Serahkan saja urusan PASTI kepada Dewan Muslimat PAS

|

~ KOMEN: Inilah yang selama ini tidak disedari oleh ahli-ahli PAS. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sangat berpotensi untuk menambah sokongan orang melayu terhadap PAS kerana pendidikan Islam amat penting buat setiap ibu bapa. Sehingga hari ini masih banyak cawangan PAS yg belum ada PASTI. PASTI terletak dibawah tanggungjawab Pemuda PAS. Sekiranya Pemuda PAS Cawangan tidak mampu untuk membuka dan menguruskan PASTI, tanggungjawab itu hendaklah diambil alih oleh PAS Cawangan. Jika PAS Cawangan juga tidak mampu, maka PAS Kawasan dan PAS Negeri mesti memberi kuasa kepada Dewan Muslimat Kawasan/Negeri untuk menjayakan projek ini. Menguruskan PASTI melibatkan pengorbanan wang dan tenaga. Menguruskan PASTI tidak membawa keuntungan wang ringgit tetapi membawa keuntungan dari segi sokongan.

Baiki perkhidmatan KTMB dulu baru buat bangunan 100 tingkat

|

dari blog Reformis Jalanan

Salah satu perkara yang menyakitkan hati apabila saya berada di sini adalah menaiki komuter (KTMB). Nak tunggu komuter dah satu hal (kadang-kadang dekat setengah jam, lebih haru, 40 minit baru sampai!), lepas tu bila naik - punyalah sesak. Macam-macam orang dan perangai ada. Ada juga perempuan jenis tak reti bahasa, KTMB dah sedia dah gerabak khas untuk perempuan di tengah-tengah (siap dengan sticker pink lagi), tapi boleh dengan selambanya mereka join sekali dengan lelaki-lelaki di gerabak depan dan belakang.

Mulut saya memang susah nak kawal bila berhadapan dengan komuter ini. Perkataan 'babi' itu memang sudah biasa - sama ada diungkapkan dalam hati ataupun dengan nada yang seakan-akan kentut di dalam kain. Jarang sangat dapat tempat duduk di dalam komuter. Biasanya memang kena berdiri. Iyalah, komuter lambat sampai, orang yang menunggu bertambah ramai, ditambah lagi dengan orang yang sudah sedia ada di dalam tu. Saya ini jenis mudah kena sakit kepala, lebih-lebih lagi berdiri di dalam kenderaan yang bergerak. Nak buat macam mana, tahan sajalah. Nasib baik dalam telefon ada MP3, boleh dengar lagu dengan handsfree. Tapi itu beberapa bulan lepas. Sekarang, tak tahu apa puncanya, MP3 telefon ada masalah, dan tak boleh pakai lagi dah.

Selalu terfikir, kenapalah servis atau perkhidmatan KTM ini tak macam LRT dan Monorail? Lambat, lembab, sesak, dan macam-macam lagilah. Mungkinkah kerana terdapat perkataan 'Melayu' pada KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad)? Agak-agaknya, kalau dibuang atau diubah perkataan Melayu pada KTM ni, servisnya boleh jadi elok kut? Apa-apapun, itulah yang saya cuba katakan, sudah bertahun-tahun saya mengalami masalah dengan KTM ini. Servis dia macam tu juga.

Apakah kerajaan memang tak ada hati perut? Boleh berhabis duit berbillion-billion untuk satu-satu projek yang tak datangkan faedah kepada rakyat, tapi perkara asas ini - perkhidmatan awam, komuter - yang menjadi kenderaan utama rakyat di sini tak diambil peduli? Dah berapa kali aduan dibuat dan masuk ke dalam berita, tapi mana kesannya?? Sebab itulah, daripada membazir membina Menara Warisan 100 tingkat itu, lebih baik duit tersebut digunakan untuk memperbaiki servis pengangkutan awam. Bukan ke kerajaan tak ada duit? Sampai sanggup tarik biasiswa, kejar orang yang tak nak bayar pinjaman PTPTN sampai ke lubang cacing? Projek membazir ini ada pulak duit?

Siapa yang dapat untung? Apakah rakyat-rakyat bawahan dapat merasa nikmatnya jika menara tersebut siap? Maka bagi mana-mana rakyat yang mempunyai akal, mereka akan menolak projek gila ini. Stress! Benda sia-sia ini tahu sangat buat, tapi mengabaikan perkara lain yang melibatkan kepentingan rakyat. Bodoh punya PM!


Di Facebook, jumlah manusia yang menentang pembinaan menara ini ialah 158,722 orang (setakat ini).

Namun ada juga orang yang bahalol cipta page untuk menyokong pembinaan menara tersebut. Setakat ini hanya 1615 saja (kah kah kah). Lagipun, bukan semua yang join page ini menyokong, ada juga yang join semata-mata untuk menentang.

Kesimpulan, lebih baik kerajaan perbaiki dulu tahap perkhidmatan KTM sebelum nak laksanakan mana-mana projek mega yang sah tidak mendatangkan faedah kepada rakyat!

Klip video Zambry Mamak si MB Khurafat cap UMNO

|


Assalamualaikum,

Kau tengok gambar pun kau tau ini berlaku di negeri mana di Malaysia ni.

Ini cerita orang sedang pasang ancak. Kau tau ancak? Itu adalah amalan zaman orang Melayu beragama Hindu seperti orang Bali.

Kalau mufti di negeri ini ditanya apa hukumnya beramal dengan ancak ini, kemungkinan besar jawapannya:
Haruss

Lepas menang, Dr Zulkefli mesti turunkan berat badan

|







Zambry urus negeri Perak macam jaga restoran mamak

|

Lambat siap: Penjelasan Zambry dituntut
Harakahdaily

IPOH, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Perak, mahu kerajaan negeri itu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung beberapa projek yang gagal siap mengikut jadual seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Jabatan Audit Negara 2009 awal minggu ini.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata penjelasan itu sangat penting kerana projek yang dilaporkan tersebut adalah berkaitan dengan keperluan yang selama ini ditunggu rakyat.

Ianya termasuk projek Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja Glutton Square Teluk Intan, Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar.

"Kita mahukan penjelasan kerana ianya berkait rapat dengan rakyat terutamanya kemudahan-kemudahan yang sebelum ini pernah menjadi janji kerajaan negeri, namun malangnya tidak dapat disiapkan malah merugikan wang rakyat.

"Kita juga menuntut satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat permasalahan yang telah timbul samaada secara sengaja ianya dilewatkan atau sebaliknya," katanya.

Tambahnya lagi, keadaan itu juga jelas menunjukkan sikap tidak peka dan lepas tangan kerajaan negeri untuk memantau setiap projek selepas ianya diluluskan.

"Sikap pertanggungjawaban di atas kelewatan projek-projek tersebut sudah tentu akan diletakkan kepada pihak kedua atau ketiga di dalam menyabitkan kesalahan tersebut kelak.

"Yang pastinya, pentadbir kerajaan negeri akan terlepas di atas kelemahan dan kecuaian bagi mengatasi masalah tersebut," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd.Kadir membentangkan kertas putih di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak nanti bagi memperjelaskan isu tersebut.

"Kita amat kesal jika kerajaan negeri tidak bertindak tegas terhadap mereka-mereka yang mencari keuntungan di atas kelemahan pengurusan dan menekan rakyat atas kelemahan yang seolah-oleh sengaja diada-adakan," jelasnya.

Lagu-lagu alunan Rosmah Mansor

|



Karaoke dgn Mawi

Bini Najib karaoke sial!!!

Inilah akhlak veteran UMNO & Puteri UMNO, pantang ajak joget

|

Nak tengok gerak badan seorang penipu...

|

sila tunggu bermula minit 1.00

Perkara pelik di Gua Musang, masjid jadi kubu org bukan Islam

|

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di masjid

8.40 pagi: Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

Tanda kekelahan Yahudi muncul di Gua Musang, Kelantan

|

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat. SUMBER

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/galas/tgnasolat.jpg

Rahsia Dan Hikmah Diwajibkan Solat

|

Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Terdapat lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat di dalam Al-Quran. Selain itu, lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam Al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

Solat adalah tanda kesyukuran.

Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
Ibadat solat menghapuskan dosa.

Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2)

Solat dapat menenteramkan jiwa.

Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (Al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

sumber:http://www.iluvislam.com/

Lagi bantahan terhadap Ahli Sihir

|

"KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival." - HarakahDaily

Sekolah mcm kandang kambing ada hati nak bina menara 100 tingkat

|

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs463.ash2/73606_117492321644047_100001498388208_112591_6639617_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs906.snc4/71954_117491441644135_100001498388208_112589_2793003_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs814.snc4/69410_117491278310818_100001498388208_112587_3295719_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs912.snc4/72573_117491204977492_100001498388208_112586_219882_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs886.snc4/71984_117492384977374_100001498388208_112592_8286050_n.jpg

Arahan bina Menara Warisan memang datang dari Najib dan konco2

|

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs940.snc4/73353_444834261044_745771044_5451232_7247646_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs898.snc4/73167_452478848068_520273068_5268206_5176981_n.jpg

Pesta Fesyen Rosmah hina Nabi Muhammad s.a.w

|

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs889.snc4/72216_1332429209629_1797992784_632905_5763003_n.jpg
Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Pesta Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival (IFF), lapor Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Katanya, walaupun dilabelkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" soal Lo' Lo'.

Jom sertai Facebook 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower

|

Trinity Chua | Okt 20, 10 3:53PM
NONE
Dalam tempoh, empat hari, laman itu berjaya menarik 30,000 peminat ataupun satu daripada 300 pengguna Facebook di Malaysia.

SILA KLIK
|
V


Dear Prime Minister, as at 2010-10-19 3.30pm, every 1 out of 800 facebookers in Malaysia is rejecting your proposed RM 5-Billion, 100 storey Mega Tower. While we are still a small number, many more Malaysians will soon join us. If you mean it when you say "People first, Performance now", please cancel this white elephant project! Thanks

Description:
Malaysians saying no to the RM5-Billion 100-storey Mega Tower proposed by PM Najib in the 2011 budget. Malaysia needs better education, better health care, better public transportation, safer neighbourhood, cleaner water, but not taller building. We dont need another white elephant!

Facebook has blocked our administrators' voice~~freedom of expression has been oppress! Support us!

“Everybody wants a tallest tower. Shanghai and Taiwan want more, so why should we hold back?” - Ng Yen Yen.

As at 838am 21/10/10, 1 in every 160Malaysian FB users (56,477 in total) says No!

Total in 109.5 hours: 56,477
Today's goal: 100,000

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs054.ash2/36070_163700223647717_100000232220855_466236_920523_n.jpg

S.O.S Kereta Tn Hj Jamuliddin hilang di Gombak, Selangor

|

dari Facebook Jamuliddin Bin Elias

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs912.snc4/72501_1556986816219_1581692345_1289480_2794621_n.jpg

Kenderaan Yang digunakan untuk Jihad Di Jalan Allah...Misi Ceramah "Hapuskan Airmata Gaza"

Di dalamnya terdapat peralatan untuk tayangan waktu ceramah... ~ Ya,Allah tabahkan Hatiku.. Aku Mohon BantuanMu Ya,Allah..Permudahkanlah Ya, Allah.

Warna hitam.
Plet no. WNH 1835

SESIAPA YG TERLIHAT NAZA SEPERTI DI ATAS SILA HUBUNGI SAYA..TEL 0196644796
ISTERI SAYA...0193167866

ATAU HUBUNGI BALAI POLIS BERDEKATAN...TQ ATAS KERJASAMA..

Utusan Meloya terkantoi

|

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs823.snc4/68334_10150108141409572_331481044571_7467874_942374_n.jpg

Macam beli gereja tukar jadi masjid

|

Pemuda PAS Kelantan beli bangunan Umno

GUA MUSANG, 19 Okt: Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan Umno Kota Bharu di Jalan Sultanah Zainab dari pemilik bangunan itu, Datuk Zaid Ibrahim.Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antar Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, tengah hari ini disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Khir Toyo guna duit rakyat bawa gerombolan makan angin

|

1Malaysia sedang diperintah oleh Ahli Sihir Laut Dalam?

|

Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesi yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak..

: Klik pada gambar untuk besarkan...













Klik read more untuk gambar seterusnya










cuba tengok gambar rosmah kat atas ni... hidung bengkok dagu panjang... ada rupa ahli sihir dalam cerita orang putih tak? kah..kah..kah..kah...

http://1.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/TL-cDJT7-jI/AAAAAAAAFjM/iJi4JJhLcJM/s1600/images1.jpg
Ahli Sihir Dagu & Penyapu Terbang

http://www.family-vacation-getaways-at-los-angeles-theme-parks.com/images/DisneyParadeUrsulaDay.gif
Ursula The Sea Witch

MB Khurafat & Mufti Pengkhianat jadikan Perak Darul Lahanat

|

Kume nak tolong bagitau, ini kroje orang yang cium tangan mike dulu..

ya le orang ni le...

DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut

Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri

Upacara mengikat ancak ke tiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ

Alasan untuk selamatkan Pengetua2 OKU (Orang Kuat UMNO)

|

Joseph Sipalan | Okt 18, 10 10:57AM

Kerajaan dalam proses mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis di Johor dan Kedah dua bulan lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Mempertahankan kerajaan daripada dakwaan melambat-lambatkan perkara itu, beliau menegaskan bahawa perkara itu perlu mengikut proses sewajarnya bagi memuaskan hati pelbagai pihak.

Walaupun ada pepatah menyebut biar lambat asal selamat, perkara tersebut tidak berlaku kerana ia pertama kali berlaku di negara ini, katanya ketika menjawab soalan parlimen hari ini.

OKU = Orang Kuat UMNO = Orang Kurang Upaya (guna otak)

|



nota:
nasib baik toyo
sudah rembat penyapu awal awal lagi
kalau tidak susah nak bekerja
menyelamatkan selangor kah kah kah






ROAD SHOW SELAMATKAN SELANGOR


Nampaknya warga Selangor amat degil.

Pasal mereka mereka tidak mahu
turun mendengar ceramah untuk
menyelamat kan Selangor.

Penceramah cukup unggul dan hebat-hebat:
Datuk Satim Diman
Datuk Paduka Lokman Adam
Datuk Seri Senatak Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa
Datok Mat Bushro

Ceramah ini membuktikan UMNO perlu di selamatkan... Walaupon di sebut VVIP sebagai para Pahlawan umno yang hadir pada malam itu namun, kehadiran penonton membuktikan umNO masih sakit dan perlu di selamatkan.


nota:
berita dan gambar diterima
dari mat gerombolan sendiri
yang gagal mendapat projek
menyediakan beg ketika persidangan
gerombolan minggu ini kah kah kah


nota:
apakah ini yang dimaksudkan
oleh rosmah mansor sebagai oku?
kah kah kah



GAMBAR SEDIH LAGI SAYU



ROSMAH MINTA MASYARAKT DAMPINGI OKU - berita hairan

2010/10/18


KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor, meminta pembuat keputusan pada peringkat organisasi termasuk guru, pembimbing, ahli keluarga dan masyarakat yang masih belum mendampingi orang kurang upaya (OKU) supaya mula berbuat demikian.

KAH KAH KAH