Wartawan TV3: UMNO = United Musyrikin National Organisation

|

Ketua bahagian Umno Seputeh, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof berkata kekeliruan berhubung nama surau yang diwakilinya mungkin timbul akibat kesilapan dalam satu laporan berita TV3 berhubung satu dakwaan kegiatan kristianisasi yang berlaku di kawasan itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mustapha menjelaskan bahawa beliau merupakan pengerusi surau Al-Imatun dan bukannya surau Al-Musyrikin seperti laporan TV3.

Laporan berkenaan adalah berhubung dakwaan kegiatan kristianisasi yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

"Saya bercakap sebagai pengerusi surau Al-Imatun, di Jalan Klang Lama, kira-kira dua kilometer daripada pusat tuisyen itu. Mungkin (TV3) salah tulis.

"Salah tulis itu kesalahan normal. Tapi cerita sekarang kita hendak tahu betul atau tidak betul kegiatan itu berlaku. Ya, memang betul berlaku."

Beliau mendakwa, perkara itu boleh dilihat apabila beliau telah bertanya kepada seorang kanak-kanak Islam yang telah menyertai tuisyen tersebut, seperti yang disiarkan dalam laporan berkenaan.

"Macam mana budak umur lima, enam tahun boleh menyanyi lagu Kristian? Kalau dibiarkan lima, enam tahun lagi mungkin dia betul-betul masuk Kristian," katanya lagi.

Ketika ditanya, Mustapha berkata beliau tidak dapat memastikan sekiranya pusat berkenaan masih beroperasi dan sekiranya kegiatan tersebut masih berterusan sehingga kini.

"Setakat ini saya tak tahu. Kita bukan nak pantau, itu kerja pihak tertentu," katanya yang tidak dapat memastikan siapakah pihak yang bertanggungjawab menjalankan kegiatan kristianisasi itu. - Malaysiakini


0 comments: