Azahar Malang vs Cikgu Mala Cemerlang di DUN Tenang

|

Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang
Harakahdaily

LABIS, 27 Jan: Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.

Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.


Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.

Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.

Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.

“Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.

Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.

Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah.

1 comments:

otaklunyai said...

Cemerlang macam-mana pun puak2 ni susah kita nak tarbiah... kita hanya boleh berusaha bersungguh2, hanya Allah yg memberi hidayah kepada mereka utk berubah kepada kebenaran.

ini macam pelajar dengan gurulah... guru hanya mengajar hanya Allah yg akan memberi Ilmu kepada pelajar yg terpilih. sebab tu dalam satu kelas 40 orang pelajar bukan semuanya dapat ilmu yg sama. Tapi kalau berusaha dan bertawakkal Insyaallah, kurnia Allah akan sampai..

Makhluk2 ni dah lah tak mau usaha, bila org beritau dan ajar tak mau ikut pulak malah menentang.

Bila berdoa, mohon petunjuk Allah tapi bila Allah datangkan petunjuk tak mau ikut. Dok pangkah yang calon yang fasik dan sesat-lagi menyesatkan.. ini jenis makhluk bodoh sombong... Dok sibuk cerita pasal termakan budilah, dah dapat tanah 10 ekarlah, dapat beras-kopi-gula yang lima tahun sekali tu... makhluk ni lupa yg segala rezeki itu Allah yg beri... malah dah jadi syirik plak... kunun-kunun hanya umgok yg boleh bagi benda tu semua... kita cuma boleh berdoa semoga Allah membalikkan hati2 yg telah sesat ini utk kembali kepadaNya dan semoga kita tidak termasuk kedalam golongan yang telah disesatkan dgn rezeki dunia ini.

" Sesungguhnya fitnah akhir zaman ini tiada yg terselamat kecuali orang-orang yg dipilih oleh Allah S.W.T. sahaja"