Pengkhianat munafik celaka yg mengaku jadi Presiden Palestin

|

Jumaat , 28/01/2011 - Menurut dokumen sulit yang disebarkan oleh stesen Al-Jazeera, Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, telah sedia maklum tentang rancangan Zionis untuk menyerang Gaza sebelum serangan sebenar dijalankan selama 23 hari berturut-turut ke atas kawasan tersebut 2 tahun lalu yang mengorbankan hampir 1500 nyawa rakyat Palestin.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Fatah turut terlibat dalam penarikan semula dokumen Goldstone yang mengandungi tuduhan terhadap pihak Zionis yang melancarkan jenayah perang Gaza ini.

Dalam pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat ke Timur Tengah, George Mitchell, pada 21 Oktober 2009, wakil dialog PLO, Saeb ‘Ereqaat, menyatakan bahawa pengerusi Biro Politik dan Ketenteraan Zionis, Amos Gil’ad, “telah bertemu Abu Mazen (Mahmoud Abbas) sebelum serangan (ke atas Gaza) dan bertanya hal ini kepada beliau.. Namun Abu Mazen menjawab bahawa beliau tidak akan pergi ke Gaza dibelakang kereta kebal Israel.”

0 comments: