Najib nak berdebat? Dengan bini pun takut... kah kah kah

|

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

anwar and najib and budget malaysiaMenurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.
"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.

"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. 

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Anwar berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

0 comments: