Tiada GST & Gaji Minimum perlu serentak, kalau tidak TIPU namanya

|

Gaji Minimum Dengan GST - blog Hanief

Apabila gaji itu diwujudkan standard, maka satu-satu bidang pekerjaan itu akan mempunyai satu gaji yang sama. Contohnya gaji seorang juruteknik. Jika gaji minimum diwujudkan, maka di mana-mana di Malaysia ini pun gaji pekerjaan itu akan menjadi sama.

Perlaksanaan gaji minimum ini juga akan dibantu oleh undang-undang negara bagi menjamin ia tetap terlaksana.

Dari situ, sudah tentulah gaji para pekerja di Malaysia ini akan meningkat atau pun tidak mudah dipermainkan oleh sesetengah majikan. Majikan yang tidak berkeupayaan memenuhi kehendak gaji minima juga akan tersungkur. Ini akan memperbanyakkan syarikat yang berwibawa dalam menjamin hak pekerja.

Namun apakah semua ini indah-indah belaka? Jika duit gaji sudah memadai, apakah harga barang di sekeliling kita semua akan kekal?

Tak pernahkah anda dengar mengenai perihal GST? Iaitulah Cukai Barangan dan Perkhidmatan? Cukai ini akan dilakukan oleh kerajaan. Sejumlah duit akan dikaut oleh kerajaan dari setiap barangan yang dijual dan juga dari setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua syarikat yang ada di negara kita.

Jadinya, gaji naik akibat perlaksanaan gaji minimum, tetapi ia akan diambil semula dalam bentuk cukai GST tadi.

Barang-barang akan menjadi mahal akibat perlaksanaan GST. Bayangkan semua barang akan meningkat harganya sebanyak 4%. Rakyat yang menikmati gaji minima pun, akan segan untuk berbelanja akibat barang yang kian mahal.

Gaji minima hanya akan memberi kesan pada pekerja bawahan yang sering dipijak oleh majikan yang tamak dan majikan yang mengalami masalah kewangan.

Pekerja bawahan tidak seperti pekerja pertengahan atau pun atasan. Mereka yang di bawah ini mungkin diangkat sebentar tetapi pesta mereka akan berakhir dengan perlaksanaan GST.

Para menteri tentulah akan menikmati hasil cukai yang lebih dahsyat berikutan pungutan cukai GST. Lebih besarlah rumah-rumah mereka nanti. Lebih ligatlah mereka seperti Taek Jho Low.

Di dada-dada akhbar, GST tidak kedengaran. Anwar Ibrahim mendakwa, semua itu adalah bagi menenangkan orang ramai dan juga bagi memenangkan BN pada PRU13 akan datang yang akan diadakan dengan mengejut.

Jika dakwaan itu tepat. Maka betullah GST ini menakutkan orang ramai. Jika ia bagus dan bermanfaat, mengapa ia harus disorok sebegitu dan tidak disebarkan maklumatnya sahaja pada umum?

Apakah pula nasib para peniaga yang perniagaan mereka baru hendak berkembang? Atau pun peniaga yang perniagaan mereka agak lembab ketika ini? Perniagaan mereka semua akan dipalitkan dengan lumpur 4% yang bergelar GST ini. Apakah ia menjadi daya penarik pada barangan dan perkhidmatan mereka? Daya penarik yang berbentuk dalam harga yang meningkat? Para pengguna yang buta, tentu akan menyalahkan para peniaga. Walhal, semuanya adalah agenda kerajaan yang semakin kekurangan dana akibat salah-urus tadbir negara.

Dana negara sudah semput, akhirnya poket rakyat menjadi sasaran. Apa pun, kita harus bersyukur kerana negara kita masih belum menjadi seperti Myanmar. Bukan sahaja poket menjadi sasaran malah nyawa juga menjadi sasaran di sana. Ayuh semua, kita hapuskan parti Barang Naik ini!

Yang sepatutnya dicukai dahulu ialah jutawan dan pak menteri yang kaya-kaya ini. Kemudian barulah cerita berkenaan mencukai orang lain.

p/s: Diberikan racun, kemudian diberikan madu.

0 comments: