ADUN Pelabuhan Klang berakhlak buruk, gagal jadi suami

|

Adun lafaz cerai talak satu

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, 51, sah bercerai dengan isterinya Ramizah Mazlan, 40, di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Lafaz cerai talak satu itu dibuat Badrul Hisham terhadap Ramizah di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh yang mana pada asalnya ditetapkan sebagai prosiding sambung bicara permohonan fasakh difailkan Ramizah. Kedua-dua pihak setuju bercerai secara baik selepas Ramizah bersetuju menarik balik tuntutan cerai secara fasakh yang difailkan dan keterangannya di mahkamah pada prosiding perbicaraan lalu.

Permohonan fasakh itu difailkan mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 oleh Ramizah dengan menamakan Badrul Hisham sebagai defendan bagi kes ini.

Ia dibuat atas alasan defendan cuai menyediakan nafkah zahir selama tiga bulan berturut-turut, menyakiti dan membuatkan plaintif menderita.

GAMBAR LAMA SEBAGAI KENANGAN HANCURNYA PENGORBANAN SEORANG ISTERI
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah semalam mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Turut serta isterinya, Ramizah Mazlan dalam satu sidang media di sebuah hotel pada petang Khamis. Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI.

0 comments: