Kalah takpe, Tan Sri Khalid buktikan dirinya seorang profesional

|

Pindaan: MB cadang bawa untuk semakan kehakiman

Isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor nampaknya belum selesai walaupun kerajaan negeri gagal mendapat undi majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang itu dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ini kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.

"Saya mahu buat perubahan. Perubahan ini perlu. Saya tahu politikbanyak permainan tapi pengurusan (berlainan), kalau tidak, tak dapat ukur kecekapan (pentadbiran)," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan pada sidang itu.

Khalid berkata beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana kerajaan pakatan pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal.

"Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (kerajaan) persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku hari ini adalah sejarah dan akan direkodkan dalam hansard Dewan dan akan dikenang dan boleh dibuat rujukan supaya masa depan negara kita akan lebih baik dan terbuka.

"Kepada Anggota Dewan yang tak bersetuju dengan pindaan, tak mengapa, tak ada masalah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN BN yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam perbahasan," katanya. - Bernama

0 comments: