Inilah jawapannya kenapa PAS kena serius dlm bab PASTI

|

Keperluan Anak - Blogger Wan Nasru
Thursday, December 16, 2010

Hari ini kawe dan isteri bawa anak-anak membeli keperluan persekolahan mereka. Anak sulung, Amir akan masuk darjah 5 dan Aiman akan masuk darjah 4. Manakala yang bongsu, Allyssa walaupun baru berusia 4 tahun hujung bulan lepas tapi bila masuk tahun baru 2011 dikira umur 5 tahun maka dia pun nak bersekolah juga.

Beli 4 pasang baju sekolah, 2 pasang kasut sekolah, 2 beg sekolah, peralatan menulis dan menwarna ditambah 2 pasang kasut bolasepak (maklumlah Kelantan menang Piala Malaysia, sorang nak jadi Khairul Fahmi dan sorang lagi Norsharul Idhan Talha) dimana jumlah RM 385. Itu pun tauke cina kasi diskaun 20% pada setiap barang. Kata tauke itu...

Bila sebut pasal tauke, maka nak diceritakan perbualan kawe dengan tauke ni mengenai anaknya yang baru lulus dari USM tapi menganggur dekat 2 tahun. Akhirnya anak dia sambung buat master dan susah pula dia sebagai ibubapa kerana tanggung program master anak dia.

Anak yang bongsu pula, kawe nak hantar tadika yang ok tapi yuran daftar masuk dah RM600 dan kemudian bulanan pula RM120. Mahalnya maka telan air liur saja lah kawe. Nak hantar Tadika Kemas, kena tapis pulak sebab ramai yang mohon. Akhirnya kawe pasti hantar anak kawe ni ke PASTI. Mula-mula masuk kena bayar RM 250 + RM 20 untuk tambang van. RM250 tu termasuk baju PASTI, buku teks dan kos pembelajaran dia..

Yang kaya dan berada sudah tentu tidak mengeluh. Yang pasti orang bawahan macam kawe ni yang banyak mengeluh menghadapi kos yang semakin meningkat

0 comments: