UMNO akan 'recyclye' skrip mahkamah Zambry Mamak Barua

|

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ADUN Lenggeng Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menerima rasuah masih adalah wakil rakyat bagi kawasan itu.

Bernama memetik beliau berkata ADUN BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

NONESemalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini juga mempertahankan kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Katanya, kelayakan Mustafa tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

0 comments: