2 orang makcik UMNO masih berkempen di hari mengundi!

|

Selak makcik.. ramai mahu tengok ni...

Dah jumpa pengundi kita.. senarai kat tangan ko tu ada x kat rumah ni?

Apa yang sedang dilakukan oleh orang tua ini sehinggakan ketika orang keluar mengundi, masih ada yang sedang berkempen bagi pihak UMNO/BN. Makcik-makcik ini telah diperkudakan sehinggakan menyelak kain ketika menggegar rumah pengundi.

Bukan itu sahaja, cuba perhatikan apa yang dibawa oleh makcik-makcik yang boleh dikatakan cuba mencari pengundi. Senarai ditangan itulah di mana makcik-makcik ini mencari pengundi sehingga terkantoi masuk rumah milik media yang sedang buat liputan.

Inilah kerja-kerja UMNO/BN yang terdesak sangat sehinggakan masa untuk berkempen adalah sekitar jam 12.00 tengah malam tadi tetapi jam 12.00 tengah hari pada hari mengundi iaitu 30 Januari 2011 masih berkempen untuk bagi pihak UMNO/BN.

Puteri UMNO dikatakan tidak keluar sebagai peraih undi kerana telah mendapat bayaran lumayan pada malam tadi. Hanya makcik-makcik tua sahaja yang berkempen dan meraih undi bagi UMNO/BN.

Sehingga kini yang keluar mengundi setakat jam 1.00 tengah hari adalah 8167 atau 55.36%. Hujan masih lagi membasahi bumi Tenang dikala ada yang telah dipindahkan akibat banjir.

0 comments: