Seluruh Pemuda PAS kena ikhlas, jgn syok sendiri mcm selalu

|

... Sementara itu, naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan supaya seluruh kepimpinan PAS mengadakan pelan cadangan kemenangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyeru semua pihak "memobilisasi semua sudut" kekuatan termasuk menyediakan "model kemenangan" termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan secara tepat ia telah menepati sasaran (mengenai negara berkebajikan).

"Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada (dengan) cara berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.

Menurutnya, utusan Allah itu mengamalkan cara 'berkongsi dan mengambil berat' terhadap sesuatu perkara dalam keaadaan susah atau senang sehingga berkongsi ilmunya ketika mentafsir mimpi seorang raja.

Husam berkata konsep tersebut itu juga turut menggesa perwakilan agar mengambil iktibar terhadap sejarah kisah nabi dan pahlawan terdahulu sebagai model dalam menuju kemenangan dalam pilihan raya.

Calon: Pemuda perlu yakinkan


Exco kanan kerajaan Kelantan itu turut mencabar Pemuda PAS yang menuntut 40 kerusi kepada dewan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Pemuda perlu menyediakan daftar pemilih pemuda yang meyakinkan sebelum tuntutan itu dipenuhi di peringkat pusat.

"Kalau berjaya kita beri calon. Kalau tidak kita beri kepada calon tua, janji tetap menang.

"Kalau mahu menghapuskan BN, kita kena menyiapkan pelan setiap segi sebelum datangnya pilihan raya,"katanya sambil beliau menggesa Pemuda "wajib" menyiapkan daftar pemilih itu dari semua peringkat.

0 comments: