Bahasa Melayu kepala 'pundek' UMNO

|


Wajib Bahasa Melayu -
Kerajaan keluar pekeliling urusan rasmi penjawat awam mesti guna bahasa kebangsaan. 
Berita Harian, 14 Oktober, 2011.

BOLEH PERCAYA KE ?
.............................................................................................
Saya dah mula tak percaya .. keratan-keratan akhbar seperti berikut sebagai puncanya.


Pelaburan RM5b di Terengganu. Projek Kuala Terengganu City Centre bakal sedia 82,000 peluang kerja - Berita Harian 21, Oktober 2011

Tak ada nama lain ke dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan selain Kuala Terengganu City Centre. Misalnya "Serambi Kuala Terengganu" atau "Anjung Kuala Terengganu" dan sebagainya. Kalau dah Negeri Terengganu pun menggunakan Bahasa Inggeris, adakah boleh diharapkan Pulau Pinang atau Kuala Lumpur akan menggunakan Bahasa Melayu dalam menamakan projek seumpamanya.

Terbaru lihat dua keratan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober seperti di bawah, yang menambah rasa mual saya.



Nampaknya cabaran kepada Bahasa Melayu bertambah Greater ..!

Tidak cukup dengan itu, pengeluar kereta nasional ke dua kita turut menambahkan luka di hati dengan iklan berikut ..


LAGI POWER, LAGI BEST.

Miskin sangatkah perbendaharaan kata Bahasa Melayu untuk menggantikan perkataan "power"dan "best" itu ? Atau hina sangatkah kalau syarikat kereta nasional kebanggaan kita tersebut menggunakan Bahasa Melayu dalam iklannya. Sudahlah begitu bercampur aduk pulak antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Dulu heboh dengan perkataan Sure Heboh dan sekarang dah guna Jom Heboh. Tak ada masalah pun. Tetap juga heboh.

Nak best lagi kat Putrajaya pulak ada New England!


Memartabatkan Bahasa Melayu konon .. !

Kalau begini caranya, sampai kiamat pun Bahasa Melayu kita tak akan ke mana !

1 comments:

ahlee said...

Mampuoh MU Mampouh Mu minumair ni???


Sunday, November 20, 2011
NIK AZIZ BEKALKAN AIR BERKUMAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 10:00 AM | |

Perlukah disalahkan kepada Nik Abdul Aziz yang memang tidak tahu apa-apa?

Sudah tentu boleh kerana itulah akidah yang diimani oleh setiap orang pencinta dan pentaksub PAS!

Perhatikan sahaja tingkah laku dan pendapat mereka apabila sesuatu isu itu melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional... contoh terbaik adalah Program Fidlot di Gemas!

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan:
Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).