Pemimpin tertinggi PAS & PKR perlu beri perhatian isu ini

|

Sebuah badan yang dinamakan Task Force Felda telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-penroka Felda di Negeri Selangor serta masalah-masalah yang dihadapi olehPeneroka-Peneroka baru di Negeri itu.


Jawatankuasa Task Force itu ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Sdr Shamsul Iskandar dengan YB Elizabeth Wong menjadi Penyelaras dengan beberapa orang pakar-pakar rojok yang terdiri daripada Yang Hormat Dato Dr Tan Kee Kwong, Suhaimi Said, Mazlan Aliman yang dibantu oleh Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal serta Jawatankuasa Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Task Force ini ditempatkan di Pejabat Task Force Felda di Jalan Kamaruddin, Kuala Kubu Baru yang akan mempunyai 3 orang peugas-petugas tetap.

Didalam mesyuarat pertamanya pada 11hb Januari 2010 Jawatankuasa TaskForce ini telahmendengar taklimat dari Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Sdr Suhaimi Said, mengenai masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Peneroka Felda Hulu Selangor secara khusus dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat peneroka Felda seluruh negara secara umumnya.

Didalam taklimat itu Suhaimi menyatakan bahawa ada 4 perkara besar yang sedang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda Hulu Selangor yang memerlukan penelesaian segera, iaitu:

1. Masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda di Felda Gedangsa yang terlibat dengan aktiviti menerna ikan air tawar didalam kolam-kolam tanah di rancangan itu diatas tanah-tanah yang tidak digunakan unuk lot tanah kampong atau lot ladang iaitu di kawasan yang rendah. Ramai peneroka-peneroka di sana telah mengambil kesempatan untuk membina kolam-kolam ikan dan dengan berjayanya mengeluarkan hasil ternakan ikan air tawar. Mereka telah menemui Felda untuk mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti itu diatas tanah-tanah tersebut, tetapi pihak Felda menyatakan bahawa tanah-tanah itu adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor kerana tanah-tanah itu dikatakan diluar kuasa Felda memandangkan Felda tidak membayar premium bagi tanah-tanah itu.

Peneroka-Peneroka yang terlibat dengan aktiviti ikan air tawar ini telah menemui Pihak Berkuasa Tanah di Kuala Kubu Baru dan memohon lesen tol keatas tanah-tanah itu, namun permohonan mereka telah ditolak.

Adalah menjadi hasrat peneroka-peneroka itu agar Kerajaan Negeri Selangor dapat meluluskan lesen tol keatas tanah-tanah itu dan melalui YB Elizabeth Wong hajat ini akan dibawa ke perbincangan EXCO Kerajaan Selangor.

2. Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah Felda Plantation. Walaupun ianya sebuah Felda Plantation, ia berbeza dari ladang-ladang Felda Plantation yang lain di seluruh Negara kerana ladang ini mempunyai peneroka-peneroka yang tetap yang sudahpun memiliki tanah kampong.

Dari segi dasarnya, Felda tidak akan melepaskan ladang dibawah Felda Plantation ini untuk dikeluarkan geran.

Bersesuaian dengan keputusan Konensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan lepas, Pakatan Rakyat akan memansuhkan Felda Plantation dan tanah-tanah ladang akan itu akan diserahkan kepada Generasi Baru Felda serta golongan petani yang lain seperti Orang Asal dan kaum-kaum lain yang memerlukan, amatlah wajar Felda Plantation di Sungai Tengi Selatan ini dikeluarkan geran tanah dan peneroka-peneroka yang sedia ada disitu diserahkan geran berkenaan keatas lot rumah dan lot ladang.

YB Elizabeth Wong ditugaskan membawa hajat peneroka-peneroka di Felda Plantation Sg Tengi Selatan ini kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Suatu impak besar akan berlaku keatas Felda Plantation diseluruh Negara jika Kerajaan Selangor dapat mengeluarkan geran tanah untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka Felda SgTengi Selatan ini dan menfaatnya akan diperolehi Generasi Kedua dan Petani-Petani lain yang tidak mempunyai tanah. Dianggarkan hampir 80,000 orang peneroka-peneroka baru boleh mndapat menfaat diseluruh Negara jika dasar pemberian geran ini dapat disempurnakan diseluruh Negara keatas ladang-ladang Felda Plantation.

3. Peneroka-peneroka lebih muda di Fasa 6 Felda Kg Suharto masih belum menerima geran tanah mereka kerana Felda masih gagal mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroa itu. Peneroka-peneroka lain ditanah rancangan itu sudah menerima geran tanah masing-masing.

Taklimat itu mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pihak Berkuasa yang mempunyai kuasa keatas tanah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Kg Suharto itu.

4. Terdapat anak-anak peneroka di Hulu Selangor yang masih menumpang di kediaman ibu-bapa mereka dan diantaranya adalah mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Untuk mengatasi masalah penempatan ini, Taklimat itu mencadangkan agar kerajaan Negeri Selangor membina rumah-rumah dengan kos dan prosedure yang mudah milik untuk menempatkan anak-anak peneroka ini.

Taklimat juga mengambil kira agar diadakan projek-projek sumber rezeki seperti industri dan sebagainya di kawasan berhampiran Felda Hulu Slangor ini untuk menampung masalah pengangguran dikalangan Generasi Baru Felda di kawasan itu.

Kesemua cadangan itu telah diserahkan kepada YB Elizabeth Wong untuk dibawa kepada pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor, dan mesyuarat berpendapat bahawa jika Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengatasi masalah-masalah itu, ia akan mempengaruhi kawasan-kawasan rancangan Felda diseluruh Negara dan dapat membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Baru mereka.

Pandangan juga ditumpukan kepada isu perahan KPG bagi buah-buah sawit peneroka-peneroka Felda di Hulu Selangor yang dikatakan bahawa mereka hanya diberikan hanya antara 18%-19% sahaja perahan KPG, dan isu ini akan dibawa ke mesyuarat Task Force Felda akan datang.

0 comments: