ZAMZUKHAIRI NOORDIN wartawan Mynewshub berhati busuk

|


Abby Fana Berhijrah Selepas Bergelar Hajjah
December 10, 2011

KUALA LUMPUR – Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu.

Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala.

“Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung,” kata pemilik blog tersebut.

Selain itu, Izyan.com turut mengharapkan agar ramai lagi selebriti dan personaliti industri hiburan tanahair mengikut jejak langkah Abby Fana itu.

Pengacara terkenal di stesen radio no.1 tanahair Sinar FM ini muncul dengan imej bertudung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.

Alhamdulillah! Ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik.

Mynewshub.my turut berkongsi kegembiraan tersebut dan mengharapkan agar ramai lagi yang akan sama-sama ‘berhijrah’ dengan Abby Fana, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Jojie (kakak Ella), Lah VE, dan ramai lagi.

Bagaimanapun, penghijrahan tersebut hendaklah selari dengan kehendak Islam dan janganlah terlampau taksub sangat seperti segelintir selebriti yang berhijrah politik namun mengaku melakukan penghijrahan ke arah Islam.

Jika tidak kena dengan gaya, ada pula golongan artis yang berhijrah ini yang menuduh rakyat sebagai ‘murtad’ hanya kerana tinggal di Ulu Tiram, Johor, yang berulang-alik bekerja di Singapura!

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Klik gambar utk ke fb wartawan berhati busuk ini

Cilakoi! Wartawan songkok tinggi @ UMNO rupanya

0 comments: