Najib kecut teloq dgn demo sampai tak sanggup turun UIA

|

KENYATAAN MEDIA
25hb OKTOBER 2011

NAJIB TAKUT BERTEMU MAHASISWA


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyelar tindakan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang membatalkan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa malam ini.

SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.

SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari.

Justeru demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung. Kami menjangkakan, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri.

Sekian, terima kaseh.

Syukri Razab
Pengerusi SMM

0 comments: