Gambar Ustaz Misbah di hospital selepas kemalangan tempohari

|

 
Adalah difahamkan Ustaz Misbah Munir, Setiusaha PAS Negeri Perak mengalami kemalangan jalan raya jam 5.30 petang semalam di Behrang.
Buat masa ini rawatan sedang diberikan kepada beliau di Wad 2A Hospital Ipoh. Kedua anak beliau yang bersama dilaporkan selamat.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau sekeluarga serta cepat sembuh dari kecederaan dan dapat meneruskan perjuangan.
Dewan Pemuda PAS serta rombongan telah hadir menziarahi beliau. SUMBER PEMUDAPASPERAK

Harakahdaily
IPOH, 12 Jan: PAS Negeri Perak merakamkan doa kepada Setiausaha PAS negeri, Ustaz Misbahul Munir Masduki merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh serta keluarga di atas musibah yang menimpa beliau disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Behrang, kelmarin.

“Sesungguhnya kami yakin, seluruh ahli PAS Perak khususnya amat mengharapkan agar Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki berada dalam keadaan baik dan selamat,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu kenyataan ringkas.

PAS Negeri Perak juga, katanya berharap keluarga Misbahul Munir dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah SWT itu.
(Gambar: Misbah diziarahi rakan-rakannya ketika di hospital selepas terlibat dengan kemalangan di Behrang)

“Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami mendoakan semoga Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah SWT.

0 comments: