PAS perlu banyak belajar dari DAP, tiada salahnya

|

DAP sapu 12 kerusi, kalahkan George Chan
April 17, 2011

KUCHING, 16 April — DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini dengan muncul parti komponen Pakatan Rakyat memperoleh kerusi terbanyak.

Malah parti itu juga mencatatkan kejutan besar kali ini apabila calonnya Ling Sie Kiong menewaskan Presiden SUPP Tan Sri George Chan di kerusi Piasau dengan majoriti 1,590 undi.

Ling memperoleh 5,998 undi untuk menewaskan Chan yang hanya menerima 4,408 undi. Undi rosak adalah sebanyak 73.

Kekalahan Chan dilihat sebagai satu kejutan memandangkan Ling, peguam berusia 28 tahun, merupakan muka baru dan hanya menjadi ahli seumur hidup DAP Julai lalu.

Menurut sumber-sumber DAP, kerusi yang dimenangi mereka ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujut.

“Buat sekarang, nampaknya DAP akan memperoleh kemenangan di 10 kerusi (dan) tiga lagi untuk dimenangi. Nampaknya dua lagi akan kalah,” kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari dalam mesej Twitter.

Chan menjadi wakil rakyat sejak 1983 bagi kerusi Piasau.

Beliau merupakan timbalan ketua menteri Sarawak sejak 9 September 1996 dan presiden SUPP bermula 1997.

Salah seorang anaknya, Anisa Chan berkahwin dengan anak Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman.

Krian, Ba’kelalan dan Batu Lintang dimenangi PKR manakala Bukit Assek, Piasan, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.

Majoriti sebanyak 6,391 mudah menghalang UMNO-BN menipu

 Majoriti 7,595

Lagi majoriti besar

Dominique Ng pun lingkup, nampak sangat kekuatan DAP terletak pada parti, bukan calon

Bekas Timbalan Ketua Menteri pun terbongkang

5 comments:

zaki said...

Pada pengamatan saya, PAS pada landasan yang betul. Cuma ia baru diSarawak.Jadi soal belajar tak timbul. Cuba kita kembali semasa kempen. Siapa kah yang berkempen untuk PAS? Hampir semua oleh Jentera PAS sendiri sikit sangat dari parti lain. Manakala DAP, kat bandar pengundi educated, dan semua jentera PR digunakan oleh DAP.

LeeMalay said...

Bagi saya tak salah PAS belajar cara DAP menarik pengundi selagi ianya tak salah dari prinsip PAS.
Strategi mesti penting bagi menarik pengundi menyokong PAS.
Kalau nabi sendiri menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri cina. Tapi kita sekarang tak payah susah-susah ke sana sebab kat sinipun dah ada orang cina.
JImat Kos... bro......

uNCLe Joe said...

Salah seorang anaknya, Anisa Chan berkahwin dengan anak Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman.
=================================
cemana anak taib tak bin taib plak ni

terasing said...

Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Bin Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib. Sulaiman adalah bekas Timbalan Menteri Pelancongan Persekutuan yg bermasalah dan telah meletak jawatan (kalau tak silap sekitar 2009 lepas - ketika dibawah teraju Ng Yen Yen selepas Azalina Othman Said).
Sebelum menjadi ahli politik, Sulaiman adalah pengemudi Permata Cahya Sarawak (PMS) yg mengetuai pengambilaihan RHB Bank sebelum beliau dihalang dari meneruskan khidmat sbg CEO bank tersebut oleh Bank Negara.
(P/S: Bank Negara mempunyai autoriti utk pelantikan semua "ketua eksekutif bank" walaupun anda mempunyai syer terbesar bank tersebut).
Harap yg bertanya soal "BIN" tu dah dapat jawapan.

terasing said...

maaf.. cahya mata sarawak (CMS)