Ramai penjenayah Afrika masuk sebab mudah bagi RASUAH

|

Khairul Azlam Mohamad 

KUALA TERENGGANU, 14 Dis: PAS melahirkan rasa kebimbangan dengan ‘kebanjiran’ pelajar warga Afrika yang mutakhir ini mengundang pelbagai masalah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik (gambar) berkata mutakhir ini terlalu banyak kes jenayah yang membabitkan para pelajar daripada negara-negara Afrika, terutamanya di sekitar Lembah Klang. 

Katanya, kes-kes tersebut tidak boleh dilihat sebagai kes biasa kerana turut membabitkan siri-siri jenayah yang berlaku di kalangan para pelajar dan belia di negara ini.

“Walau pun banyak operasi telah dilakukan tetapi jumlah kes yang disiarkan tidak pernah berkurangan malahan makin meningkat. 

“Iaitu, sebanyak 89 warga Afrika termasuk lima wanita ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan penglibatan dalam sindiket penipuan Antarabangsa,” ujarnya melalui satu kenyataan akhbar kepada Harakah, hari ini.

Justeru itu, kata Dato’ Abu Bakar kerajaan perlu mengkaji punca dan sebab-sebab berlaku peningkatan jenayah tersebut.

Beliau mempersoal, apakah faktor-faktor di sebalik kelemahan yang ada sehingga kes jenayah di kalangan pelajar warga Afrika begitu membimbingkan.

Malah, katanya syarat-syarat kemasukan pelajar terbabit ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi di negara ini wajar diperhalusi dengan baik oleh pihak berkuasa.

“Perkara paling utama ialah mengenai syarat-syarat penerimaan untuk kemasukan ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi dan kesan daripada tindakan undang-undang yang telah diambil oleh pihak kerajaan,” ujarnya.












1 comments:

iaryylr said...

itulah pelajar asing dan pelancung asing yang sering dibanggakan propa kerana dikatakan penyumbang ekonomi negara, sedangkan selalu dan kerap luar biasa bila kes2 jenayah sering membabitkan warga yang sama.... tidak pernah henti cerita pusat pengajian tanpa pelajar, black money, dadah dan kes2 penipuan.... pening juga baca berita asyik warga yang sama....