Zambry Mamak & Pulau Mentagor, jeti runtuh + hanyut

|

Pendedahan bahawa projek marina di Pulau Mentagor,Pulau Pangkor tidak langsung boleh digunakan walaupun sudah 5 tahun siap pembinaannya amat mengejutkan.

RM 28 juta duit rakyat hangus begitu saja akibat projek yang tiada kajian dan perancangan ini.

Projek itu di bawah pemerhatian Adun Pangkor dan juga Exco Kerajaan Negeri Perak DS Zamry Kadir pada masa itu. Timbul persoalan kenapa projek sakit itu DS Zambry Kadir tidak mahu bertanggungjawab.

Sepatutnya RM 28 juta itu boleh digunakan untuk menyiapkan 560 buah rumah kepada golongan miskin di dalam negeri Perak yang berharga RM50 ribu setiap satu.

Satu lagi projek gajah putih dan pembaziran duit rakyat Perak.Satu bukti Zambry Kadir bukanlah ADUN yang baik. - Blog Sisi Bukit


Salah satu Laporan Ketua Audit Negara 2009 terhadap Kementerian Pengangkutan:

“Bagi tempoh tahun 2002 hingga 2009, Jabatan Laut Semennanjung Malaysia (JabatanLaut) telah diluluskan peruntukan berjumlah RM309.41 juta untuk projek pembinaan marina dan pembangunan infrastruktur yang dijangka dapat menggalak serta meningkatkan pertumbuhan aktiviti rekrasi di kalangan pemilik kapal rekrasi tempatan dan luar negara. Sehingga tahun 2009, Jaabatan Laut telah mebina 9 marina melibatkan kos berjumlahRM253.06 juta (81.8%).
Pengauditan yang dijalankan antara Jun hingga Oktober 2009 mendapatibeberapa kelemahan dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek pembinaan dan pengurusan marina awam. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah marina yang telah lama disiapkan masih tidak beropersasi dan dimanfaatkan mengikut objektif pembinaannya; kemudahan yang dibangunkan memlebihi keperluan serta bangunan dan peralatan tidak disenggarakan dengan baik.
Adalah didapati Jabatan tidak memulakan operasi marina sebaik sahaja projek disiapkan di Marina Muar, Pulau Toman dan Tanjung Gemok hanya beroperasi antara tempoh 1 hingga 4 bulan selepas ia disiapkan. Marina di Kuala Kedah, Pulau Mentagor dan Pulau Indah pula masih belum beroperasi semasa lawatan Audit dijalankan pada bulan Ogos dan Oktober 2009.”
- Blog Wee Choo Keong

Aku baru-baru ni dapat satu kes besar lah jugak berkenaan Marina Pulau Mentagor...1st time aku dapat kes ini, tertanya2 jugak..kat mana le pulak Pulau Mentagor ni..Aku tanya le geng2 ofis Ipoh tapi rasanya hampir semua tak tau kat mana...Bila aku belek2 map..pulau tu rupa2nya tak jauh dari Pulau Pangkor, cuma pulau ni agak terpencil n terasing...Tak sangka pulak ada Marina kat situ..Aku n collegue pergi pulau tu on 23/2 bersama2 dgn geng Jabatan Laut Lumut..Naik kapal diorg lagi...Syok jugak meronda keliling Pulau Pangkor..sehingga sampai le ke Pulau Mentagor..Dari jauh, nampak a very big building n cantik..tapi bila dari dekat, laaa...kosong rupanya..takde orang pun..Macam bgn gajah putih je..Tapi yg sadisnya bila sampai kat sana, jeti runtuh pulak..tak pasal2 aku jadi spiderman, sbb kena memanjat...apa bole buat..dah namanya keje...Aku tengok pulau ni, ok lah jugak..Pulau Pangkor dah nampak dekat je kat seberangnya tp oleh krn takde jambatan utk hubungkan 2 pulau ini, sbb tu le Pulau Mentagor ni kureng dgn aktiviti...Sayang aku tgk bgnnya dibiarkan kosong tp aku salute kat Jabatan Laut, still kept maintain tempat ni w/pun takde yg datang kat pulau ni...Harap2 lepas ni, ada yang perasan akan kewujudan Marina ni kat Pulau Mentagor dan gunakan perkhidmatan kat sana sebaik mungkin... - Blog Sincerely Me


IPOH – Kerajaan Negeri akan menyiasat semula projek pembinaan Marina di Pulau Mentagor, Pulau Pangkor kerana walaupun telah siap dibina sejak lima tahun lalu, namun, sehingga kini masih tidak digunakan

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek yang menggunakan kos lebih RM28 juta itu, adalah salah satu projek yang tidak digunakan dan ia telah menyebabkan berlakunya pembaziran wang kerajaan. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri menganggap ianya satu masalah yang serius kerana untuk pembinaannya sahaja terpaksa menggunakan kos yang begitu banyak. 

“Malah kita juga telah berkali-kali mengingatkan pihak berwajib supaya dapat mengambil langkah lebih baik agar setiap projek yang telah siap dapat digunakan dan kita juga bimbang akhirnya ia akan rugikan pihak kerajaan,” katanya. 

Zambry berkata, oleh yang demikian, pihaknya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim supaya menyiasat perkara tersebut. 

“Kita harap laporan lengkap dapat disediakan terhadap projek berkenaan dan tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah projek yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, difahamkan juga bahawa jeti terapung yang ada di Marina kini sudah mula hilang satu-persatu disebabkan ia tidak dijaga

“Malah skru-skru yang ada juga sudah ada yang terkeluar sekali gus menyebabkan apungan jeti sedia ada dihanyutkan,” katanya. - Zambry Mamak

0 comments: