KITA = Kick In The Ass

|

"PRESIDEN Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini. AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya" (Pahang Daily).

Saya baru sahaja menulis di dalam artikel saya sebelum ini betapa kita mengharapkan agar Zaid Ibrahim tidak melakukan huru-hara di dalam parti baru yang disertainya iaitu AKIM. Nampaknya, tidak sampai 24 jam, berbunyi pula suara seperti kenyataan di atas. Difahamkan Hanafi Mamat masih diiktiraf oleh ROS sebagai Presiden AKIM yang sah. Jika ini benar, maka Zaid nampaknya `merampas kuasa' untuk menjadi Presiden bahkan menukar nama parti kepada KITA.

Ramai yang menduga bahawa Zaid sememangnya ingin benar menjadi Presiden, dan usaha ini telah pun cuba dilakukannya sewaktu berada di dalam PKR iaitu dengan mencuba bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR untuk mencapai hasrat tersebut. Malangnya, Zaid silap pilih parti kerana PKR tidak memandang ketokohan beliau hanya kerana beliau seorang bekas Menteri di dalam Kerajaan. PKR mahu pemimpin yang telah diuji sekian lama di dalam parti dan setia bersama parti. Maka, Zaid bukan orangnya yang ahli-ahli PKR mahukan. Justeru itu, tidak hairanlah Zaid `cabut lari' dari gelanggang semasa pertarungan baru bermula.

Kini, hasrat beliau telah tercapai dan beliau kini bergelar `Presiden' tidak kiralah berapa kerat anak-anak buahnya yang ada. Saya suka mencadangkan agar `spesis katak' yang masih tidak berparti sekarang ini agar menyertai jemaah Zaid.

Syabas juga buat Zaid Ibrahim kerana lebih awal membuat pengakuan bahawa parti barunya KITA tidak akan menyertai gabungan Pakatan Rakyat. Ini satu tindakan yang bijak daripada menanggung aib sekiranya KITA memohon sertai PR tetapi ditolak. Semoga Zaid Ibrahim berjaya./wfauzdin.blogspot.com

0 comments: