UMNO belum kenal semangat Orang Kelantan

|

Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewang undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi ahli parlimen Gua Musang - hari ini pada halaman Twitter - menafikan perkara itu.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.

CUBA BACA ARTIKEL DARI BLOG TG NIK AZIZ

Hari ini (21 Syawal 1431 bersamaan 30 September 2010) persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ke-12 telah melakar sejarah. Ini kerana persidangan kali ini telah meluluskan usul merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V di atas perlantikan dan pemasyhuran sebagai Sultan dan YangDi-Petuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim serta Jajahan Takluknya pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010.

Usul dari pihak Kerajaan Negeri Kelantan itu telah telah dikemukakan oleh Yang Berhormat (YB) Haji Abdullah Ya’kub, ADUN Air Lanas, dan diikuti perbahasan ucapan sokong oleh YB Haji Drs. Zainuddin Awang Hamat serta diikuti sokongan pihak Ketua Pembangkang merangkap ADUN Kok Lanas, YB Datuk Haji Alwi Che Ahmad.

Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan. Oleh itu, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan amat berbesar hati dan berbangga atas rakaman merafak sembah setinggi-tinggi tahniah secara rasminya itu. Ia merupakan suatu ketandaan taat setia tidak berbelah-bahagi pihak kepimpinan yang sentiasa bernaung di bawah pemerintahan Tuanku Sultan Muhammad Ke-V. Turut dirakamkan adalah rasa kenangan yang tidak terhingga atas naungan sepanjang pemerintahan Tuanku Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada Tuanku Sultan Muhammad Ke-V.

Sempena dengan itu, saya dengan ini mengemukakan rakaman merafak sembah sempena pemasyhuran pada 4 Syawal 1431 bersamaan 13 september 2010 yang lalu.

0 comments: