Kempen anti-BERSIH sudah bermula di IPT

|

Kelmarin pukul 2 petang, radio Kedah.fm menyiarkan forum perdana di Politeknik Kulim. 2 orang ahli panel telah dijemput iaitu Ustaz Md Isa dan Mangkuk Hayun dari BTN. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mempengaruhi para pelajar supaya tidak pergi demo BERSIH 2.0 di KL pada 9 Julai nanti. Memang betul inilah demo yang sangat2 ditakuti oleh pemimpin2 UMNO yg jahat. Demo BERSIH yg lepaslah punca kepada tsunami politik pada PRU 12.

Bermacam-macam alasan diberi oleh kedua ahli panel ini termasuklah atas alasan agama. Pelajar dibasuh otak mereka supaya menumpukan kepada pelajaran semata-mata dan membiarkan urusan politik/kenegaraan kepada pihak-pihak lain. Penganjur BERSIH 2.0 dilabel sebagai anasir-anasir yg cuba menggugat keselamatan negara. Yang paling bengong sekali ialah Mangkuk Hayun BTN yg mengaku jadi ustaz kata lebih kurang 500 tahun kita menunggu untuk merdeka dan kita baru merdeka 54 tahun sudah ada pihak hendak merosakkan kemerdekaan itu. Tidak tahukah dia 54 tahun itu kita ditipu dengan kemerdekaan acuan penjajah. Tambahnya lagi dgn menggunakan alasan Perlembagaan sedangkan Perlembagaan yg sedia ada adalah ciptaan penjajah yg bernama Lord Reid.

Ketahuilah bahawa di akhirat nanti kamu semua akan ditanya atas segala kerja jahat ini...

0 comments: