Tengok rambut di kepala pun dah tau babi ni tidur tak lena

|

Jenis UMNO ni kalau dia kat "Saya bukan takut" tu maksud sebenarnya dia TAKUT le... Kah kah kah, muka macam haram jadah!


Hoi Zamberuk, kepala hotak kau ni dah senget ke hah!

|

Zambry Cabar Nizar Dan Wakil Rakyat Pembangkang Kosongkan Kerusi
IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Haram Zambry Abdool Cadeer hari ini mencabar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.

Lagu berhantu untuk UMNO, parti jahat yg penuh tipu muslihat

|

Gambar Zambry yg GAGAL, macam sesumpah di malam hari

|


Duit tu YB Rosli UMNO sapu buat besarkan rumah sendiri

|


DS Nizar ,Sdr Chuah Tiong San menunjukkan keratan akhbar dan surat tawaran Md Saad yang kononnya telah dibaiki rumah beliau. Tetapi janji PRK 2009 itu tidak dibuat. Mungkinkah peruntukan itu di ambil"penyamun". SPRM tak mahu siasat ke!Turut kelihatan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin.

DS Nizar ,Sdr Chuah Tiong San dan Ustaz Nordin Jaafar,YDP dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

DS Nizar pagi tadi mendedahkan YB Rosli Husein telah mengeluarkan satu surat penghargaan yang menipu rakyat.

Rumah yang dikatakan sudah dibaiki itu langsung tidak dibuat.Beliau mempersoalkan ke manakah peruntukan itu dibawa lari.

Menurut Ustaz Nordin pula SPRM tolong siasat le,selalunya laporan akhbar pun boleh disiasat.

Md Saad seorang penduduk yang dikesan ditipu UMNO ,berapa banyak lagi UMNO sudah menipu penduduk Bukit Gantang,PRK Bukit Gantang betul-betul memberi pengajaran kepada penduduk Bukit Gantang.

1Singapore, idea tahun 2007

|

Plaza Kroni yang tak siap2, bukannya Plaza Rakyat

|


TERBENGKALAI... Projek Plaza Rakyat bersebelahan Hentian Pudu Raya, Kuala Lumpur masih belum dapat disiapkan sedangkan projek itu penting sebagai pusat pengangkutan awam bersepadu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengeluarkan notis amaran kepada kontraktor projek pembinaan Plaza Rakyat agar meneruskan projek tersebut seawal-awalnya minggu depan dan jika ingkar, tender akan ditarik balik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, notis itu akan diberikan kepada kontraktor dalam masa seminggu dua ini agar mereka meneruskan kerja-kerja pembinaan.

"Dan jika dalam masa dua bulan lagi tiada apa-apa kemajuan di situ (Plaza Rakyat) maka tender kontraktor akan ditamatkan dan kita akan buka tender baru," tegasnya.

Polis malaysia buat kerja macam koboi sakit otak

|

Wanita ditembak polis tanpa sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

Movie Jackie Chan mat indon vs wayang2 bodoh Malaysia

|

Lagi berita penangkapan ISA secara ganas oleh polis UTK

|

Kerajaan Zalim : Penahanan Terbaru di bawah ISA
Tajuk muka hadapan Utusan Melayu hari ini....10 ditahan ISA. Disyaki terlibat pengganas antarabangsa.

Kami di Gerakan Mansuhkan ISA mula mendapat berita tentang penangkapan beberapa orang di bawah akta ISA pada hari Selasa yang baru lepas. Kami mendapat maklumat tersebut dari seorang peguam yang menguruskan permohonan Habeas Corpus bagi mereka yang telah ditangkap.


Kami mendapat maklumat bahawa mereka telah ditangkap pada hari Khamis malam Jumaat di sebuah rumah di Sungai Chincin Gombak. Ketika itu ada hampir 50 orang sedang mengikuti kelas pengajian mingguan mereka yang disampaikan oleh seorang Ustaz iaitu Shekh Aiman.

Sekumpulan polis UTK Unit Tindakan Khas telah datang dan merempuh pintu rumah dengan ganas dan mengarahkan mereka semua tidak melakukan apa-apa dan meletakkan handphone masing-masing.

Hujung sekali yang sedang bercakap ialah Mohd Yunus Zainal Abidin, 29 salah seorang yang telah ditangkap pada malam kejadian dan dibebaskan. Beliau menceritakan semula apa yang telah terjadi.

Polis ini semuanya bersenjata pistol dan senapang yang diacukan kepada semua mereka yang ada di dalam kelas pengajian tersebut. Mereka semua telah digari dan disumbat masuk ke van dan lori polis lalu dibawa pergi ke PULAPOL untuk disoalsiasat.

Menurut Ustaz Yunus salah seorang mangsa yang telah dibebaskan pada jam 3 pagi keesokannya, kelas pengajian yang mereka ikuti adalah kelas pengajian yang sering dan biasa dilakukan. Sheikh yang mengajarnya menggunakan kitab Sahih Bukhari. Rumah tempat pengajian diadakan juga adalah milik Ustaz yang mengajar mereka.


Menurutnya polis yang menangkap mereka mengatakan bahawa mereka ditangkap berkaitan dengan Keselamatan Dalam Negeri.

Cara penangkapan oleh pihak polis ke atas mereka adalah sangat ganas dan menggunakan kekerasan.

Di sebelah kiri ialah Homam Abdulalim, seorang ahli keluarga kepada mangsa yang ditangkap. Beliau ialah saudara kepada salah seorang yang telah ditangkap. Beliau menyatakan rasa kekesalan ke atas apa yang berlaku.

Beliau menyatakan rasa kerisauan di hatinya akan keadaan kesehatan Sheikh Aiman yang menurutnya dua hari sebelum ditangkap telah dimasukkan ke hospital selama dua hari akibat masalah jantung dan hingga ke hari ini beliau masih belum dapat menghubungi dan bercakap dengan Sheikh Aiman,


Apa yang lebih dikesalkan ialah mereka hanyalah sekumpulan manusia yang sedang mencari ilmu, bukan baru sebulan atau dua, malah sudah bertahun juga ianya berjalan. Kuliah dijalankan di dalam bahasa Arab dan kebanyakan dari mereka yang hadir adalah pelajar yang mempunyai dokumen yang sah untuk belajar di sini.

Apakah menuntut ilmu juga sudah menjadi satu kesalahan dan akan dikaitkan dengan pengganas. Tidak pernah timbul isu keganasan di Malaysia, melainkan Malaysia sedang tunduk kepada desakan USA untuk membendung keganasan yang dikaitkan dengan gerakan Al-Qaeda dan dan JI Jamaah Islamiyyah.

Kejadian tangkapan ini juga amat mengejutkan memandang baru beberapa bulan yang lepas ramai tahanan yang telah dibebaskan dan kerajaan berada di dalam situasi inginkan akta Zalim ISA ini dipinda.

Amer Hamzah, wakil peguam GMI menyatakan tindakan yang sedang dan akan diambil bagi pihak keluarga dan tahanan.

Sebahagian dari Kenyataan Media dari Gerakan Mansuhkan ISA yang dikeluar pada 28hb Januari bagi mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dalam menggunakan ISA.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terkejut dengan penahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam keadaan di mana kerajaan bercadang meminda Akta tersebut. GMI mengecam penahanan terbaru tersebut. Penggunaan ISA melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.

Laporan berita semalam menyebutkan Menteri Dalam Negeri sebagai berkata bahawa 10 orang telah ditahan di bawah ISA kerana keganasan dan rangkaian pengganas antarabangsa. Beliau mengesahkan bahawa 10 berkenaan dikaitkan dengan pertubuhan pengganas antarabangsa.

Walau bagaimanapun, menurut maklumat yang dierima GMI, seramai kira-kira 50 orang telah ditahan bawah ISA pada hari Khamis, 21 Januari 2010 di Sungai Cincin, Gombak semasa mereka menghadiri kuliah agama di sebuah rumah di sana. Rumah tersebut telah dirempuh masuk oleh Unit Tindakan Khas Polis menggunakan kekerasan dan senjata. Kelihatannya, menjalankan kuliah agama boleh ditafsir sebagai mengancam keselamatan negara dan pasukan keselamatan besar mesti dikerahkan.


Daripada 50 orang yang ditahan malam tersebut, hanya 12 orang telah ditahan lanjutan manakala bakinya telah dibebaskan sekitar jam 3 pagi 22 Januari 2010. Daripada 12 berkenaan, GMI telah memperolehi 9 nama dan masih mengenalpasti 3 lagi. Sembilan orang berkenaan ialah:

1. Azzahari bin Murad (warganegara Malaysia)
2. Aiman Al Dakkak (warga Syria), Pelajar PHD USM
3. Mohamed Hozifa (warga Syria)- anak kepada Aiman Al Dakkak
4. Kutiba Al-Issa (warga Syria)- Mahasiswa
5. Khalid Salem (warga Yaman)- Mahasiswa
6. Luqman Abdul Salam (warga Nigeria)- Mahasiswa
7. Hassan Barudi (warga Syria)
8. Hussam Khalid (warga Jordan)
9. Abdul Alhi Bolajoko Uthman (warga Nigeria)


GMI percaya penahanan terbaru ini mungkin tercetus akibat daripada tekanan antarabangsa tentang ancaman pengganas di Malaysia. Secara khusus, ia mungkin berkait dengan amaran pengawasan perjalanan Amerika Syarikat dalam tempoh dua minggu lalu kerana kemungkinan wujudnya kumpulan penjenayah dan pengganas yang merancang atau berniat untuk melakukan tindakan keganasan ke atas warga asing di timur Sabah. Ia juga mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku di AS dan UK. Tetapi tiada yang boleh disahkan dengan pasti. Menggunakan ISA melalui pengakuan paksaan dan mencipta plot tanpa bukti adalah tidak adil dan berniat jahat. Apa-apa pun, ISA merupakan alat yang paling mudah digunakan untuk mengalihkan tekanan antarabangsa dengan menjadikan warga asing, majoriti kali ini dari rantau Timur Tengah, sebagai kambing hitam.

GMI menilai tinggi keselamatan negara dan tidak merelakan aktiviti pengganas, tetapi hak seseorang terhadap perbicaraan yang adil tidak boleh dinafikan dalam keadaan apa pun. Sekiranya kerajaan memiliki bukti terhadap suspek, kami menggesa kerajaan untuk mendakwa mereka dalam mahkamah terbuka, sesuai dengan hak mereka untuk membela diri, hak mereka untuk mendapatkan khidmat peguam dan hak mereka terhadap perbicaraan yang adil. Jika tidak, maka mereka perlu dibebaskan tanpa tangguh dan tanpa syarat. Penahanan yang dibuat tidak menjustifikasi kepentingan ISA. Penahanan yang dibuat tanpa bukti dan tanpa bicara sebenarnya menjustifikasi pemansuhan akta zalim ISA. Menuduh seseorang melakukan jenayah tanpa mengemukakan bukti yang kredibel adalah fitnah. Menahan seseorang tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri adalah tidak bertamadun!

Amatlah memalukan bahawa kerajaan mengamalkan ‘double standards’ dalam isu berhubung ISA. Di satu pihak, rancangan untuk mengkajisemula ISA dan tindakan membebaskan tahanan diumumkan tahun lalu tetapi di pihak yang lain, penahanan terbaru secara sembunyi tanpa sebarang pengumuman dibuat. Amalan kerahsiaan dan tidak bermaruah yang menyelubungi ISA jelas bercanggah dengan prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan. Ianya sekali lagi menggambarkan citra sebenar ISA yang sangat arbitrari dan tiada kena mengena dengan kselamatan negara. Ia jelas mengesahkan ISA sebagai alat politik untuk membisukan penentang dan pengkritik kerajaan. Kami menuntut kerajaan untuk membebaskan semua tahanan dengan segera atau bicarakan mereka di mahkamah keadilan.

GMI menggesa rakyat Malaysia untuk menuntut pembebasan semua tahanan ISA dan mansuhkan ISA. Marilah kita terus berjuang untuk hak kita dan untuk Malaysia yang lebih sejahtera tanpa ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Mansuh ISA!!!
Bebaskan Semua Tahanan!!!
Tutup KEMTA!!!

Penulis buku berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas kena tahan ISA!

|

USTAZ AZZAHARI MURAD

BUKU

HARGA
(RM)

Petunjuk Al-Qur’an dan Al-Sunnah Berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas

no stock

Tembelang Zookifly makin busuk, jgn sampai ngaku diliwat sudah

|

Lagi malas nak tulis, korang baca sendiri. Walaupun diri sendiri kucar-kacir sanggup ungkit cerita lama, ngaku jadi hero dll. Rasa nak muntah pun ada...

MP Kulim: TEMBELANGNYA TELAH PECAH!!!!

ZAID: POLITIKUS YANG KELIRU

Najib make fun of his wife Rosmah

|

Najib: Be big and bold
The Prime Minister said politicians and especially the civil service must be “big and bold” in delivering the targets for the six national key result areas under its Government Transformation Programme. The roadmap, which charts the way to bring about the transformation, was launched by Najib at the Kuala Lumpur Convention Centre in Kuala Lumpur, Thursday.

Hikmah kerusi MB dicuri Zambry, DS Nizar mudah bertemu rakyat

|


OMG! Ini macam kalu, memang boleh pecah perut Najib

|

Himpunan 100,000 Royalti Minyak Kelantan..!Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

Akibat makan gaji haram, makan kerja2 haramlah Zamby buat

|

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN. - HARAKAHDAILY

Hari ni pengkajian kita ialah tentang ilmu kebabian UMNO

|

Kepala babi hutan yang ditemui di dua masjid di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya semalam mungkin diperolehi daripada satu sumber ternakan haiwan tersebut, menurut seorang imam masjid terlibat.

Menurut ketua imam Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di Taman Sri Sentosa, Abu Bakar Yaakob babi berkenaan mungkin diperolehi daripada ladang ternakan yang terdapat di Banting atau Semenyih.

"Babi hutan ini mungkin yang dipelihara di ladang itu. Mungkin saja, kita tak tahu betul atau tidak," katanya yang mendapat maklumat berkenaan melalui laporan akhbar.

Ketika ditemui Malaysiakini di masjid tersebut hari ini, Abu Bakar bagaimanapun tidak dapat memastikan tarikh dan keluaran akhbar yang dimaksudkannya itu.

"
Babi hutan ini dibela untuk pasaran makanan eksotik," katanya lagi dan menambah terdapat beberapa restoran yang menyediakan hidangan daripada haiwan seperti itu di kawasan berkenaan.

Abu Bakar juga berkata pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepala haiwan berkenaan di perkarangan masjid mungkin merancangnya dengan rapi kerana kegiatan mereka sukar dijejaki.

"Kita tengok kerja mereka ini sangat rapi, macam sudah dirancang. Di masjid (Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya) pun seperti itu juga.

"Setakat ini kita masih belum boleh agak siapa punya kerja sebenarnya," katanya lagi yang tidak mahu membuat sebarang tuduhan liar agar tidak mengganggu siasatan polis.

Selitkan nasihat pada majlis tazkirah

Ditanya mengenai pendekatan yang diambil bagi meredakan kebimbangan ahli kariah masjid berkenaan, beliau berkata akan menyelitkan nasihat dalam majlis tazkirah yang dianjurkan.

"Kita juga akan nasihatkan para penceramah agama di masjid ini supaya tidak menimbulkan prasangka atau tuduhan-tuduhan kepada mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku," katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi imam masjid tersebut, Zulkifli Mohamad berkata masjid itu kini sedang mengambil langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kita bertemu dengan pengarah JAWI semalam dan beliau memberi reaksi positif untuk tempatkan pengawal keselamatan di masjid ini.

"Pengawal ini untuk berkawal di waktu malam sahaja. Buat masa ini, polis juga beritahu akan tingkatkan rondaan di kawasan ini," katanya.

Kepala babi hutan mungkin sisa buruan

Sementara itu, seorang pemburu pula berkata kepala babi berkenaan juga mungkin diperolehi daripada sisa buruan.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Loo menjelaskan, walaupun pemburuan dan penjualan babi hutan memerlukan lesen, bahagian-bahagian badan binatang itu tidak sukar untuk diperolehi.

Tambahnya, yang berpengalaman memburu babi hutan selama 20 tahun, pemburu lazimnya mecampakkan kepala, perut dan belulang selepas binatang itu ditembak.

Katanya, bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki itu, biasanya dibiarkan di hutan untuk dijadikan makanan binatang liar lain, ataupun diletakkan di dalam beg plastik dan dibuang di kawasan berdekatan.

Tambahnya, lokasi pemburuan haiwan itu termasuk di Hulu Langat, Hulu Klang dan juga Puchong.

Babi peliharaan mudah dikenali

Sementara itu, Pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kin Hee berkata, babi hutan digunakan dalam pencemaran masjid kerana babi tempatan atau peliharaan mudah dikenali.

Katanya berdasarkan tanda yang dilekatkan di telinga binatang itu ketika berumur satu minggu, seseorang boleh mengenal pasti dari ladang mana ia diperolehi.

-MALAYSIAKINI

Perjanjian syaitan Zookifli & Najib? Mungkin sakit mental

|

Korang baca 2 artikel ni, aku dah malas nak tulis dongeng Zookifli:

Apasal Zul diam Membatu Bila Berhadapan Dengan Khalid

Bukan Pecat, Bawa Dia Jumpa Pakar Psikitrik

Confirm orang melayu UMNO yg campak kepala babi hutan + RM30

|

Dua masjid di Petaling Jaya diletakkan dengan dua kepala babi hutan berbungkus plastik bersama wang tunai RM30...

~ KOMEN 1: Orang melayu walaupun geng suka minum arak memang geli dgn babi, cium bau pun tak tahan. Itu la sebab Pemuda UMNO pakai plastik. Orang PAS confirm tak akan pegang babi. Orang cina tak buat sebab kepala babi tu boleh dijadikan menu paling lazat!

~ KOMEN 2: Selain dari Ketua UMNO, Ketua Pemuda UMNO juga diberi tugasan edar duit untuk merayu undi. Sayangnya, babi pun dah tak minat nak undi UMNO.

KAH KAH KAH!

Pigi dah Pemuda UMNO, geng kau sendiri yg buat kerja tu!

|

Jan 28, 10 1:41PM
Buat julung kalinya, pergerakan pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersatu dalam mengecam beberapa siri serangan ke atas rumah ibadat.

Pemuda UMNO sanggup buat apa saja untuk mencari populariti sebab kentut ketuanya KJ sudah tidak lagi berbau wangi sebab pak mentua dah tak jadi PM.

Pergi jahanam Pemuda UMNO!

PDRM makin gila, tubuh team komando kepala babi

|

Jan 28, 10 2:48PM
Ketuapolice polis logo Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Kalau dipanggil ke balai, pecah la tembelang UMNO, faham!

|

Jimadie Shah Othman | Jan 28, 10 12:36PM
azmin ali
Menurut Hishamuddin, polis tidak akan menyiasat dakwaan Azmin kononnya ahli Umno dalang yang menyerang gereja kerana beliau bercakap atas kepentingan politik.

Tak boleh berkempen guna facebook! Universiti boleh disaman

|

Jan 28, 10 12:25PM
upm gmm video campus polls fiasco big thumbnail

Tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu.

Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.

Sekonyong-konyong Zambry nak bagi tanah, nak pilihan raya la tu...

|

Jan 28, 10 3:25PM
train double tracking ktm keretapi tanah melayu 091106Kerajaan UMNO yang ditubuhkan secara haram di Perak beri jaminan akan memastikan proses pemberian hak milik tanah rizab keretapi di Kuala Sepetang diselesaikan segera, kata Menteri Besar Haram Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang dilihat semakin berkulat dan berulat.

Rumah Mat Said Mecedih pulak dah! Semoga runtuh...

|

Gambar: Istana Mat Said RM…… Juta?


PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

Sumber Awang memberitahu harga sebuah banglow mewah seperti Istana tersebut harganya mencecah jutaan ringgit. Angka tepat tidak dapat Awang dedahkan kerana tertakluk ‘Akta Rahsia Rasmi Peribadi’. Tapi Awang tidak ambil rasuah untuk tutup mulut.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia (pemimpin) jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ehsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek-projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Apa yang orang kata pemimpin tersebut banyak juga dapat projek-projek wang ehsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya-raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

Oleh itu, sebagai kenal-kenalan kita di Facebook untuk menambahkan koleksi seorang pemimpin yang baru pulang dari mengerjakan Haji di Mekah dengan ini diumumkan nama pemilik banglow mewah tersebut adalah Dato’ Haji Ahmad Said al-Kijali.

TETAPI….dengar ceritanya, dia (Mat Said) jarang sangat duduk kat Istana tersebut kerana mungkin kurang selesa sebab berjawatan MB atau mungkin kerana dia banyak duduk di Istana Sri Iman, Kuala Terengganu.

Lagi pun banyak sangat cerita-cerita pelik yang Awang dengar al-kisah akan rumah banglow tersebut sejak dari pembinaan hingga siap yang penuh dengan kisah MISTERI !!!!!!

~ Apa Orang Kata

Anak haram punya UMNO, Le Tour de Langkawi tak lalu Kedah!

|

KEJOHANAN Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bukan sekadar perlumbaan tetapi turut menawarkan keindahan semula jadi yang ada di negara ini.

Peserta disajikan dengan pemandangan yang indah sambil mengerah tenaga bersaing sesama sendiri.

Atas hakikat tersebut, tidak hairan kenapa LTdL yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 itu terus bertapak kukuh dalam kalendar sukan negara.

Ia juga telah menjadi tarikan kepada pasukan-pasukan luar negara untuk turut serta, malah menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Selepas 15 tahun penganjurannya, LTdL turut menjadi tumpuan pasukan-pasukan terkemuka dunia dan tahun ini ia bakal menyaksikan penyertaan daripada lima pasukan profesional.

Kehadiran pasukan-pasukan hebat ini akan terus merancakkan saingan LTdL edisi ke-15 ini bersesuaian dengan status Hors yang diberikan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), setaraf dengan jelajah-jelajah utama dunia.

Tahun ini, jelajah paling berprestij itu akan kembali dengan kelainan.

Penganjurannya akan dikendalikan sendiri oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berbanding sebelum ini yang dipertanggungjawabkan kepada organisasi tertentu.

Edisi tahun ini akan bermula pada 1 hingga 7 Mac melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,001.8 kilometer.

Ia akan menjelajah tujuh negeri bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor serta Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Malaysia telah berjaya meletakkan LTdL sebagai perlumbaan paling berprestij di rantau ini dan setiap tahun penganjurannya terus mendapat pengiktirafan.

“Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian ini iaitu kejayaan menjadikan LTdL sebagai perlumbaan berkelas dunia,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika melancarkan LTdL baru-baru ini.

Apa yang pasti, penganjuran LTdL telah meletakkan nama negara pada tahap tertinggi dalam peta dunia selain mencetuskan perubahan kepada sukan lumba basikal di negara ini.

Bukan setakat sektor kesihatan, sektor pendidikan pun senasib

|

Semalam, blog ini telah memaklumkan pengurangan peruntukan oleh kerajaan persekutuan (UMNO) dalam artikel BERITA BURUK! Belanjawan Kementerian Kesihatan kurang 40-45%. Terkini berdasarkan komen yang diterima, Kementerian Pelajaran juga menerima nasib yang sama. Sila lihat bukti dari pekeliling di bawah:

[kerajantan-takde-duit.jpg]

Wayang UMNO terlalu predictable, nampak sgt tindakan terancang

|

  1. Demo kepala lembu
  2. Bagi kalah dalam mahkamah berkenaan isu nama Allah
  3. Bakar/baling bom petrol kat gereja
  4. Campak kepala babi di masjid

SORRYLAH WAHAI KEPARAT-KEPARAT DALAM UMNO, RAKYAT MALAYSIA SUDAH CERDIK!

Dari facebook DS Nizar malam semalam + terjemahan

|

Mohammad Nizar Jamaluddin awak baghu balik dari ceramah teghuih mukak fb, ate yob ngeghatop deme ngantor komen, malang tak tebace. Ngeghonyut orghangnye, saknike benda oghang njuai baghang. Polihpun bejenggut nampaknye. Ate mane mbuatnye yong, udah keghoje deme. Pokoi 12 deme tak ngombin ngombin lagi. Nak bongkih dibuat deme , ghamai yang udah... nyelap, Biorle man megholoh yob! Banyak lagi yang ndak di kghobik, internet nak dibace.

Terjemahan dari Bahasa Perak

saya baru balik ceramah ... terus bukak fb ..banyak sangat awak semua hantar komen sampai tak terbaca ramai sangat macam2 benda orang jual barang polis pun ramai nampaknya. habis tu apa nak buat dah kerja dia. pukul 12 dia tak berganjak lagi. nak tercabut dibuatnya ramai yang sudah... hilang sabar. biarla saya tidur. banyak benda nak dicari dan baca di internet......kalau salah tolong betul kan.

Bodohnya malaysiakini pegi ambil berita dari Ketua UMNO Cheras

|

Jan 28, 10 10:31AM
tabernacle church vandalised 151106 carrying cross
Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana didakwa tidak memberi gambaran tepat mengenai isu kalimah "Allah" dalam tulisannya di akhbar luar negara bagi kepentingan politiknya.

Ada tanda kepala lembu akan dicampak ke Kuil Batu Caves

|

Jan 28, 10 10:17AM
batu caves
Polis memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kelancaran dan keamanan sambutan Thaipusam, termasuk kumpulan gangster dan samseng.

Campak kepala babi kat masjid adalah teknik kuno penjajah

|

Teringat rakyat Malaysia yg miskin, hilang hormat pada Petronas

|

Nak glamer, blogger Kickdefella jilat pungkok Zookifli Noordin

|

Klik [sini]

Saya ucapkan tahniah kepada YB. Zulkifli Noordin diatas ketegasannya mempertahankan pendirian dan prinsipnya terutama didalam hal-hal berhubung akidah sebagai seorang Islam.

Berkali-kali YB. Zulkifli telah dengan berani membelakangkan pendirian parti demi mempertahankan apa yang dipercayainya benar dan terbaik untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Di dalam suasana politik hari ini, berapa keratkah ahli politik yang mempunyai pendirian teguh seperti YB. Zulkifli? Tidak ramai, kerana mereka yang berpegang peguh kepada prinsip diri tidak akan selesa berada didalam mana-mana parti politik yang sering mahukan perjuangan untuk kepentingan parti lebih atas dari perjuangan membela rakyat.

Saya akan berjalan seiring dengan YB. Zulkifli Noordin dengan penuh rasa bangga kerana keutuhannya. Saya harap YB. Zulkifli akan terus tabah.

Akhbar Herald menang kes nama Allah sebab peguam KDN cokia

|

Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?

Siapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.

Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkap pada tahun 1879 sehingga sekarang .

Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan .

Apabila peguam KDN tidak menyangkal dan mempertikaikan fakta-fakta di atas mengapa kita harus marah apabila Mahkamah memutusakn bahawa ia tidak ada pilihan selain menyatakan bahawa kenapa dengan tiba-tiba sahaja kalimah Allah kini tidak boleh digunakan oleh Herald ?

Perlukan saya beritahu KDN bahawa di dalam perbicaraan Mahkamah kaedah yang dipakai adalah “ apabila sesuatu fakta itu tidak disangkal ianya dikira dipersetujui atau diterima.”

Nizar usah bermimpi jadi MB, Zambry jadi manusia luar tabie

|

oleh: Angkasanuri

Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.

Apa perlu Nizar bermimpi kerana sememangnya beliau Menteri Besar Perak yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi. Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa.

Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas di luar tabie.

Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.

Tetapi sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Sorry lah Khairy, kentut mu sudah tidak berbau wangi

|

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Mac untuk mendengar permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah.

Penolong Pendaftar Kanan A Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili Anwar, Wan Anuar Shadat dan peguam yang mewakili Khairy, K Vasanthi.

Pada 4 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar bagi mengemukakan penghakiman ingkar terhadap Khairy apabila beliau gagal memasukkan kehadiran di mahkamah selepas writ saman diserahkan kepadanya.

Khairy memfailkan permohonan pada 20 Feb, 2009 untuk mengenepikan perintah itu.

Ejen politik Amerika dan Yahudi

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Sept, 2007 mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah memfitnahnya pada Ogos 2007 pada satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyatakan kenyataan memfitnah yang dibuat oleh Khairy telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos, 2007.

Beliau mendakwa kenyataan Khairy itu menggambarkan yang beliau seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mementingkan perjuangan orang Melayu dan hak mereka, dan bahawa beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.

Beliau juga berkata Khairy telah membuat kenyataan itu untuk memberi gambaran yang beliau (Anwar) merupakan ejen politik kepada Amerika Syarikat dan Yahudi, dan juga bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya.

Beliau mendakwa Khairy mempunyai niat jahat apabila mengeluarkan kenyataan itu yang semuanya adalah bohong, tidak berasas dan tidak benar.

Selain memohon ganti rugi am, teruk dan teladan serta faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Khairy, atau ejennya daripada mengulangi kenyataan itu. - Bernama

Kelantan maju tapi Malaysia mundur, camno tu?

|

Kelantan berjaya kurangkan kadar kemiskinan
Salmah Mat Husain & Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 27 Jan: Kadar kemiskinan di Kelantan telah menurun kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada 2007 dan 10.4 (2004).

Ini bermakna kadar kemiskinan di Kelantan 0.3 peratus lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan peringkat negara iaitu 3.8 peratus.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi kategori penduduk miskin tegar Kelantan hanya mempunyai 0.6 peratus, di mana jumlah itu jauh lebih rendah berbanding peringkat kebangsaan 0.8 peratus.

Beliau berkata, perangkaan tersebut didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan datang berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi perlaksanaan RMK-10, 25 Januari lalu.

Husam yang juga salah seorang anggota rombongan berkenaan berkata, taklimat diberi berhubung prestasi ekonomi Kelantan yang begitu menggembirakan.

Tambahnya, pada masa yang sama KDNK Kelantan pada 2007 dan 2008 buat pertama kali jauh lebih tinggi berbanding KDNK peringkat kebangsaan.

“ni kerana sejak 2006 KDNK telah berkembang kepada 5.9 peratus, 2007 (7.5 peratus) dan 2008 (5.1 peratus),” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Berbanding dengan kerajaan Persekutuan pada tahun 2006 (5.8 peratus), sedangkan Kelantan (5.9 peratus).

Pada 2007 KDNK Persekutuan 6.2 peratus, manakala Kelantan 7.5 peratus dan 2008 kerajaan pusat 4.1 peratus, manakala Kelantan 5.1 peratus.

“Alhamdulillah kerajaan negeri bersyukur kerana KDNK Kelantan mengatasi kerajaan Persekutuan buat pertama kalinya,” ujar beliau.

Sehubungan itu beliau mengucap terima kasih kepada usahawan, pelabur, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang bersama-sama melaksanakan beberapa pembaharuan sehingga membuahkan hasil positif.

Menurutnya, keprihatinan kerajaan Kelantan membantu kerajaan pusat ke arah bagi membasmi kemiskinan telah menampakkan hasilnya dalam tempoh lima tahun.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, kerajaan negeri bersetuju bekerjasama dengan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam sektor agropolitan bagi mempercepatkan pengurangan tahap kemiskinan di negeri ini.

Katanya, seramai 750 peserta akan ditempatkan pada fasa 1 program agropolitan di Paloh, Gua Musang.

Selain itu kata beliau kerajaan negeri akan memberi hak milik tanah kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Tanah-tanah tersebut akan dijadikan asas penempatan penduduk bagi program di bawah ECER. Setiap peserta akan mendapat pendapatan minima sebanyak RM1,000 sebulan,” ujar beliau.

Peserta terlibat akan diberi rumah yang siap dibina dan kemudahan asas lain.

Beliau juga berkata, Kelantan turut mencadangkan supaya dapat dipercepatkan beberapa projek pembangunan seperti pembesaran landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Kita juga memohon untuk pembesaran jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai agar diselesaikan dahulu walaupun akan disambung dalam RMK-10,” katanya. - Harakah

Haram jadah Najib dan bapaknya tak tau beza halal dan haram

|

PM akan lawat Batu Caves menjelang Thaipusam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan melakukan lawatan bersejarah ke Batu Caves pada petang menjelang Thaipusam yang akan disambut oleh rakyat Malaysia beragama Hindu Sabtu ini.

Ketika mengesahkan perkara ini, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri berkata Najib dijadual berada di kuil Batu Caves di mana lebih daripada sejuta orang Hindu akan berhimpun untuk perayaan Thaipusam, pada malam Jumaat ini.

Lawatan itu akan menjadikan Najib Perdana Menteri kedua dalam sejarah negara ini untuk melawat tempat suci kaum Hindu itu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun lalu.

Bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein adalah Perdana Menteri pertama melakukan lawatan itu lebih 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada Najib akan menyampaikan ucapan pada sambutan itu. - Bernama

18 SX: Baling kepala babi dan raba punggung adalah kerja UMNO

|