Pemimpin UMNO adalah spesis cakap terbalik & penipu

|

Tiada niat terselindung
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

MUHYIDDIN (tiga dari kanan) beramah mesra dengan penduduk ketika membuat lawatan ke Kampung Baru semalam.


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tiada niat terselindung dalam usaha untuk membangunkan Kampung Baru.

Jelas beliau, hasrat membangunkan hartanah paling berharga di ibu negara seluas 122.9 hektar itu adalah untuk dinikmati oleh semua pemilik tanah di situ.

“Tidak ada niat tertentu yang terselindung kecuali untuk pastikan khazanah negara yang bernilai ini dapat dibangunkan setimpal dengan perkembangan di sekelilingnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan selepas melakukan tinjauan mesra di Kampung Pindah, Kampung Baru dan perjumpaan dengan penduduk di flat Jalan Tun Razak, Kampung Baru di sini semalam.

Pada majlis itu juga Muhyiddin mengarahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelesaikan masalah tanah mendap di situ dan meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja pemulihan tanah.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM450,000 untuk mengecat semula flat Jalan Tun Razak sebelum Hari Raya Aidilfitri Ogos depan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

0 comments: