Kenapalah gomen UMNO bodoh sangat beli spare part dari China

|

Dakwa helikopter selalu rosak

SYAMILA melihat gambar kenangan bersama Mohd. Shukri (gambar kecil) melalui skrin komputer sambil memangku anak tunggalnya, Mohamad Akmal Faris ketika ditemui di Kepala Batas semalam.


KEPALA BATAS - Allahyarham Inspektor Mohd. Shukri Osman yang maut setelah helikopter yang dipandunya terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan estet di Malim Nawar, Perak kelmarin pernah mengadu kepada abangnya yang kenderaan itu sering rosak.

Mohd. Nasri, 40, memberitahu, perkara itu diceritakan Mohd. Shukri, 31, kepadanya kira-kira dua minggu lalu hingga memaksa adiknya membatalkan latihan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang.

Katanya, Mohd. Shukri mendakwa helikopter yang sedang digunakan sering mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh terdekat kerana menunggu alat ganti dari China.

"Saya sangka dia hanya menceritakan perkara itu kepada saya tetapi ketika bertemu dengan rakan-rakannya di Hospital Tunku Bainun di Ipoh semalam (kelmarin), mereka juga memberitahu adik saya pernah mengadu perkara yang sama," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Tok Gelam, di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan Mohd. Shukri mati dalam keadaan ngeri dengan separuh badannya hangus dari paras pinggang ke atas apabila helikopter jenis R-44 yang dipandunya secara solo terhempas lalu terbakar di situ. Kosmo!

0 comments: