Mari kita semua sama2 membantu mangsa2 banjir di Kedah

|

60sinar- RM60 untuk sinar harapan ialah satu usaha untuk membantu anak-anak mangsa banjir di Kedah untuk mendapatkan pakaian seragam sekolah baru untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Banjir yang melanda Kedah baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian yang dianggrkan RM50 juta. rata-rata pesawah yg bergantung rezeki dengan hasil tuaian padi antara yang merasa kesan paling teruk kerana sawah mereka ditenggelami air dengan tanaman musnah sama sekali. Bayangkan bila hasil penat jerih membanting tulang dibawah perit matahari hilang dihanyutkan bajir.

60sinar antara usaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini dengan menumpukan kepada persediaan anak-anak orang miskin untuk mendapatkan baju seragam sekolah. diharapkan dengan RM60 sumbangan kalian, kita dapat memberi sinar harapan baru buat adik-adik yang bakal menghadiri sesi persekolahan pada 2011 nanti’. RM60, satu set seragam, untuk satu anak sekolah, satu sinar harapan”.

Dengan sumbangan RM60, kami, dengan bantuan Institut pengemblengan dan pembangunan komuniti (IMPAK), akan menyampaikan satu set pakaian seragam terus kepada kanak-kanak ini. Setakat ini, rancangan kami ialah untuk mengeluarkan baucer tunai RM60 yang mana mangsa-mangsa banjir yang dikenali pasti boleh menukarkannya dengan pakaian seragam di bandar Alor Setar.

Sumbangan boleh disampaikan melalui akaun IMPAK, Bank Islam 02020010035890. untuk salurkan sumbangan melalui maybank2u, sila guna kemudahan ‘giro transfer’ dengan caj perkhidmatan RM2.

Sila email kami di 60sinar@gmail.com setelah sumbangan dibuat untuk laporan dan perkembangan terkini atau jika ada sebarang pertanyaan. hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.

**siapa dibelakang @sinar60?**

ini adalah inisiatif anak2 muda sedar dalam TwitterJaya yang ingin menabur bakti sesama insan. Semua derma akan ditukarkan dalam bentuk baucer dan kami masih perlukan sumbangan sampingan untuk tujuan logistik, pergi ke Kedah dan pastikan sumbangan sampai terus kepada mangsa.

Pengarah Program:

@superredpatek

Koordinator program:

Penjaga kira-kira: @bugbitesandco

turut menyumbang tenaga: @mahfuzomar @shahrularel @techsupremo @tashny @iylia_raihan @megreat dan semua warga Twitterjaya!

0 comments: