Kisah video seks versi loghat petani yg kelakar

|

DNA UMNO DALAM VIDEO SEX ITU - APA NAK JADI DENGAN POLITIK MALAYSIA


......Ini video politik, bukan video sex. Ia ditayangkan untuk memuaskan nafsu tukang tayang dan gerombolan tukang tayang, bukan menaikkan nafsu penonton. Sebab itu Nazri Aziz kata tak salah! Barangkali yang salah di sisi-sisi undang-undang berkaitan pornografi ialah kalau ia merangsang dan menguja gelora shahwat penonton...tapi kalau menimbulkan rasa benci, meluat, dengan niat menghina dan menjatuhkan maruah musuh politik, ia TAK SALAH!......

Hari ni, pagi-pagi lagi seorang kawan, orang Sik yang duduk di KL telepon, katanya:

"Mu thu dak aku sembang dengan chegu Bard khemareng, dia tengok dah video tu dengan phuak tu, dia kata bukan Anwar. Gamba hitang puteh..yang syoknya Chegu Bard kata 'kote' orang tu hitang belegang".
Saya tak mau merojakkan lagi kebusukan politik Malaysia yang dicemari najis UMNO, tapi itulah hakikat yang diperkatakan orang. Dari lubang najis ke lubang kencing dan lubang peranakan, semuanya sudah jadi bahan politik. Dulu Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad menulis novel 'SHIT' sebagai karya 'satira politik', berasaskan najis dan usus sebagai metafora menggambarkan keadaan politik, sekarang ia bukan satira dan metafora lagi, ia sudah jadi real. Kalau SHIT melambangkan realiti dalam UMNO, sekarang SHIT mereka telah dilambakkan ditengah masyarakat Malaysia untuk membusukkan semua orang!

Kelmarin, ada tiga kawan bersembang di cafe wisma tentang video sex dan sejarah Anwar, dan depa semua percaya dan yakin sungguh pelakon itu adalah Anwar. Masa itu, statement Dato' Johari Abdul belum masuk surat khabar. Saya beristighfar dalam hati, entah macam mana depa bina persepsi dan keyakinan dari cerita-cerita orang dan surat khabar tanpa bersemuka dengan Anwar atau paling kurang mengenalinya secara peribadi. Cuma saya minta depa perhatikan betul-betul wajah-wajah pembawa video itu. Perhatikan juga sejarah dan pribadi mereka. Siapa tak kenal TS Rahim Tambi Chik?

Anwar sebelumnya sudah membuat statement 'pelakon itu mirip saya, tapi bukan saya'. Ya! Bukankah Eskay (Dato' Kambing) itu mirip Anwar? Kalau ikutkan kawan saya yang telefon pagi tadi, 'kote orang tu hitam belegam'... Eskay kan lebih hitam dari Anwar?

Bila membaca komen-komen di blog dan facebook, terutama orang muda, ternyata mereka meluat, mual dan geli dengan suasana politik Malaysia. Ini video politik, bukan video sex. Ia ditayangkan untuk memuaskan nafsu tukang tayang dan gerombolan tukang tayang, bukan menaikkan nafsu penonton. Sebab itu Nazri Aziz kata tak salah! Barangkali yang salah di sisi-sisi undang-undang berkaitan pornografi ialah kalau ia merangsang dan menguja gelora shahwat penonton...tapi kalau menimbulkan rasa benci, meluat, dengan niat menghina dan menjatuhkan maruah musuh politik, ia TAK SALAH!


Siapa Rahim Tahmbi Chik (AWAS! Dia Sudah Datang Balik!!) - Bekas Ketua Menteri Melaka yang dipaksa oleh Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) meletakkan jawatan kerana dikaitkan dengan skandal sex dengan gadis bawah umur Noryati Binti Mohamad Yusop (14 tahun sewaktu dirogol), cucu kepada nenek bernama Pendek binti Ahmad.

Kata sinenek dalam satu kenyataan - "Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.



Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.


Rahim Thambi terlepas hukuman dan seorang cina DAP yang membela Pendek dan cucunya dipenjarakan kerana kelicikkannya. Kini Rahim muncul dengan video sex untuk membalas dendam. Dia kini Pengerusi RISDA, menjaga pekebun kecil...jangan jaga gadis kecil sudahlahhh!

Siapa Dato' Shazryl Eskay Abdullah. - Berketurunan siam dari Danglau, Sik Kedah. Dia masuk 'melayu' dan diberi jolokan Dato' Kambing oleh kerana memelihara banyak kambing, yang diperolehi secara percuma dari Jabatan Pertanian. Dia juga pelihara lembu dan menjadi Konsulat Kehormat Thailand di Malaysia. Menerima darjah yang membawa gelaran dato' dari Istana Terengganu.

Seorang ahli fisiotheraphy yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan pernah mengurut Dr Siti Hasmah dan Dr Mahadhir selepas pulang ke Malaysia. Dia terlibat dengan projek Jambatan Bengkok ke Singapura yang Mahadhir marah sangat bila Pak lah membatalkan projek itu. Kata orang, isterinya kerabat Johor. Pernah menjalankan syarikat penerbangan Alor Setar-Medan yang dirasmikan oleh Syed Razak sedikit masa dulu, tapi tak laku.

Dato' Shuib Lazim - Bekas ADUN dari UMNO yang kini menjadi Bendahari PERKASA - Perkasa di kepalai oleh raja katak Ibrahim Ali yang diketahui sangat marah dengan Anwar Ibrahim untuk rapat semula dengan UMNO yang memecatnya. Bapa saudara Ahli Parlimen Sungai Petani Dato' Johari Abdul. Anaknya berkahwin dengan orang Sabah yang kini jadi Menteri. PERKASA kini diberi laluan sepenuhnya untuk menggunakan Biro Tata Negara bila-bila masa, di mana jua!

Sah! ADA DNA UMNO dalam video itu!!!! Maka - Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia!

0 comments: