Langsung tiada penekanan agama dlm projek Permata Rosmah

|

Program Menengah Tinggi Permata Pintar mula Januari
17/12/2010 4:19pm

BANGI 17 Dis. - Program Menengah Tinggi Permata Pintar, iaitu program istimewa bagi pelajar pintar cerdas di Tingkatan 4 akan bermula Januari ini, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri itu berkata, program yang diletakkan di bawah pengurusan Pusat Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan kurikulum yang merangkumi beberapa komponen penilaian termasuk akademik, folio, aktiviti kokurikulum dan pembinaan jati diri.

Semua persediaan termasuk infrastuktur, penyediaan kurikulum dan latihan guru hampir selesai, katanya di sini hari ini.

Beliau yang merupakan penaung Program Permata Pintar Negara berkata, selain mengikuti kurikulum arus perdana di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar juga akan ditawarkan kurikulum antarabangsa termasuk SAT, O dan A Level, kursus 'Advance Placement' dan beberapa kursus Tahun Satu Fakulti Sains dan Teknologi.

"Pelajar juga dikehendaki mengambil dua bahasa asing dan bagi membantu membina jati diri dan menjadi rakyat Malaysia yang bitara, pelajar juga perlu mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum seperti muzik, sukan, kesenian, badan beruniform dan persatuan," katanya. - Bernama

0 comments: