Polis pun kecut rupanya bila kena ugut, Pres. PAS bebas awal

|

Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman
Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 9 Julai: PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

(TG Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL)

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Presiden PAS dibebaskan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.

Menurut sumber, Abdul Hadi dihantar dengan sebuah kereta polis selepas kenyataan beliau direkodkan di IPK Kuala Lumpur.
(TG Abdul Hadi dan setiausaha politiknya di atas trak polis sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang dan kemudiannya ke IPK KL)
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi.

PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

0 comments: