Sudah pasti UMNO terkejut beruk

|

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu. Beliau berusia 54 tahun.

Mendiang dipercayai menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki 750 di jalan Sembulan-Tanjung Aru apabila bertembung Mercedez kira-kira 11.40 pagi Sabtu.Mayat mendiang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lin dan meninggalkan empat anak.Jurutera perunding itu merupakan bendahari parti dan Pengerusi bahagian Elopura.

Chong menjadi Ahli Parlimen setelah memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya umum 2004.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Edmund sebagai kehilangan besar untuk rakyat dan negeri Sabah.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang dedikasi dan komited terhadap tanggungjawabnya sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi," katanya kepada pemberitaketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth, dekat sini.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri berkata beliau dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan juga PBS atas pemergian itu.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutamaPBS. Beliau juga kawan rapat saya".Mstar

2 comments:

azman kamarul said...

Inilah yang umno paling takut.

karate said...

S.E.T.U.J.U!!!