Orang bukan cakap ttg kes maksiat la bodoh tapi kes mahkamah!

|

Mohd. Azahar cabar Pas lebih gentleman



AZAHAR (duduk tiga dari kiri) berbual dengan mangsa banjir di Balai Raya Kampung Lembah Sakti, Labis semalam.



LABIS – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim mencabar Pas supaya lebih gentleman ketika berkempen dan bukannya menabur fitnah dengan memburukkan peribadi seseorang.
Ia ekoran fitnah terbaru yang disebarkan oleh blog-blog pro- pembangkang kononnya beliau pernah terbabit dengan kes maksiat sebelum ini.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, Mohd. Azahar berkata, beliau memang menjangka Pas akan memperbanyakkan serangan peribadi kerana semua pihak sedar parti berkenaan sudah kering idea.
“Ini semua fitnah... ‘Gentlemanlah’, kenapa hendak menabur fitnah semata-mata untuk meraih undi, tawarkanlah apa khidmat terbaik yang mampu Pas lakukan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

0 comments: