Kebodohan UMNO makan diri, tak pasal2 PAS dpt superstar

|

Jadi penceramah buruan selepas digelar ulama muda Umno
KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.

Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.

Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain.

"Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.

Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan.

"Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.

Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.

Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka.

"Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.

Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.

Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu.

Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.

Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.

Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.

Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.

Bersalam dengan PM

Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.

“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelas Mohd Husni.

Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.

Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.

Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.

Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

England terkeluar dari World Cup gara-gara judi?

|

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2010/06/30/article-1290711-0A432C17000005DC-888_634x531.jpg

GAMBAR menunjukkan beberapa pemain England berehat dengan meminum bir dan menghisap cerut di sebuah hotel di Rusternberg, Afrika Selatan pada Ahad lalu

Tolonglah please!!! Boikot 7-Eleven milik tauke judi

|

Berjaya Retail disenarai di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Berjaya Retail Bhd. (B-Retail) bakal melabur RM25 juta untuk membuka sekurang-kurangnya 100 buah kedai serbaneka 7-Eleven milik 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun ini.

B-Retail merupakan anak syarikat Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corporation) yang menguruskan operasi 7-Eleven Malaysia dan Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. (Singer).

Pengarah B-Retail, Ng Su Onn berkata, ini perlu diadakan kerana masih ada ruang bagi rangkaian entiti perniagaan yang beroperasi 24 jam sehari itu terus berkembang.

"Penembusan 7-Eleven di pasaran tempatan sebenarnya masih rendah berbanding beberapa negara jiran.

"Sebagai contoh, di Thailand terdapat sebanyak 5,400 cawangan 7-Eleven manakala di Taiwan pula terdapat sebanyak 4,800 cawangan manakala di Malaysia hanya terdapat sebanyak 1,127 cawangan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran prospektus B-Retail untuk penyenaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia yang disempurnakan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan.

Hadir bersama ialah Pengarah Urusan Singer, Yeap Dein Wah.

AmInvestment Bank Bhd. menjadi penaja jamin bagi penyenaraian awam itu.

Mengulas lanjut, Su Onn yang juga Pengarah Eksekutif 7-Eleven berkata, pelaburan yang dijalankan itu tidak membabitkan pengunaan dana hasil daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) B-Retail.

Cikgu-cikgi di N9 didedahkan dengan budaya konsert

|

Rosmah jadi penaung program maksiat utk anak2 muda

|

~ KOMEN: 9 bulan lepas konsert ni akan bertambah lagi lah anak-anak luar nikah

Hujan lawan Bunkface

2010/06/25

Persembahan dikenali Konsert Hujan vs Bunkface akan diadakan selama dua hari bermula 10 Julai nanti. Mengambil lokasi di Life Centre, Kuala Lumpur, persembahan kali ini dijangka menarik perhatian ramai pengunjung yang mahu berhibur bersama mereka.

Lebih bermakna, konsert ini juga mendapat sokongan Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Pencinta, Datuk Izudin Ishak berkata, matlamat konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat termasuk golongan artis. Katanya, penekanan pada semangat patriotik ini tidak harus tertumpu pada program akademik semata-mata malah, ia juga diserap menerusi persembahan pentas.

"Pemilihan dua kumpulan ini berdasarkan populariti mereka sebagai kumpulan yang mempunyai ramai peminat dan persembahan ini menjadi kelainan yang ingin ditampilkan pada acara seperti ini.

"Saya percaya gabungan dua kumpulan ini mampu mewujudkan suasana yang sihat pada penonton. Malah, mereka juga menjadi medium untuk generasi muda bersatu,"...

Kalau tak menipu bukan UMNO la namanya...

|

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Boleh percaya ke tengok muka UMNO CEO TEKUN nih?

|

Lebih 51,000 masih gagal bayar hutang TEKUN
- kosmo.com.my

-

PEKAN - Modal sudah diberi tetapi disebabkan gagal dalam perniagaan menjadi punca kira-kira 51,000 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) di negara ini masih belum menjelaskan hutang masing-masing.

Mereka membentuk 30 peratus daripada 170,000 peminjam TEKUN yang sudah menerima suntikan modal berjumlah RM1.5 bilion sejak 1989.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan (gambar) menjelaskan, pihaknya terpaksa melonggarkan syarat pembayaran balik untuk mengumpul dana bagi membantu peminjam baru.

"Sebab itu ada bayar balik hanya RM200 sebulan walaupun sepatutnya RM500.

Pegang teguh dgn Al Quran & Sunnah tapi tersesat masuk UMNO!

|


TERBAIK! Gerakan Mansuh Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan

|

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.

Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.

Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.

"GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini.

“GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi.

Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi.

Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi.

"Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi.

"Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya.

Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi.

"Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.

Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain.

Istana Negara baru RM800 juta ada harapan runtuh dan lingkup

|

Foreigners hired to build palace claim they have not been paid

KUALA LUMPUR: Many foreign workers hired to build the RM800mil Istana Negara claim that they have not received three months’ wages from some project sub-contractors.

There are over 1,000 migrant workers hired by 130 sub-contractors working at the project site.

The Star, responding to an SOS call, visited the site in Jalan Duta and found the workers living in frustration and fear as many do not have work permits or cannot afford to renew their permits which have expired.

Foreign workers seen at the construction site of the new palace in Kuala Lumpur recently. The workers allege that they are being exploited and held to ransom by their employers because many of them do not have work permits. — SAMUEL ONG / The Star

The project’s main contractor, Maya Maju Sdn Bhd, said it is the responsibility of the sub-contractors to pay their workers.

The Human Resources Ministry has asked the Labour Department to investigate the matter and take immediate action while the police has asked the workers to come forward to lodge complaints.

MESTI BACA! Lakonan batal lesen judi, guna 40 pelakon

|

Terlalu mudah untuk difahami. Kita biasa dengar tajuk movie Ali Baba and the 40 Thieves (Ali Baba dan 40 Penyamun). Siapa Ali Baba dan siapa 40 Penyamun?

Ali Baba = UMNO

40 Penyamun = 40 'pengaku/pelakon' ulama

Apa kena-mengena tajuk 2 berita Utusan Lesen judi bola dibatal dan 40 ulama sertai UMNO?



Jawapannya terlalu mudah. Pada 3 Julai akan datang Gerakan Mansuh Judi akan menganjur protes judi sukan. Inilah sebenarnya yg amat ditakuti oleh Ali Baba/UMNO. Untuk mengelakkan supaya protes ini dijadikan penyebab lesen judi terpaksa kensel maka secara tiba-tiba dijemputlah 40 'pengaku/pelakon' ulama menyertai UMNO. Maka berkatalah si Ketua Ali Baba/UMNO bahawa 'kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan bla bla bla atas pertimbangan agama dan kesan politik'.

http://bantahjudi.files.wordpress.com/2010/06/poster-gmj-new.png?w=420&h=283

UMNO hanya takut dgn pilihan raya dan demonstrasi jalan raya

|

DUA jenis 'raya' yg amat ditakuti oleh UMNO ialah pilihan raya dan demonstrasi jalan raya. Percayalah ini adalah kenyataan yg amat benar dulu, kini dan selamanya utk UMNO.

1. Kes Tian Chua - membuktikan UMNO phobia atau ketakutan bila berdepan pilihanraya. Walaupun jelas kena ada pilihanraya kecil setelah Tian CHua disabit kesalahan tetapi UMNO mengelak utk menghadapinya.

2. Awal bulan Julai depan Gerakan Mansuh Judi GMJ sudah menetapkan tarikh utk mengadakan demo besar-besaran supaya UMNO mansuhkan judi bola. Terus kensel lesen judi!

MONO KRONY bakal atasi game monopoly

|

Majalah Mangga hina kesucian Maulidul Rasul

|

http://utusankarya.com.my/portal/images/stories/mangga%20mac%202010.jpg

Nama2 di Tugu Negara adalah nama askar2 Inggeris & Komanwel

|

Dari blog Cetusan Fikiran Anak Merdeka

Tugu Negara, Tugu Peninggalan Inggeris
Apabila disebut Tugu Negara, terpancar difikiran kita bahawa ia adalah sebuah tugu yang dibina untuk memperingati para pejuang yang telah berkorban untuk membebaskan Malaya pada suatu ketika dahulu. Adakah ianya benar-benar sebuah Tugu Negara atau sebuah Tugu untuk memuja pengganas/penjajah Inggeris? Tidak siapa diantara kita yang mengambil peduli pada ukiran wajah ketuju-tujuh patung tersebut.

Tugu Negara berpatungkan Inggeris

Sejarah Tugu Negara

Tugu Negara pada mulanya telah dibina semasa zaman pemerintahan penjajah/pengganas Inggeris. Mulanya hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di Jalan Tugu. Ia dibina oleh penjajah untuk memperingati para tentera Inggeris yang mati dibunuh.
_____

Hanya manusia yang mempunyai akal akan bertanya, mengapa 5 dari 7 patung tersebut diukir wajah Inggeris? dan 2 patung yang dipijak oleh 5 wajah Inggeris merupakan patung Tentera Rakyat dari PKM? Mengapa tidak kita sanjungi Tentera Rakyat yang berjuang didalam hutan untuk kemerdekaan dan mengusir Inggeris dari bumi Malaya dengan darah.

Patung-patung Inggeris ini berdiri gagah memegang bendera Malaysia kelihatan seperti Inggeris memerdekakan negara ini. Jika ditanya, daripada siapa mereka bebaskan Malaya ini? Bukankah mereka yang datang menjajah kita, mengaut kekayaan hasil bumi kita, memeras penduduk Malaya, merompak harta rakyat dan bermacam-macam lagi kekejaman yang dilakukan tetapi rakyat Malaya pada ketika itu buta kerana disumbat dengan pound dan coklat made in England. Inggeris telah datang kemari dengan menghapuskan rakyat yang melawan penindasan. Pejuang-pejuang tanah air seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Rentap di Sarawak, Tok Janggut dan ribuan lagi pemimpin telah ditangkap dan ada yang dibunuh kejam. Tidak terlepas apabila Darurat diisytiharkan pada 19 Jun 1948, pemimpin revolusioner seperti Dr Burhanuddin telah dipenjarakan dan menderita sakit. Pemimpin dari bangsa Cina seperti Lai Raifel mati ditali gantung Inggeris dan juga pemimpin dari kalangan buruh India seperti Ganapathy yang dibuang ke India. Mengapa persoalan ini semua kita biarkan berlalu lalu dan kita masih memuja Tugu berlambangkan Inggeris ini. Dimana wajah-wajah para pejuang dari kalangan rakyat Malaya? Apabila kita mengagungkan penjajah Inggeris ini, bermakna kita telah mengkhianati perjuangan nenek moyang kita melawan penindasan Inggeris.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan, kesemuanya nama-nama tentera Inggeris dan tentera dari negara Komanwel. Tidak ada satu nama melayu atau Cina atau India pun ditulis. Pada setiap tahun kita mengadakan perbarisan mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan di tugu ini, malangnya kita menyembah tentera Inggeris. Ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman pemimpin Inggeris yang berwajah Melayu tetapi berhati Inggeris.Dasar-dasarnya semua ciptaan tuan Inggerisnya belaka. Dialah yang menjayakan pembinaan Tugu Inggeris ini untuk mengambil hati Sir Inggerisnya.

Setiap tahun pada bulan 31 Julai, Yang dipertuan Agong, Perdana Menteri, Para Pemimpin Tentera dan Polis akan memberikan penghormatan ditugu ini. Mereka secara langsung memberi penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. Bukankah ini satu perbuatan yang gila? atau mereka ini semuanya buta hati.


Makan ayam suntik boleh menyebabkan botak atau jadi gay?

|

Evo Morales: 'Chicken causes baldness and homosexuality'

Evo morales

If you don't want to end up bald or gay, don't eat chicken, says Bolivian President Evo Morales. Speaking at an environmental conference this week in Cochabamba, Bolivia, (officially titled the World People's Conference on Climate Change and the Rights of Mother Earth) Morales told attendees in an inaugural address that chicken producers inject female hormones into the fowl, "and because of that, men who consume them have problems being men."

Thousands at the conference reportedly laughed -- perhaps nervously -- when Morales made the statements. He also said hormone-injected chicken causes young girls' breasts to grow prematurely, according to Noticias 24.

The Associated Press notes that most Western countries ban hormone injections in chicken, but Morales, Bolivia's first indigenous president, also went on to diagnose the practice as the cause of male baldness. "Baldness, which seems normal, is a sickness in Europe," he said. "Almost everyone is bald. And that's because of what they eat."

The Bolivian president pointed to his own shock of thick black hair as proof. No sign of baldness on his head, Morales said.

A gay-rights advocacy group in Spain sent a letter of protest in response to Morales' statements to Bolivia's embassy in Madrid, but otherwise, reaction on the international level has been somewhat muted.

The Cochabamba conference ended Thursday with accords calling for industrialized nations to "change the system of capitalism that is imposed upon us."

-- Daniel Hernandez in Mexico City

Di Australia bila PM gagal, parti dia sendiri akan tukar

|

Australia gets 1st female PM, Rudd ousted(update)

Siling kafeteria Kompleks Mahkamah UMNO Jln Duta ROBOH!

|

Siling kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta roboh
24/06/2010 9:53am

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini dibanjiri air apabila sebahagian daripada silingnya roboh buat kali kedua dipercayai akibat saluran paip pecah.

Kebocoran yang dikatakan berlaku semalam, tetapi telah dibaiki dan siap kira-kira pukul 5 pagi ini.

Namun ia bocor kembali dua setengah jam kemudian iaitu pada pukul 7.30 pagi ini. – Utusan

Orang India pulak suruh orang UMNO bertaubat, kah kah kah

|

video

Mat Indera ketuai serangan ketika polis Bukit Kepong main judi

|

MAT INDERA KETUAI SERANGAN KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPUNG

Tahukah anda orang yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis British di Bukit Kepong ialah seorang melayu. Namun untuk mencetuskan perasaan marah orang melayu Zionis British telah mengatakan bahawa orang cina komunis yang menyerang balai polis tersebut.

Cerita temberang ini terus di panjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem jins Samsudin "Bukit Kepong"

Muhammad Indera atau Mat Indra (tengah) dengan anggota seramai kira-kira 200 orang telah mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 25 orang pada pukul 4.15 pagi 23 Februari 1950


Cerita temberang filem “Bukit Kepong..”

Cerita temberang ini terus dipanjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem Jins Samsudin “Bukit Kepong”..Baca cerita sepenuhnya disini..

Tulisan Wasiat Pejuang mengenai cerita seorang Melayu yang sebenarnya mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong didalam tahun 1950 mengingatkan kembali kunjungan saya ke Bukit Kepong suatu ketika dahulu.

Pengambaraan filem arahan Jins Samsudin tersebut sedang dilakukan ketika itu. Saya sempat bertanya kepada seorang orang tua penduduk disitu mengenai sejarah serangan tersebut.

Orang tua tersebut juga menyalahkan pihak Komunis kerana menyerang Balai Polis itu tetapi yang menariknya beliau juga turut menceritakan Balai Polis itu diserang ketika anggota-anggota polis yang bertugas di situ sedang ayik bermain judi.

KAITAN JUDI DENGAN UMNO

Larangan Allah dari memberi rasuah kepada hakim-hakim

|

[Ayat 188]

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Bab ekonomi dalam Al Quran di pertengahan Ayat 7 Surah Al-Hasy-r

|

... (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa ... See Moreoleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Sikap bermewah dgn duit rakyat punca UMNO dibenci

|

http://2.bp.blogspot.com/_YVAO2lzalTI/TB29QRDNX8I/AAAAAAAAAWM/-D6li2KnqPU/s1600/Bas+Mewah+Umno.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau bas
'Pusat Khidmat Bergerak' UMNO Bagan Datoh di Wisma UMNO
Bagan Datoh, Hutan Melintang Perak

Almarhum Ust Hassan Shukri - Peguam, Arkitek & Baitulmal PAS

|

Idea manusia 'reject' dan budaya kipas maut

|

Jun 20, 10 5:13PM
Slogan Umno 'Hidup Melayu' dicadang diubah kepada 'Melayu Cemerlang' agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masakini.

Kerja UMNO keparat dalam Syabas pada tahun 2007

|

http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/cover_lead/pic_wan_zahari/syabas33.gif

Sila teka yg mana satu lebih penting?

|

http://mstar.com.my/archives/2010/6/18/mstar_manusia_peristiwa/parsi.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs139.snc4/37270_1514191536486_1285354046_31421539_6377326_n.jpg

Patutlah Zambry Mamak buat Mesyuarat Exco Perak di Teluk Intan

|

PASAR BAGAN DATOH DIARAH TUTUP GARA-GARA NAJIB TURUN BAGAN DATOH

20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.

Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.

Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.

Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh MPTI sempena lawatan Najib ke Bagan Datoh. Orang ramai yang setiap hari membeli ikan dan sayur juga kesal di atas arahan ini.

Sebelum ini sewaktu Najib melawat Kelantan juga berlaku perkara yang seumpama itu. Difahamkan semata-mata Najib mahu minum teh di Kedai Kopi berhampiran Pejabat PAS konon nak tunjuk mesra pada rakyat, semua jalan menuju ke kedai kopi ditutup pada orang ramai, orang ramai yang sentiasa minum teh di kedai tersebut juga dikawal pergerakan mereka, yang menggelikan petugas UMNO hanya menyediakan beberapa buah meja untuk Najib dan kuncu-kuncunya dan hanya mahu membayar meja yang Najib duduk sahaja. Punya kedekutnya UMNO BN.

Allah Maha Besar, program yang sepatutnya penuh gilang gemilang di majlis perasmian Festival 2010 di Kota Bharu bertukar menjadi hambar dan sunyi sepi. Kerajaan Negeri memulaukan program tersebut apabila penganjur melanggar persetujuan yang dicapai bersama sebelum itu. Kerajaan Negeri dipinggirkan oleh penganjur sedangkan program tersebut anjuran bersama. Tuan Guru Menteri Besar dinafikan haknya untuk berucap sebagai mewakili tuan rumah dalam majlis perasmian. Pemangku Sultan Kelantan yang dijadualkan hadir bagi merasmikan festival tersebut membatalkannya pula dengan sebab-sebab yang tidak diketahui. Kehadiran malam itu sekitar 300 sahaja.

Akibatnya rakyat Kelantan yang lebih menyayangi Tuan Guru dari PM turut memulaukannya. Ditakdirkan Allah, hujan pula turun dengan lebat sepanjang petang. PM tidak jadi merasmikan festival tersebut,dia lari pulang ke Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Mohammad yang menggantikannya, sebaik beliau memulakan ucapan, blakout pula berlaku, Stadium menjadi gelap gelita, pembesar suara tidak berfungsi, Datuk Pa berucap menggunakan haler yang biasa digunakan untuk demontrasi.

Siapa sangka akan berlaku insiden yang begitu mengaibkan pembesar no 1 Malaysia.

Tidak mustahil, akibat menzalimi para peniaga di Bagan Datoh, kejadian seumpama itu boleh berulang di Bagan Datoh. Kita tidak doakan tetapi memberi peringatan. Jadikan apa yang berlaku di Kota Bharu sebagai iktibar akibat melanggar persetujuan.

Nasib malang sang katak

|

http://lh6.ggpht.com/_TmjXc6sRfn8/TBrvug1x1TI/AAAAAAAAAXg/ARjSgcYeDF4/katak%20malang.gif

Wartawan RTM berjaya buktikan dirinya lebih bodoh dari monyet

|

Barua UMNO pulak pegi tibai pungkok J.Jarjis Kaki Raba (JJKR)!

|

PENDEDAHAN PANAS! KISAH BENAR DISEBALIK KERUGIAN SILTERRA MALAYSIA SDN BHD!

FROM AROUND THE BLOGS

Thursday, 17 June 2010

Oleh Parpukari

Sekarang ini aku nak menceritakan tentang perihal sebuah syarikat GLC di Kedah, syarikat ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir! Syarikat ini dipanggil dengan nama Silterra Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia!

Kepulan awan selembut kapas payungi pemergian pejuang ikhlas

|

Waktu petang-petang, kami selalu nampak Ustaz Hasan Syukri membersihkan kawasan markaz Taman Melewar. Dengan t'shirt pagodanya, dia selamba memegang sabit walaupun ketika itu dia adalah Timbalan Presiden PAS. Berpeluh-peluh dia menebas. Aku tengok je. Baru sekarang aku terasa, mengapalah aku tak tolong bersihkan kawasan markaz tu?
-
Muhaimin Sulam

Sifat mudah mesra dan kesederhanaan beliau tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Semasa saya baru mengenali beliau saya amat terkejut melihat beliau dengan berbaju T=Shirt Pagoda dan berkain pelekat tidak segan silu memotong rumput dan menyapu kawasan di Markaz Taman Melewar sedangkan pada masa itu beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Boleh dikatakan kerja-kerja tersebut dilakukan secara rutin oleh beliau. - Hanipa Maidin

Dari blog Ummu Asiah

Tidak pula saya peka tentang keindahan awan yang memayungi bumi pada pagi tersebut....memang sering juga melihat kepulan awan sebegini memayungi bumi, cuma tidak berpeluang 'menangkap' panoramanya....kini secara tidak disengajakan ianya terpapar di beberapa imej yang sempat diambil disekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri...jadi dari ianya tersimpan di dalam 'hard disk' komputer peribadi keluarga ummu asiah lebih baik untuk dipaparkan keindahan alam ciptaan Allah kepada semua yang hadir di blog ini.

Kekuatan jemaah hancurkan fitnah anjing2 kurap di Bkt Siguntang

|

Semalam penulis menerima kunjungan sahabat baik dari Bukit Siguntang. Penulis berpeluang bertugas sekejap dengan sahabat tersebut di Pusat Masyarakat Ahli Pilihan Rakyat Bukit Siguntang. Agak malang tugasan penulis tidak dapat diteruskan kerana penulis terpaksa berpindah ke tempat lain namun kami tidak pernah terputus hubungan.

Sambil minum kami bersembang rancak berkenaan musibah yang baru berlaku kepada Hizbul Muslimin Bukit Siguntang. Semuanya angkara anjing-anjing kurap yang semua ahli Hizbul Muslimin Bukit Siguntang kenal. Anjing-anjing kurap ini sememangnya tidak ikhlas dan tak habis-habis menyusahkan jemaah terutama sekali jemaah Hizbul Muslimin Bukit Siguntang. Syukur atas pertolongan Allah dan dengan kekuatan jemaah, semua fitnah anjing-anjing kurap ini akhirnya terburai lalu terkubur di kaki bukit. Topeng lakonan anjing-anjing kurap ini juga terkoyak dan Yang Berkhidmat dipilih oleh rakyat Bukit Siguntang akhirnya mendapat maklumat yang sebenar. Syabas buat pejuang-pejuang ikhlas di Bukit Siguntang dan penulis mendoakan semoga semua anjing kurap yang menjadi pengkhianat ini akan mendapat laknat dari Allah swt! Amin...

Kelantan Fiesta 2010 jadi program pasar malam/demo UMNO

|

http://lh5.ggpht.com/_N2Jtaz0LY0k/TBkm4i551hI/AAAAAAAAAF8/VXbOBaA8AFM/s800/DSC00742.JPG
http://lh4.ggpht.com/_N2Jtaz0LY0k/TBkqFkKoRkI/AAAAAAAAAIQ/2nl5-Tu37wo/s800/DSC00816.JPG
http://lh5.ggpht.com/_N2Jtaz0LY0k/TBkp81o861I/AAAAAAAAAHw/0qU4xi-EHL4/s800/DSC00733.JPG

Akibat tak mahu tanggung malu, Najib cabut lari

|

Hujan Iringi PM Terbang Awal

Oleh Husam Musa


Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Tinggal-lah anak buah terkial-kial, bagai kucing jatuh ke air. PM perlu dielak atau patut mengelak dari tempias peristiwa upset ini. Biarlah hujan menguasai malam dan sejarah dirakam seperti kehendak Pencipta.

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Balasan Allah kepada kerja khianat UMNO di Kelantan

|

KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Bookie tak haram, yg haram ialah JUDI

|

Bookie haram Piala Dunia 2010 ditahan
16/06/2010 11:02am

BUTTERWORTH 16 Jun — Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun, yang disyaki menjadi bookie menguruskan pertaruhan haram bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda di sini, malam semalam.

"Ketika ditahan, suspek dipercayai mengendalikan pertaruhan secara online bagi beberapa perlawanan yang berlangsung semalam,” kata Ketua Operasi Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman Supt Maszely Minhat kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata suspek ditahan yang dipercayai pekerja premis itu, ditahan di kaunter bayaran pada 1.15 pagi dan polis merampas wang tunai berjumlah RM15,675.00 dipercayai wang pertaruhan, sebuah komputer riba yang mempunyai sistem pertaruhan, beberapa resit kosong serta empat bateri komputer.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM200,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Jun lalu, polis menahan empat bookie dan dua lelaki dipercayai perantara, di sebuah kedai kopi ketika mereka sedang leka mencatat dan menerima pertaruhan. — Bernama

Ahli PAS kena ambil iktibar perjuangan ikhlas warga2 emas ini

|

Perkara yang paling PENTING bila mahu sertai perjuangan PAS ialah sifat IKHLAS. Kepada seluruh ahli PAS di luar sana yang membaca artikel ini sila ambil perhatian.

Perjuangan akan menjadi sukar apabila tiada sifat IKHLAS. Bila tidak IKHLAS maka akan timbul bermacam-macam masalah seperti berpuak-puak, hasad dengki, mementingkan diri sendiri & kroni, tikam belakang, menyusahkan jemaah dan lain-lain lagi.

Contohilah mereka dibawah ini. Umur yang sudah lanjut tidak menjadi penghalang untuk bersusah-payah pergi sendiri ke Muktamar PAS di Kelantan tanpa ditemani orang muda. Berbekal semangat yg tinggi, hati yg ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab mereka pergi juga walaupun jauh berbatu-batu.



Haji Rahman Sulaiman, 66 tahun, (gambar) bersama dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, 71, dan Haji Subky Latif, 70, ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar PAS sejak Rabu, 9 Jun lagi. Tiga warga emas PAS ini telah naik kereta bersama dari Kuala Lumpur dan Haji Rahman menjadi pemandunya.

Ramai yg tak puas hati dengan tauke restoran mamak

|

Abdul Rahim Sabri | Jun 14, 10 1:58PM
zambry abdul kadir
Memang wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno di Perak termasuk di kalangan ADUN BN, terhadap menteri besar berhubung peruntukan menjalankan program...

Kaki jilat UMNO kena tendang dari UUM

|

Jun 14, 10 5:58PM
Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik sebagai Naib Canselor baru Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikan Tan Sri Dr Nordin Kardi.

KJ posing dgn komik kartun yg dibenci Najib, Rosmah & Hisham

|

http://4.bp.blogspot.com/_OpMuhfIxbik/TBUXj_-xyWI/AAAAAAAAB2Q/psV4IHnsowc/s1600/kj3.jpg

Video baru yg berjaya diseludup keluar dari Marvi Marmara

|

Police chief blames alcohol for 14 murders

|

Police chief blames alcohol for 14 murders‎
The head of Scotland's biggest police force has said alcohol played a major role in 14 murders in his area in the past 10 weeks.

Stephen House, the chief constable of Strathclyde Police, said that in many cases both the perpetrators and the victims were drunk.

The chief constable said a recent trend had seen violence associated with house parties rather than pubs.

He also said drink-fuelled violence could escalate during the World Cup.

Mr House revealed 14 out of 18 murders across Strathclyde since 1 April had been drink-related. - click title to read the rest of the article -

http://news.bbcimg.co.uk/media/images/47929000/jpg/_47929422_drinkpa.jpghttp://news.bbcimg.co.uk/media/images/48020000/jpg/_48020538_alcohol226170.jpg

Tengok gambar pun dah tau Bung Mokhtar takkan ke penjara

|

http://mstar.com.my/archives/homepage/2010/6/8/Utusan_Bung.jpg