Serahkan saja urusan PASTI kepada Dewan Muslimat PAS

|

~ KOMEN: Inilah yang selama ini tidak disedari oleh ahli-ahli PAS. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sangat berpotensi untuk menambah sokongan orang melayu terhadap PAS kerana pendidikan Islam amat penting buat setiap ibu bapa. Sehingga hari ini masih banyak cawangan PAS yg belum ada PASTI. PASTI terletak dibawah tanggungjawab Pemuda PAS. Sekiranya Pemuda PAS Cawangan tidak mampu untuk membuka dan menguruskan PASTI, tanggungjawab itu hendaklah diambil alih oleh PAS Cawangan. Jika PAS Cawangan juga tidak mampu, maka PAS Kawasan dan PAS Negeri mesti memberi kuasa kepada Dewan Muslimat Kawasan/Negeri untuk menjayakan projek ini. Menguruskan PASTI melibatkan pengorbanan wang dan tenaga. Menguruskan PASTI tidak membawa keuntungan wang ringgit tetapi membawa keuntungan dari segi sokongan.

0 comments: