Serabainya muka Mahathir bila dah tua & sakit

|


TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.

Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.

Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.

“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

0 comments: