Macam beli gereja tukar jadi masjid

|

Pemuda PAS Kelantan beli bangunan Umno

GUA MUSANG, 19 Okt: Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan Umno Kota Bharu di Jalan Sultanah Zainab dari pemilik bangunan itu, Datuk Zaid Ibrahim.Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antar Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, tengah hari ini disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

0 comments: