalam pilihan raya.

Calon: Pemuda perlu yakinkan


Exco kanan kerajaan Kelantan itu turut mencabar Pemuda PAS yang menuntut 40 kerusi kepada dewan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Pemuda perlu menyediakan daftar pemilih pemuda yang meyakinkan sebelum tuntutan itu dipenuhi di peringkat pusat.

"Kalau berjaya kita beri calon. Kalau tidak kita beri kepada calon tua, janji tetap menang.

"Kalau mahu menghapuskan BN, kita kena menyiapkan pelan setiap segi sebelum datangnya pilihan raya,"katanya sambil beliau menggesa Pemuda "wajib" menyiapkan daftar pemilih itu dari semua peringkat.

Pemimpin UMNO adalah spesis cakap terbalik & penipu

|

Tiada niat terselindung
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

MUHYIDDIN (tiga dari kanan) beramah mesra dengan penduduk ketika membuat lawatan ke Kampung Baru semalam.


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tiada niat terselindung dalam usaha untuk membangunkan Kampung Baru.

Jelas beliau, hasrat membangunkan hartanah paling berharga di ibu negara seluas 122.9 hektar itu adalah untuk dinikmati oleh semua pemilik tanah di situ.

“Tidak ada niat tertentu yang terselindung kecuali untuk pastikan khazanah negara yang bernilai ini dapat dibangunkan setimpal dengan perkembangan di sekelilingnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Pindah, Kampung Baru dan perjumpaan dengan penduduk di flat Jalan Tun Razak, Kampung Baru di sini semalam.

Pada majlis itu juga Muhyiddin mengarahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelesaikan masalah tanah mendap di situ dan meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja pemulihan tanah.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM450,000 untuk mengecat semula flat Jalan Tun Razak sebelum Hari Raya Aidilfitri Ogos depan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Innalillah... Ustaz Ghazali Hasbullah Meninggal Dunia

|

Blog Kadi Kluang


Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua. Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun sebelum menjadi pendakwah bebas.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an,  anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).

Tabik buat Abg Mat Sabu, pemimpin tak mengaku kalah

|

~ KOMEN: Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular di kalangan akar umbi bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan.

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang
Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.