Juara berita paling bangang dalam Utusan Meloya

|

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya

Kamariya Rejab menunjukkan kad kahwin anak tunggalnya dan laporan polis terhadap perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

4 comments:

kluangman said...

Tak perlu tumbuk, tulangnya pun dah mula mereput.

Laporan media dah sangat bagus (yang kemudiannya dikatakan UMNO yang suruh oleh puak pembangkang ni) diikuti dengan saman. Jangan tak saman. Saman individu, semua kena diseret ke mahkamah.

1Crony said...

Kesian Kamariya ni! Sebenarnya anak beliau pun turut serta di alam himpunan Bersih 2.0 tu.... Orang marah sebab lauk tak cukup, bukan lauk tak habis (boleh jemput kluangman banggang makan buah pisang sekali). Kau nak saman siapa? Ambiga? Siapa Ambiga ni? Peguam budak sekolah Tadika ke dia ni? Kalau benda yang salah atau menyalahi perlembagaan dah tentu Ambiga tak berani buat, sebab dia ni pakar perlembagaan. Suami kamu namanya apa ya? OOhhhhh....keturunan EEEE ya? Patutlah...gitu.

Abah Atikah said...

Yes...ngkau saman Penganjur BERSIH...then ngkau KALAH...penganjur BERSIH akan SAMAN ENGKAU...jam tu tahu le langit tu tinggi ke rendah...

Time tu ngkau boleh mintak UMNO tolong....kita sama2 tengok nanti...hehehe

Computer Turbo said...

Wa simpati juga dengan keluhan makcik ni. Tetapi kalau boleh perhatikan dengan jelas tentang isu Himpunan tersebut. Siapa yang menghalang setiap orang dari masuk dan keluar dari KL?. Bukan Polis dan Menter-menteri ke?. Setiap sudut jalan dan lorong di adakan sekatan. Kenapa perlu sebegitu sedangkan Bersih hanya ingin berhimpun secara aman. Sekiranya tidak boleh berhimpun, maka ayat-ayat dalam perlembagaan Hak bersuara dan Berhimpun perlulah dimansuhkan, dan Malaysia harus keluar dari kelompok negara-negara Demokrasi. Sebenarnya tujuan makcik ini menyaman atas kerugia memang tepat, tetapi sasarannya adalah silap. Seharusnya pihak Polis dan Kerajaan yang perlu disalahkan. Lagi satu, kenapa susah sangat untuk pihak kerajaan meluluskan Permit Stadium Merdeka untuk Bersih diadakan. Sekiranya kerajaan jujur dan telus serta berani, maka tiada masalah yang dihadapi oleh makcik ini. Dan jgn lupa Najib juga menghantar Sayap Permuda nya pada 9711 jugakan. Justeru Najib juga harus didalahkan sebab mengarahkan Patriot berhimpun secara Haram.