Nasib profesional bila kritik perasuah di Malaysia

|


KUALA LUMPUR – Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam satu forum baru-baru ini adalah bersifat peribadi.


Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjelaskan, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan bukan mewakili organisasi itu.

“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Tan Sri Mohd. Isa, “ katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan berkenaan di sini.

Pada forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sebagai Pengerusi Felda memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan berkenaan yang turut dilakukan oleh Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof itu bersandarkan alasan, imej Mohd. Isa pernah tercalar dengan isu politik wang.

Ekoran kritikan yang lantang itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..

Abdul Wahid menambah, surat permohonan maaf telah ditulis selepas forum tersebut. -mynewshub

0 comments: