KSN Malaysia tak profesional, ketepi Undang2 Tubuh N. Selangor

|

~ KOMEN: Sultan bagi mana2 negeri perlu mendapat nasihat daripada Menteri Besar negeri tersebut bukannya daripada KSN kepala botak di depan.

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

KSN Kepala Botak Di Depan (censored)

3 comments:

kerispuaka said...

KSN ni org Pahang yg kuat mengampu Najib...

Telok Bakong said...

yuppp KSN..Ketua Setiausaha Negara..bukan KSU Ketua Setiausaha yg mengetuai Kementerian...tapi yang ni KSN..Ketua Setiausaha najib

aku said...

salam,
bagus betul untuk orang ISlam samakan orang Islam lain dengan binatang...gua tabik sama lu beb..Tuhan tak marah..jangan risau..lawan lagi...Islam vs islam..kutuk lagi..Tuhan bagi pahala banyak melimpah ruah..
TQ