Orang PAS patut bangga dengan warna baru kereta F1 Malaysia

|

Jalur Gemilang bakal mewarnai litar F1. Adakah anda tidak bangga?

Jalur Gemilang menghiasi kereta lumba terlaju di dunia. Adakah anda tidak berasa bangga?

Malangnya, inilah realiti sebenar kereta pasukan 'Lotus F1 Racing Team' (di manakah nama 1Malaysia)

Inilah lambang pasukan F1 1Malaysia (macam lambang PAS ?)


Kereta F1 PAS

Bagus hang Najib, hang sembang satu Malaysia...

Berita baik, mungkin ada pilihanraya di Perak

|

Tiada pilihan raya mengejut
TAPAH - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.

Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO Pusat serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak. -KOSMO

Tok Guru Nik Aziz ikon ulama – Amy Search

|

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/11feb/img_8313.jpg

PETALING JAYA, 1 Mac:
Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.

Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda.

Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam.

Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya. - Harakahdaily

Hampeh UMNO ambil kesempatan masa perarakan maulidul rasul

|

The Star
http://thestar.com.my/archives/2010/2/27/nation/n_01procession.jpg

Utusan
http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/maulid_n9.jpg

UMNO hampeh!
http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs515.snc3/27035_108591905824982_100000225194651_230751_1165708_n.jpg

PRU 13 nanti angkat Zamby masuk tong ni & humban dia ke laut

|

[FAA_0782.JPG]

Tandatanya kenapa Zamberuk sambut Maulidur Rasul di Taiping

|

TAIPING 26 Feb. - Perak yakin pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) negeri itu yang dibentangkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) semalam, diterima dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keyakinan itu berdasarkan reaksi positif terhadap usaha kerajaan negeri mengutamakan projek-projek berorientasikan rakyat.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah keseluruhan peruntukan yang bakal diperoleh Perak bagi menjayakan 131 projek yang dibentangkan tersebut.

"Reaksi kita terima (daripada EPU) positif kerana pendekatan kita bukan merancang berdasarkan keperluan biasa. Pihak EPU melihat pendekatan kita ini selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Pusat supaya mengutamakan rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dataran Perbandaran Taiping, di sini hari ini.

Korang ingat aku tak da k**e ke sampai nak serah buntut kat orang!

|

Naib Presiden PKR, Azmin Ali, dalam ceramah di Padang Majlis Daerah Machang malam tadi mendedahkan dirinya juga pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” kata Azmin.

Azmin, Dr Munawar dan Sukma Dharmawan adalah antara mereka yang dipaksa mengaku diliwat Anwar dalam drama Liwat I pada era reformasi dahulu. Selain dari itu, seorang pemandu limousin kulit hitam dari Amerika juga pernah disogok sejumlah wang oleh seorang pegawai Malaysia supaya mengaku dia diliwat oleh Anwar ketika Anwar berkunjung ke Amerika. Tetapi pemandu limousin itu, seperti Azmin Dr Munawar dan Sukma menolak membuat pengakuan diliwat yang jelas semata-mata bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Sebab itulah bila drama Liwat II dipentaskan oleh Mahkamah baru-baru ini, ramai yang tidak percaya, sebab ia adalah sambungan drama Liwat I dengan plotnya yang hampir serupa.

Sebenarnya bukan saja Azmin, Dr Munawar, Sukma Dharmawan dan lelaki pemandu limousin Amerika itu sahaja yang pernah dipaksa mengaku diliwat Anwar semasa era reformasi dahulu. Saya rasa senarainya lebih panjang, cuma tidak ramai yang ingin mengakuinya, mungkin atas sebab maruah. Antara yang pernah dipaksa mengaku diliwat ialah seorang anggota pangkat rendah di Kementerian Kewangan bernama Mr I (bukan nama sebenar).

Ketika era reformasi itu, saya bertugas di salah sebuah agensi kerajaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Satu hari, Mr I yang berbadan agak gempal dan berperwatakan lembut itu hilang selama beberapa hari. Beberapa hari kemudian dia muncul di kantin Kementerian Kewangan dan berkata dia ditahan polis kerana disyaki terlibat menyokong gerakan pro-Anwar yang baru dipecat ketika itu. Dia juga berkata polis menawarkan sejumlah wang kepadanya (saya sudah lupa jumlahnya) jika dia mengaku diliwat Anwar. Suatu hari kerana hilang sabar kerana asyik diminta membuat pengakuan palsu, dia melondehkan seluar dalamnya kepada polis dan memekik, "Apa...kau orang ingat aku tak da k**e ke sampai nak serah buntut kat orang!". Akhirnya Mr I dibebaskan tanpa mendapat pengakuan dia diliwat.

Saya tidak tahu sama ada Mr I ada menokok tambah untuk menyedapkan ceritanya. Tapi apabila Azmin berkata dia juga dipaksa mengaku diliwat, saya teringat kepada Mr I. Dan sampai sekarang, saya percaya dengan ceritanya.

Entah berapa ramai lagi yang dipaksa polis mengaku diliwat Anwar tapi tidak mendedahkannya, sebelum mereka menemui Azizan dan Sayfool? - pendikargunung

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar
Oleh M Faqih

MACHANG: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.

Tujuan utama LMA melabur di Kedah kerana tiada amalan rasuah

|

KHTP terus jadi pilihan pelabur
Oleh: NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI

KULIM – Kedah terus menjadi pilihan para pelabur untuk menanam modal dan mengembangkan perniagaan mereka. Baru-baru ini satu perjanjian di antara Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan LMA International N.V telah dimeterai.



Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di Pusat Perniagaan KHTP, antara Presiden KHTP, Haji Muhammad Sobri Osman dan Presiden LMA International N.V, Encik Trevor Swete.

Menurut Haji Muhammad Sobri Osman, KHTP kini telah menarik lebih daripada 21 pelabur. Perkembangan semasa menunjukkan semakin banyak syarikat multinasional termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Singapura dan Asia Barat menaruh keyakinan untuk melabur di KHTP.

Jelasnya lagi, pelaburan awal oleh syarikat LMA sebanyak RM35 million ini tidak akan disia-siakan oleh KHTP.

“Kerajaan negeri dan KHTP akan mempastikan mereka akan terus melabur tanpa ada rasa bimbang terhadap ekonomi di Negeri Kedah,” ujarnya.

Menurut Pengarah Urusan LMA International N.V, tujuan utama LMA melabur di Kedah ialah kerana tiada amalan rasuah, kestabilan politik, peluang perniagaan yang kukuh dan kemudahan infrasuktur yang memuaskan.

Kedudukan Negeri Kedah yang berada di tempat kelima jumlah pelaburan yang terbanyak di Malaysia menyebabkan LMA berminat untuk melabur di sini,” katanya.

KHTP telah mengekalkan reputasi yang baik di peringkat antarabangsa sebagai satu taman teknologi terkemuka di dunia. Untuk tempoh fasa pertama daripada 1996 hingga 2008, KHTP telah berjaya menarik lebih daripada 21 pelabur yang terdiri daripada syarikat multinasional dan tempatan dengan jumlah pelaburan melebihi RM23 billion.

Bila otai PAS jadi Menteri Besar, semua jadi aman

|

Siapa masuk, siapa keluar..Tajuk sinar hari ni....
Rombakan EXCO adalah adalah bidang kuasa dan hak eksklusif MB. Setelah nama-nama baru dan lama dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk perkenan baginda, barulah ia boleh diumumkan. Memang kelmarin, selepas Mesyuarat EXCO, MB sebut tentang hal ini apabila ada wartawan bertanya. Jadi kita tunggulah dengan sabar... MB punya alasan dan sebab musabab untuk berbuat demikian.

Cara MB bekerja membina ketenangan dan keselesaan, ini yang tidak berlaku di negeri-negeri PR yang lain....Dalam tempoh 25 tahun di Kedah, zaman Ust Azizan jadi MB adalah tempoh paling aman antara orang politik dengan pegawai tadbir... kami syok buat kerja dengan aman.... kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada saya beberapa hari lalu.

Saya jawab MB menjaga hubungan dengan semua orang, semua kelompok dan semua pihak, hingga kadang-kadang mendapat kritikan daripada penyokong parti. MB menjaga hubungan dengan Istana, dengan KCS, dengan kerajaan Pusat dan dengan orang ramai. Dengan menolak konfrantasi dan membina hubungan baik dengan semua orang, prestasi boleh ditingkatkan dan potensi boleh berkembang.

Hingga pada satu ketika MB menegaskan mana-mana orang yang dilantik ke mana-mana tempat dalam kerajaan ataupun GLC yang tidak boleh mengikut cara beliau bekerja bolehlah berhenti... Khalas!

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah



Zambry aku reputasi tercemar, disyaki pengganas, dibenci & hina

|

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya. - Bernama

Zambry buat kerja bodoh utk cari glamer

|

Feb 25, 10 4:14PM
suara keadilan and harakah suspended Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memfailkan saman RM100 juta terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain.

Dasar pandang ke Jerman zaman Hitler

|

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar
M Faqih
MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya. - HARAKAHDAILY

Bala Zookifli Noordin terkena kat rakyat Kulim

|

Penduduk Kulim/Bandar Baharu Diminta Awasi Denggi
KULIM, 25 Feb (Bernama) -- Penduduk di Kulim/Bandar Baharu diminta supaya membersihkan tempat pembiakan nyamuk aedes berikutan beberapa kes demam denggi dilaporkan berlaku di daerah itu sejak seminggu lepas.

Terbaru, dua mangsa dari sebuah taman perumahan di Kulim dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengidap demam denggi.

Pengarah Hospital Kulim, Dr Asmayani Abdul Khalid berkata kedua-dua pengidap itu kini berada dalam keadaan stabil.

Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Rahman Ahmad menasihati penduduk supaya memastikan kawasan tempat tinggal mereka sentiasa bersih dari tempat pembiakan nyamuk.

"Dalam keadaan cuaca panas sekarang, nyamuk aedes turut membiak," katanya. -- BERNAMA

Kepada semua orang islam, tolonglah jangan makan najis ayam ok

|

Siapa pernah makan martabak taik ayam? Atau burger taik ayam? Aku? .... mungkin pernah kot,he, he,he ... :- P.

Kronologi Telur Ayam
1. Ayam bertelur dalam sangkar. Makan, minum, tidor, berak semua dalam sangkar.


2. Telur dipungut...


3. Telur yang dipungut kebanyakan terkena taik ayam. Walaupun penternak akan membasuh dengan mesin, tetapi ia tidak 100% bersih, masih ada sisa taik ayam yang masih terlekat pada telur. Tak perchaya ??

4. Telur yang telah digredkan, dipek, sedia diedarkan kepada pembekal dan peruncit.

Jaga yang tidur! Tapi yang ini kita tak tahu dengan jelas. Pokoknya berbalik kepada isu utama, adakah non muslim wajib mengamalkan cara hidup Islam? Ini cara hidup mereka, mereka juga bukan ahli kitab, bolehkah kita menerima makanan yang mereka hidangkan?

5. Telur yang dijual sedia dimasak atau boleh terus dimasak? Boleh terus dimakan????
Hidup biar SEDAP !!! Telur kat belakang tu tak basuh pon tak apa.
Berbaik sangka? Telur tu depa dah basuh, lepas tu lap dan letak balik dalam tray tu. :-p. Ada ustaz babi lantak kata, tak perlu teruk-teruk nak basuh, kalau tak nampak taik ayam kat telur tak apa. Dalam Islam, bla, bla... (islam brand dia, bukan islam pun tau, budak kecik pun tahu, taik tu najis). Boleh telan, telan terus pun tak pa, macam biawak makan telur ayam dalam reban.

oleh itu
terus dimasak jadi









Kesimpulannya ...

Tapi kalau rasa, telur ayam tak perlu basuh... terpulang lah kepada diri masing-masing. Kadang2 manusia ni kelakar ... ada orang kita tegur semasa makan, ehh.. ini telur lalat kat ayam goreng, putih-putih, panjang-panjang, bersusun, ... telur lalat nie. yang seronoknya, seekor mak cik ni kata bukan, bukan kot, takkan telur lalat, tak nampak lalat pun.... hee, hee, dah kenyang le katakan. alhamdulillah. :-p

Dari blog Kau Yang Tak Mengerti

UMNO, Pakatan Rakyat dan PAS

|

[icon-rating-system.jpg]

Cuci mata di tahun harimau sekejap...

|

http://3.bp.blogspot.com/_hpNDb5x9yvM/Sy6B95w7lYI/AAAAAAAAAKc/KRbilVX4Peo/S1600-R/bendang.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_hpNDb5x9yvM/Sy6BgaEYPhI/AAAAAAAAAJ0/veXTCwumYwY/S1600-R/limau.jpg

Pemimpin2 UMNO & penyokong2nya akan dilempar dlm api neraka

|

Budi bahasa style kepala hotak UMNO

|

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs295.ash1/22257_334806474280_261707319280_3231009_3338989_n.jpg

Pemuda UMNO akan buat demo depan konsulat Australia?

|

Malaysian Consulate driver murdered in Sydney
MELBOURNE, Feb 22 — A Malaysian Consulate driver was stabbed and bashed with a hammer in Sydney last night.

Road rage is a possible motive for the vicious murder of the 43-year-old Malay who had become an Australian citizen and had lived in Sydney for about three years.

As he arrived at his home in Marion Street in Sydney’s inner western suburb of Leichhardt just after midnight today, witnesses saw two men chased the victim across the road.

“We do believe that there may have been a traffic accident ... shortly before the attack occurred,” acting Superintendent Shayne Woolbank is quoted by The Daily Telegraph as telling reporters at the scene this morning.

Asked if road rage was a motive for the attack, Supt Woolbank said: “It is one of the possibilities”.

The attackers were last seen fleeing the scene in a black sedan.

Emergency crews were called to help the man, who died despite the efforts of police officers who performed CPR.

“At this stage, we believe he has sustained some stab wounds and also some bruising and contusions,” Supt Woolbank said.

Police confirmed that a hammer may have been used in the attack.

“It was a very ferocious attack, there is no doubt about that,” Supt Woolbank said.

Dr Mohd Nasir Abu Hassan, director of the Malaysian Students Department in Australia, described the man as a “very dear colleague” who was unlikely to get involved in fights.

The victim’s name has not yet been released. — Bernama

1 Filem ini lebih bagus dari 100 filem-filem bodoh di Malaysia

|

[kcb2.jpg]

Makluman: cek UMNO ini tak akan laku Dulu, Kini dan Selamanya...

|

[muhyiddin.bmp]


Menurut Muhyiddin, sudah 20 tahun sukan di sekolah terpinggir. Maksudnya, Menteri Pelajaran / Pendidikan sebelum ini mengabaikan sukan sekolah termasuk Hishamuddin. Kurikulum sukan sekolah akan digubal semula dan segala infrasturuktur yang diperlukan akan disediakan.

Inilah nasib sekolah-sekolah kita. Bertukar menteri, bertukar juga dasar dan keutamaan. Pelajar dijadikan bahan ujikaji. Guru-guru dipikulkan dengan beban yang tidak sepatutnya. Semua masalah diletakkan di atas bahu guru termasuk masalah yang dihadapi oleh menteri.

Apa kebimbangan kita apabila aktiviti sukan digiatkan di sekolah atas nama mengembalikan kegemilangan sukan sekolah?

Pertama, anak-anak tidak mempunyai banyak peluang untuk ke kelas agama. Aktiviti sukan diletakkan sebagai keutamaan berbanding keperluan anak-anak belajar agama. Keletihan anak-anak dengan aktiviti sukan menjadikan mereka tidak punya pilihan kecuali berehat daripada aktiviti agama.

Kedua, ibu bapa bakal dibebankan dengan keperluan membeli peralatan sukan. Bayangkan sepasang kasut bola, stokin, gad betis dan jersi, biasanya itu semua dibebankan di atas bahu ibu bapa. Benar, itu semua disediakan oleh pihak sekolah tetapi ibu bapa perlu membayarnya.

Namun apa yang lebih besar daripada itu yang bermain dibenak para ibu bapa ialah, betulkah program kecemerlangan sukan ini untuk kecemerlangan sukan atau untuk memenuhkan tembolok kroni?

Pengenalan PPSMI dulu masih menghantui ibu bapa. Apa yang jelas, penguasaan bahasa Inggeris tidak semakin baik, Matematik dan Sains menjadi matapelajaran yang dijuihkan oleh pelajar. Namun, yang ketara ialah kroni menjadi kaya-raya kerana berpeluang menjadi pembekal buku teks dan komputer riba.

Pelajar tidak kemana, kroni yang kaya. Guru yang garu kepala, kroni yang kembong poket.Gambarkan, jika program sukan ini diberi keutamaan.

Siapa yang bakal mendapat kontrak membekal peralatan sukan? Siapa yang bakal mendapat untung menyelenggara kemudahan sukan sekolah seperti padang dan lain-lain? Siapa yang bakal mendapat untung kerana kerana premisnya disewa untuk aktiviti sukan?

Tentu mereka adalah kroni Muhyiddin. Dan, tidak mustahil idea untuk memajukan sukan sekolah ini datang daripada mereka dan Muhyiddin cuma menjadi tiong emas yang mendendangnya sahaja.

Mengapa saya katakan begitu? Kerana, tanpa hujan dan ribut, tiba-tiba sahaja idea untuk mengembalikan kegemilangan sukan sekolah ini terpacul daripada mulut Muhyiddin. Apa pasal?

Isu pendidikan adalah isu yang berkaitan dengan rakyat dan generasi akan datang. Adakah idea Muhyiddin ini telah dihadamkan terlebih dahulu? Adakah pandangan para guru telah diambil dalam langkah ini? Adakah pandangan para ibu bapa diminta sebelum perkara ini dilaksanakan?

Inilah masalah negara kita apabila para menteri merasakan negara ini kepunyaan mereka. Najib rasa askar hak dia. Muhyiddin rasa sekolah hak dia. Jamil Khir rasa Pusat Islam hak dia. Akhirnya, mereka memutuskan segalanya mengikut selera mereka sahaja.

Para ibu bapa, guru, cendekiawan, ulama dipersetankan sahaja.

Betullah, apabila ada rakan-rakan yang bergurau, negara ini kontraktor yang punya bukan rakyat yang punya.

Hospital Manjung: Zambry akan tercirit kalau nak buat benda ni

|

Kita dengar apa kata isi hati rakyat berkenaan DS Nizar. DS Nizar masih dianggap MB rakyat. DS Nizar masih dianggap sebagai pemimpin memimpin perubahan. DS Nizar melalui pusat khimat Ahli Parlimen telah bertindak mengikut kemampuan mereka.

Kita baca tulisan yang dipetik melalui blog: atokengkau.blogspot.com

Kronik!!

Tak upaya untuk urus diri sendiri..

Ketua Cabang PKR Taiping menziarahi pesakit.

Sabar menanti..

Berganding bahu memindahkan pesakit ke van yang sedia menunggu.

Ustaz Wan dan pemandu sedia untuk bertolak.

Selamat jalan..mudah-mudahan ALlah memudahkan urusan baik kita.

oleh:http://atokengkau.blogspot.com


19 Febuari 2010, Pokok Assam, Taiping – Perbincangan 15 minit di antara Ketua Cabang PKR Taiping, Sdr Eddy Ridzuan Amirullah dan rakan-rakan ranting Taman Raja Idris, Pokok Assam berjaya merungkaikan permasalahan berhari-hari yang dihadapi oleh seorang pengawal keselamatan Encik Kharidin Bin Idris, suami kepada Siti Misnah penghidap kencing manis kronik yang menderita hampir 2 tahun.

Menurut Encik Kharidin masalah yang dihadapi beliau ialah tidak punyai kenderaan van untuk membawa isterinya ke Hospital Manjung tambahan pula isterinya hanya mampu terbaring sahaja maka sukar untuk kenderaan jenis lain.

“Saya pernah adukan masalah ini kepada pihak berkenaan namun sikap acuh tak acuh mereka amat mengecewakan, malah menjengok pun tidak! Adakah kerana saya ini bukan sesiapa kalangan mereka?” ujar Encik Kharidin merujuk kepada Ketua Kampung di mana tempat beliau tinggal.” Ini soal hidup mati seorang manusia, bukan perkara kecil!” tegas beliau. Selain itu beliau juga merayu bantuan ambulan Hospital Taiping dan juga Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Taiping tetapi banyak birokrasinya.”Saya akui bahawa kami anak-beranak yang memohon isterinya dipindahkan ke Hospital Manjung atas sebab tertentu, namun sukarkah untuk berlaku ehsan terhadap kes-kes serius sebegini?!”soal beliau dengan kesal.

Akhirnya dengan bantuan jiran, beliau dipertemukan dengan Ketua Cabang PKR Taiping yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dengan bantuan Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Ir Hj Nizar. Tepat jam 1.30 pagi tadi isterinya selamat bergerak ke Manjung.
Kepada pembaca yang ingin menyumbang meringankan beban keluarga ini bolehlah masukkan tunai ke:
Nama Bank : MAYBANK
No. Akaun : 1580 5141 0060
Atas Nama : Kharidin Bin Idris

(Nota: Sila buat pengesahan akaun di atas dengan suami si pesakit di talian 05-806 4954 sebelum berhajat membuat sumbangan untuk elakkan kesilapan)

Ada serupa ke?

|

http://static.guim.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/pictures/2009/10/30/1256922746972/MERLIN-High-Res-001.jpg[rosmah-march13.jpg]

Panduan khas mengenali muka pencuri & muka orang tak solat

|







Pembuka minda dari YB Khalid Samad, masjid perlu utk org muda

|

Ubah tanggapan masjid untuk orang tua sahaja

SHAH ALAM, 20 Feb: Masjid bukan hanya untuk golongan tua sahaja sebaliknya untuk semua peringkat usia termasuk golongan remaja, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Menurutnya, konsep yang menyatakan masjid hanya untuk kalangan mereka yang sedang ‘tunggu masa mati’ sahaja perlu diperbetulkan segera dengan menggerakkan kegiatan untuk memudahkan anggota masyarakat mendampingi masjid.

Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Seni Silat Gayung Malaysia anjuran Pemuda Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini pagi tadi.

“Kita pernah mendengar sirah Rasulullah SAW di mana Saidatina Aisyah menyaksikan pemuda bertanding memanah di perkarangan masjid membuktikan bahawa Islam tidak pernah menghalang sukan yang berfaedah.

“Kegiatan mempertahan dan menyelamatkan diri adalah selari dengan matlamat diwujudkan institusi masjid yang berupaya menjaga kesempurnaan perjalanan seseorang Muslim di dalam semua bidang hidup,” tegasnya lagi.

Turut berucap di dalam majlis itu adalah wakil Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Naim Yusri, Nazir Masjid, Haji Badaruddin Dawami dan pengarah program, Adhar Mohamad.

Menurut Penasihat Pemuda Masjid Al-Ehsan, Ustaz Zawawi Jusoh, setakat ini terdapat 100 ahli kelab meliputi peserta berumur enam tahun hingga ke usia pencen di mana acara latihan silat diadakan seminggu sekali pada hari Jumaat malam Sabtu selepas solat Isyak berjemaah.

Katanya, kelab silat ini bermula pada 5 Februari lalu yang dilatih oleh Cikgu Iswan dari Seni Silat Gayung Malaysia dan sesuatu yang menarik di dalam majlis perasmian tadi di mana sebanyak sepuluh pasangan telah menunjukkan kebolehan mereka meskipun baharu sahaja berlatih.

Sementara itu, Haji Badaruddin menzahirkan rasa syukurnya kerana dapat menjayakan program untuk remaja dan orang ramai dengan masjid mempelbagaikan kegiatan untuk memenuhi tuntutan anggota masyarakat.

Katanya, dengan kesediaan remaja dan belia menyertai program seumpama itu, akan mendatangkan manfaat besar kepada diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya kerana mereka akan terselamat daripada gejala sosial.

Dalam hal ini, Saudara Naim mengumumkan Seksyen 24 telah terpilih sebagai tuan rumah untuk diadakan aktiviti kewanitaan secara tetap di sebuah premis terpilih bermula Mac depan.

UMNO memang kelakar, demo sponsor makan free kari kepala ikan

|

~ KOMEN: Mesti ada makan2 punya. Kalau takde, pasti tak dapat sambutan... keh keh keh

[kari+kepala+ikan1.png]
[kari+kepala+ikan2.png]